ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 06, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA KELUARKAN IC PEMACU MOTOR BERUS DC DENGAN PENGESANAN PENGEHAD ARUS

Wednesday 26/09/2018



- Isyarat pengehad arus membolehkan maklumat balas kawalan

TOKYO, 26 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") hari ini melancarkan sebuah IC pemacu motor berus DC dwi penghubung bersepadu yang termasuk sebuah fungsi pengehad arus output yang diberi nilai pada 50V / 3.0A. Peranti TB67H401FTG yang baharu itu boleh mengendalikan aplikasi di mana pemantauan dan maklumat balas bagi keadaan motor diperlukan, termasuk peralatan pejabat, ATM, peralatan rumah, pembersih robotik dan lebih banyak lagi – kesemua peranti yang popular pada tahun-tahun kebelakangan ini dan yang sering menggabungkan motor berus DC.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20180925006329/en/
 
Sehingga kini, kawalan keselamatan bagi motor berus DC telah dicapai dengan mengehadkan nilai atas arus motor melalui sebuah had arus yang ditetapkan. Arus yang berlebihan dihasilkan oleh kunci motor dan dibaca daripada sebuah perintang luaran melalui litar luaran, amplifier operasi dan pembanding, yang meningkatkan kiraan komponen dan kerumitan litar.

TB67H401FTG yang sangat bersepadu itu direka dengan proses BiCD Toshiba dan mempunyai sebuah litar output isyarat yang terbina dalam, yang memantau keadaan arus dan memaklumkan apabila ia mencapai ambang atasan. Ini menamatkan keperluan bagi litar luaran dan menyampaikan penyelesaian motor yang lebih kecil, lebih efisien dengan mengurangkan kos BOM.

TB67H401FTG itu menyokong sejumlah empat mod pemacu; ke hadapan (CW), mengundur (CCW), brek (brek pendek) dan berhenti (mati). Ia juga termasuk satu fungsi penukaran mod yang meluaskan julat aplikasi. Mod penghubung tunggal menyokong sebuah arus saluran tunggal sehingga 6.0A, manakala mod dwi penghubung membenarkan penggunaan dua motor, dengan satu IC tunggal yang memacukan sehingga 3.0A bagi setiap motor.

MOSFET rintangan-on yang rendah digabungkan ke dalam penghubung H (Bahagian tinggi + Bahagian rendah = jenis 0.49Ω) yang memastikan kehilangan yang rendah dan kecekapan operasi. Sebuah pengawal atur dalaman membolehkan peranti itu dipacu daripada sebuah bekalan 5V tunggal.

Peranti kecil itu ditempatkan di dalam pakej QFN48 7mm x 7mm x 0.9mm, yang juga termasuk pengesanan penutupan terma, perlindungan lebihan arus dan penyekat voltan rendah. Satu isyarat pengesanan ralat am meningkatkan sistem keselamatan dengan memberi satu amaran kepada pengawal sistem utama.

TB67H401FTG kini dalam pengeluaran secara besar-besaran.

Aplikasi
Aplikasi yang perlu dipantau dan keputusan maklumat balas mengenai keadaan pemacu motor itu -- peralatan industri, termasuk peralatan pejabat dan ATM, peralatan rumah, dan pembersih robotik.

Ciri-ciri utama
1. Fungsi isyarat output
Satu fungsi isyarat output menghasilkan output dari pengesanan pengehad arus kepada sebuah peranti luaran. Ia membantu mengurangkan bilangan amplifier luaran dan pembanding.
 
2. Fungsi pensuisan mod (mod penghubung tunggal dan dwi penghubung)
Mod penghubung tunggal menyokong pemacu beban tinggi (pemacu arus yang besar 6.0 A). Mod dwi penghubung menyokong memacukan dua motor dengan sebuah IC tunggal (3.0 A / 2 saluran). Ia memperluaskan julat aplikasi.
 
3. Pengesanan ralat yang lain
Pengesanan penutupan terma,  perlindungan lebihan arus, dan penyekat voltan rendah. Isyarat pengesanan ralat boleh dikeluarkan ke peranti luaran, sekali gus membantu untuk meningkatkan keselamatan.
 
 
Spesifikasi utama
Nombor bahagian
 
 TB67H401FTG
 
Kawalan I/F
 
 Input selari
 
Penarafan maksimum
mutlak
 
 50 V, 6.0 A (Mod penghubung tunggal),
50 V, 3.0 A (Mod dwi penghubung)
 
Pakej
 
 QFN48 (Saiz: 7 mm×7 mm×0.9 mm, pic bagi pin: 0.5 mm)
 
Mod Pemacu
 
 Ke hadapan (CW), Mengundur (CCW), Brek (Brek pendek), Berhenti (MATI)
 
Ciri-ciri lain Fungsi isyarat output terbina dalam yang menunjukkan hasil bagi pengesanan pengehad arus.
Suis di antara mod penghubung tunggal dan mod dwi penghubung
Fungsi pengehad arus terbina dalam (kawalan PWM arus tetap)
Fungsi output isyarat pengesanan ralat (Penutupan terma, perlindungan lebihan arus, dan penyekat voltan rendah)
Menyokong urutan kuasa dihidupkan oleh pemacu kuasa tunggal.

Semakan stok &
Pembelian
 
Beli secara Dalam Talian
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/motordriver/detail.TB67H401FTG.html

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Pemasaran dan Jualan IC Isyarat Bercampur
Tel: +81-44-548-2876
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 19,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 700 bilion yen (AS$6 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20180925006329/en/
 
Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Jabatan Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.