ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  AETHON MEMPERKENALKAN ROBOT MUDAH ALIH BERAUTONOMI T4 DI MOTEK 2018

Friday 05/10/2018



PITTSBURGH, 5 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Aethon  sedang memperluaskan barisan robot mudah alih berautonomi (AMR) mereka dan akan mempamerkan robot TUG terbaharu, T4, di MOTEK 2018 di Stuttgart, Jerman. Aethon boleh dilawati di Dewan 7 di petak 7420.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181004005158/en/


T4 itu adalah jawapan bagi pelanggan perindustrian, pembuatan dan logistik yang memerlukan sebuah robot mudah alih yang lebih kecil, pantas dan bersedia untuk disepadukan. Integrator sistem dan pengedar akan menghargai T4 sebagai sebuah platform mobiliti yang lebih baik kerana mudahnya di dalam penggunaan, keberkesanan kos dan pilihan penyambungan terbuka.

T4 dibina di atas barisan produk TUG Aethon dengan menyediakan integrator sistem dengan kelenturan yang lebih tinggi melalui kesambungan mereka yang terbina dalam untuk membolehkan penyatuan muatan yang aktif seperti peralatan atau penyampai. Aethon akan menggalakkan pihak ketiga untuk membangunkan penyelesaian bagi dipadankan dengan platform T4 itu. Sebagai sebuah pemangkin dan contoh bagi pemaju, di MOTEK 2018, Aethon akan menunjukkan sebuah penyampai yang dijanakan yang dipasang pada casis mudah alihnya yang berinteraksi dengan peralatan automasi yang ditetapkan. T4 akan dipadankan dengan peralatan automasi yang sedia ada walaupun di ruang yang terhad disebabkan oleh jejari pusingan bagi pangsi pusatnya adalah 17 inci / 44 sm. Ia akan mengangkut beban sehingga 250 paun / 113 kg dan mampu untuk berjalan di kawasan cerun sehingga 5 darjah disebabkan oleh sistem suspensi bebas mereka yang unik. T4 boleh juga bergerak pada kelajuan sehingga 2 m/s. Ia akan secara automatik mengambil dan menurunkan kart, mengelakkan kos buruh bagi pengurusan kart yang diperlukan oleh AMR yang bersaing.

"T4 merupakan satu langkah ke hadapan yang besar bagi Aethon di dalam segmen perindustrian. Keperluan pelanggan pembuatan, integrator dan pengedar kami telah mendorong inovasi ini dan kami berterima kasih di atas wawasan yang mereka berikan. Kami sangat teruja untuk menambahkan reka bentuk platform terbuka T4 kepada barisan produk kami yang sedia ada, untuk memberikan kepada pelanggan kami dengan keupayaan yang lebih luas di dalam ketetapan perindustrian," kata Aldo Zini, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Aethon.

Seperti kesemua AMR keluaran Aethon, T4 itu akan secara berautonomi mengemudikan sebuah kemudahan dengan menggunakan peta dan laluan yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan bersama dengan titik penghantaran dan pungutan. Ia tidak memerlukan infrastruktur yang kompleks atau tetap dan boleh dipasang dengan mudah di dalam sebuah kemudahan dengan menggunakan liputan Wi-Fi yang sedia ada. T4 memanfaatkan keupayaan pengurusan armada Aethon yang sedia ada untuk memastikan satu pemasangan dengan pelbagai robot akan berskala dan cekap apabila beroperasi. T4 juga disepadukan dengan sistem bangunan dan lif, dan mengekalkan rekod prestasi keselamatan dan kebolehpercayaan yang sememangnya sinonim dengan Aethon. Kesemua kelebihan ini menghasilkan ROI yang lebih cepat dan operasi yang lebih dipercayai.

Maklumat mengenai Aethon

Aethon, sebuah syarikat milik Vision Technologies Systems, Inc. (VT Systems), adalah merupakan robot penyampaian mudah alih berautonomi yang terkemuka dan mengautomatikkan logistik dalaman di dalam persekitaran pembuatan, hospital, dan perhotelan dengan menyampaikan barangan dan bekalan dengan menggunakan robot mudah alih berautonomi TUG mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aethon.com.  

VT Systems adalah sebuah syarikat kejuruteraan yang menyediakan penyelesaian bersepadu kepada pasaran komersial dan kerajaan di dalam sektor aeroangkasa, elektronik, sistem tanah dan sektor marin. Penyelesaian, produk dan perkhidmatan VT Systems yang berinovatif termasuk penyelenggaraan pesawat, pembaikan dan pengubahsuaian; penyelesaian perisian di dalam latihan dan simulasi; teknologi komunikasi IP berasaskan satelit; penyelesaian rangkaian yang mengintegrasikan data, suara dan video; komputer lasak dan peralatan periferal komputer; badan trak dan treler yang khusus; senjata dan sistem persenjataan; peralatan pembinaan jalan; dan reka bentuk kapal dan pembinaan kapal. Beribu pejabat di Alexandria, Va., VT Systems beroperasi secara global dan merupakan sebuah anak syarikat milik sepenuhnya ST Engineering. Sila layari www.vt-systems.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181004005158/en/


Hubungi
Aethon
Tony Melanson, 412-322-2975
Naib Presiden Pemasaran
Tmelanson@aethon.com

Sumber : Aethon

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.