ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  ​TURBINEAERO, INC. MENGUMUMKAN BANGUNAN BAHARU DI THAILAND; KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF YANG BAHARU ROBERT WILSON

Wednesday 10/10/2018



CHANDLER, Ariz. & CHONBURI, Thailand, 10 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TurbineAero hari ini mengumumkan majlis pecah tanah untuk bangunan baharu di Zon Bebas di Kawasan Perindustrian Estet AMATA CITY, Chonburi, Thailand, di luar Bangkok; dan seorang eksekutif baharu, Robert Wilson, yang menyertai TurbineAero sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181009006098/en/

Dengan beribu pejabat di Chandler, Arizona, Amerika Syarikat, TurbineAero adalah satu daripada pembekal perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan membaik pulih (MRO) komponen aeroangkasa persendirian yang terkemuka di dunia yang memberi tumpuan kepada unit kuasa tambahan (APU) dan produk yang berkaitan. Kemudahan baharu seluas 80,000 kaki persegi itu akan menempatkan sehingga 250 orang pekerja dan akan mengendalikan aktiviti pengujian, penyelenggaraan, pembaikan dan membaik pulih teknologi tinggi bagi komponen dan sistem pesawat untuk pelanggan kami di seluruh dunia, termasuk pembaikan peralatan APU MRO, LRU dan APU.

"Kami gembira dapat memulakan pembinaan kemudahan baharu APU MRO TurbineAero di Asia. Bangunan baharu ini menyoroti pertumbuhan yang telah disaksikan oleh TurbineAero sejak dua tahun yang lalu dan mengesahkan pembangunan industri aeroangkasa di Thailand, dan kami gembira kerana dapat menjadi sebahagian daripadanya. Kemudahan baharu ini akan merangkumi tiga sel ujian unit kuasa tambahan digital lengkap yang serba baharu dan juga peralatan Pengujian yang Tidak Membinasakan, pemeriksaan, pembaikan dan membaik pulih yang paling moden. Peralatan serba canggih dan susun atur lantai kerja yang baharu itu akan membolehkan kami untuk memperbaiki lagi masa pusing balik, kecekapan dan prestasi," kata Peter Gille, Naib Presiden dan Pengurus Besar bagi TurbineAero Repair-Asia. "Pembinaan sebuah kemudahan seperti ini adalah rumit dan mahal, dan ia membuktikan kepercayaan Lembaga Pengarah kami terhadap Kerajaan Thailand dan usaha negara itu dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah ekonomi yang berasaskan inovasi dan perkhidmatan di Asia Tenggara."

Bersama-sama dengan bangunan baharu itu, Robert Wilson telah diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu bagi TurbineAero, Inc. Sebelum menjadi Ketua Pegawai Eksekutif bagi TurbineAero, Robert telah mengasaskan Aerospace Advisory Group, LLC pada tahun 2014, dan berkhidmat di beberapa syarikat aeroangkasa yang terkemuka di dalam peranan perundingan dan lembaga. Robert berkhidmat selama 27 tahun di dalam peranan kepimpinan di Honeywell, dan syarikat-syarikat terdahulu, dengan menyokong pelanggan syarikat-syarikat penerbangan komersil, ketenteraan dan penerbangan perniagaan. Beliau berkhidmat selama 9 tahun yang terakhir di Honeywell sebagai Presiden bagi perniagaan, Perniagaan & Penerbangan Am.

"Saya amat berbesar hati dan teruja untuk mengetuai pasukan global yang terdiri daripada pakar-pakar APU di TurbineAero, ketika kami memasuki satu fasa yang merangsangkan bagi pertumbuhan kami yang berterusan. Kami gembira untuk mengambil langkah yang penting ini dalam membina sebuah kemudahan yang bertaraf dunia bagi pasukan TurbineAero Thailand kami yang berpengalaman untuk menyediakan perkhidmatan APU MRO yang unggul kepada pelanggan sedia ada dan masa depan di rantau itu," kata Robert Wilson.

Maklumat mengenai TurbineAero, Inc.
TurbineAero adalah pembekal perkhidmatan APU MRO yang terkemuka bagi penyelesaian yang komprehensif, fleksibel dan boleh dipercayai bagi komuniti aeroangkasa global. Sebagai APU MRO persendirian yang terbesar di dunia, TurbineAero memperbaiki, menjual, menyewa, menguji, dan mengesahkan APU dan aksesori peralatan yang berkaitan. TurbineAero pada masa ini mempunyai empat lokasi, tiga unit perniagaan terletak berhampiran Phoenix, AZ, dan yang keempat berada di luar Bangkok, Thailand. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.turbineaero.com.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181009006098/en/

Hubungi

Untuk maklumat lanjut, media sahaja:
TurbineAero, Inc.
Lisa Gates
(480) 824-2700
Lisa.gates@turbineaero.com

Sumber : TurbineAero, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.