ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  HARRY POTTER: HOGWARTS MYSTERY MERAYAKAN SENI KEGELAPAN DENGAN KANDUNGAN HALLOWEEN

Monday 08/10/2018



LOS ANGELES, 8 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) --
 
Jam City:

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Sila lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51875192&lang=en
 
Siapa:

 
  
Jam City, sebuah studio permainan mudah alih yang berpusat di Los Angeles, dengan kerjasama Warner Bros. Interactive Entertainment Portkey Games, sebuah label yang dikhususkan untuk membuat pengalaman mudah alih dan permainan video Dunia Sihir baharu yang menempatkan pemain di tengah-tengah pengembaraan mereka sendiri, yang diilhami oleh cerita asal J.K. Rowling.
 
Apa:




















 
  Di dalam permainan mudah alih Harry Potter: Hogwarts Mystery yang popular itu, pemain terdedah kepada ciri-ciri kegelapan di dalam Dunia Sihir, dengan menghadapi banyak keadaan yang membahayakan selama mereka mengikuti pengajian Hogwarts mereka. Ketika menghadiri kelas, pemain menyelidiki ke dalam penyiasatan kehilangan saudara lelaki mereka, yang membawa mereka kepada misteri Bilik Kebal Sumpahan itu. Dari menghadapi Boggarts si pengkhianat itu pada Tahun Tiga, kepada menerokai bahaya di Hutan Terlarang pada Tahun Empat, Seni Kegelapan hadir di tengah-tengah keselamatan kelas dan perayaan di sekolah yang dihormati itu.

Oktober bermula di Harry Potter: Hogwarts Mystery dengan bakat perayaan sebagai pelajar, kakitangan dan bayang-bayang yang mengerikan yang bersiap sedia untuk perayaan Hallowe'en. Great Hall itu kini dihiasi dengan labu dan hiasan yang menyeramkan, dan hantu Hogwarts -- Nick yang hampir tidak berkepala, Fat Friar, Bloody Baron, dan Grey Lady -- telah berkumpul untuk acara tahunan yang sangat dinanti-nantikan ini. Tetapi sebuah bayang-bayang menyelubungi prosiding itu sebagai satu usaha sampingan bermusim bermula pada pertengahan bulan, memperkenalkan corak nada yang bersifat jahat dan sensitif kepada cerita itu. Pemain akan perlu menggunakan senjata mereka yang sepenuhnya dengan kuasa sihir yang mempertahankan diri, daripada Hex-Deflection kepada mantra Stupefy yang menakjubkan, ketika tentera gelap tiba di lapangan Hogwarts pada bulan penuh.

Ketika pencarian sampingan bermusim ini berlaku, pemain juga boleh menguji kemahiran pertahanan mereka dalam satu acara Kelab Pertarungan khas. Dengan menggunakan Melofors Jinx, pemain akan dapat mengubah buat sementara waktu kepala lawan mereka menjadi labu, sekali gus membawa rasa musim luruh ke acara berulang dalam permainan itu.
 
   Untuk butiran lanjut mengenai Harry Potter: Hogwarts Mystery dan bagi berhubungan dengan peminat lain, sila layari www.facebook.com/HPHogwartsMystery/www.twitter.com/HogwartsMystery, dan bagi mendapatkan maklumat lanjut sila layari www.HarryPotterHogwartsMystery.com/.
    
    
Bila:  8 Oktober, 2018
    
Petikan:  "Oktober ini, kami menjelajah bahagian gelap Hogwarts," kata Josh Yguado, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi bagi Jam City. "Dari perayaan Hallowe'en di Great Hall, kepada acara dalam permainan dan pencarian sampingan, pemain akan mempunyai peluang untuk mengalami perayaan bulan penuh Oktober, yang mencakupi dari keseronokan hinggalah kepada sesuatu yang menakutkan."
 
Latar belakang:  
Harry Potter: Hogwarts Mystery adalah permainan mudah alih yang pertama di mana pemain dapat mencipta watak dan pengalaman hidup mereka sendiri sebagai seorang pelajar Hogwarts. Di dalam pengembaraan naratif dengan elemen RPG, pemain akan membuat avatar peribadi pelajar, menghadiri kelas, belajar kemahiran magik, dan membentuk persahabatan atau persaingan dengan pelajar lain. Dalam permainan itu, pemain membuat keputusan penting yang mempengaruhi arka cerita watak mereka di Hogwarts. Permainan itu mempunyai sistem pertemuan baharu di mana keputusan dan tindakan pemain mempengaruhi pencarian mereka, dan membolehkan peminat Harry Potter untuk membuat legasi mereka sendiri sebagai ahli sihir perempuan atau ahli sihir lelaki.
    
Nota Editor:  Untuk memuat turun aset sokongan bagi Harry Potter: Hogwarts Mystery, sila layari:  https://app.box.com/v/HPHM-HalloweenDarkArts
    
Lihat versi sumber di  businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51875192&lang=en

Hubungi
Jam City
Sarah Ross, 310-924-1404
sarahr@jamcity.com
atau
Dana Whitney, 415-359-7006
dwhitney@jamcity.com
atau
ONE PR Studio (bagi pihak Jam City di Amerika Syarikat)
Kjell Vistad | Gilberto Williams-Gamboa
510-893-3271
jamcity@oneprstudio.com

Sumber : Jam City
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.