ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  AKADEMI E-PEMBELAJARAN GLOBAL PERCUMA DILANCARKAN UNTUK MENYOKONG KEMAJUAN WANITA

Monday 01/10/2018



NEW YORK, 1 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Badiri E-Academy, sebuah akademi dalam talian berbilang bahasa yang percuma dan bersifat global, telah dilancarkan oleh NAMA Women Advancement Establishment yang berpusat di Sharjah di luar sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-73 di New York, yang menawarkan sumber pendidikan dan kursus profesional yang boleh diakses secara dalam talian oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20180928005252/en/

Langkah itu memperkuatkan dedikasi Emiriyah Arab Bersatu dalam menyokong wanita dan membangunkan penyelesaian yang praktikal untuk mengatasi sekatan yang menghalang akses mereka kepada pengetahuan dan pembelajaran berkualiti.

Walaupun kursus-kursus itu dan sumber pendidikan dipilih untuk bertindak balas terhadap kemajuan wanita di dalam proses pembelajaran dan pembangunan profesional, E-Academy terbuka kepada kedua-dua wanita dan lelaki dari seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kepercayaan NAMA bahawa semua orang mempunyai hak kepada mengakses sumber pengetahuan.

Dalam kerjasama dengan platform pembelajaran digital yang berpangkalan di Brazil, FazINOVA, Badiri E-Academy telah dibina di atas model Kursus-kursus Terbuka Dalam Talian (MOOC) dan menawarkan akses percuma kepada semua individu melalui laman web mereka: www.badiriacademy.org dan aplikasi mudah alih.

Kandungan itu disumbangkan oleh entiti pendidikan dan latihan antarabangsa, dan orang perseorangan di seluruh dunia, untuk memenuhi keperluan kaum wanita dan lelaki, penuntut universiti, usahawan yang bercita-citi tinggi dan berpengalaman, profesional yang bekerja, pencari kerja, dan semua mereka yang berusaha mengembangkan kemahiran profesional dan kehidupan mereka.

Badiri E-Academy dilancarkan dengan kempen "#IWishILearned", yang diwujudkan untuk memberi penekanan kepada pentingnya pembelajaran sepanjang hayat, dan menyerlahkan kemahiran atau pengetahuan yang jika disediakan dapat membantu orang ramai memajukan kehidupan peribadi dan profesional mereka.

Orang ramai digalakkan untuk berkongsi video mereka tentang apa yang mereka ingin belajar di media sosial dengan menggunakan hashtag #IWishILearned.

Dalam fasa awal mereka, E-Academy akan menawarkan kursus latihan profesional di dalam Perniagaan, Keusahawanan, Budaya, Teori, dan Sains dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Senarai ini akan dikembangkan secara beransur-ansur untuk memasukkan kursus-kursus tambahan dan bahasa.

E-Academy telah menggesa semua universiti, institusi pendidikan dan vokasional, dan pakar subjek untuk menawarkan kandungan mereka kepada platform pembelajaran percuma ini.

Pautan kepada Video: https://we.tl/t-zhSGiGOkQN

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20180928005252/en/

Hubungi

NAMA Women Advancement Establishment
National Network Communications NNC
Mousa Nimer, +971502220561
m.nimer@nncpr.com

Sumber : NAMA

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.