ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  TEDXWEEKEND 2019 KE TAIPEI, TAIWAN

Thursday 11/10/2018



TAIPEI, Taiwan, 11 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- TED, sebuah organisasi yang berusaha untuk mengubah dunia dengan idea-idea di bawah slogan "idea yang wajar disebarkan," telah memilih Taipei, Taiwan sebagai satu daripada lima buah bandar raya untuk mengadakan TEDxWeekend pada tahun 2019 bagi meraikan ulang tahun mereka ke-10.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181010006043/en/


Sejak beberapa tahun yang lalu, TED telah menghubungkan komuniti di seluruh dunia dengan mengadakan acara-acara TEDx, mewujudkan sebuah platform dalam talian yang telah merakamkan berbilion tontonan.

Dr. Luke Lee, Duta TEDx dan Penganjur bagi TEDxWeekend menyatakan bahawa TED telah memanfaatkan kuasa web ternyahpusat untuk mengembangkan penyertaan warga melalui pendekatan bawah ke atas, menjadikannya satu contoh amalan terbaik bagi inovasi digital. Sementara itu, Taiwan telah menjadi sebuah fasilitator dan tempat di mana idea-idea berubah menjadi tindakan.

TEDxWeekend yang akan datang telah menerima respons positif daripada perusahaan dan sektor awam. Hochen Tan, bekas Menteri bagi Pengangkutan dan Komunikasi, berkata masyarakat Taiwan, yang membenarkan keterbukaan dan kepelbagaian, telah membantu memperkaya dan mempromosikan TED.

Daya saing geografi juga membolehkan Taiwan untuk mengurangkan jurang maklumat, komunikasi, dan teknologi bagi Timur Laut Asia serta manfaat ekonomi yang dihasilkan oleh populasi etnik yang pelbagai di Asia Tenggara. Taiwan berharap untuk dapat mempelbagaikan perbualan dengan menggabungkan ketamadunan benua Asia dan budaya lautan Taiwan, kata Hochen.

Pengerusi Jan Hung-tze dari PChome Online Inc. dan Kumpulan Kerja Digital dan Inovasi bagi Majlis Penasihat Perniagaan APEC menyatakan bahawa TED mempamerkan perkongsian pengetahuan, kerjasama, dan penyertaan melalui perkongsian bersilang, membolehkan idea, pemikiran untuk didengar dan diamalkan, dan mewujudkan peluang dan ruang bagi kumpulan minoriti untuk mencapai kesamaan.

Menteri Kebudayaan Cheng Li-chiun berkata teknologi digital mempengaruhi peralatan, ekonomi dan membawa peluang dan cabaran bagi Taiwan dan dunia. Beliau percaya TED akan menunjukkan integrasi bagi inovasi dan kreativiti, dan membantu mengukuhkan hubungan di antara komuniti pengetahuan di Taiwan dan di luar negara.

Apabila menghadapi inovasi disruptif bagi teknologi digital yang membawa impak terhadap ekonomi, masyarakat dan kehidupan, kerajaan, perusahaan dan pekerja perlu mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang "gangguan" itu dan mendorong ke arah pembaharuan dasar bagi merebut peluang-peluang, kata Menteri Dr. Chen Mei-ling dari Majlis Pembangunan Negara.

Dengan cara ini, penerapan teknologi digital boleh diterima secara meluas dan seterusnya mencapai pertumbuhan inklusif bagi ekonomi digital. TED akan memberi sumbangan besar dari segi mencari keseimbangan yang lebih baik di antara teknologi dan kemanusiaan, kata Menteri Chen.

 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181010006043/en/


Hubungi
TED
Lisa Lu
TEDxWeekendTaiwan@gmail.com
Telefon Bimbit:886-905-121209
TEL:886-2-7728-7680 ext 11

Sumber : TED

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA 

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.