ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  BERHUBUNG LARANGAN MEROKOK DI DALAM BANGUNAN PARLIMEN

Friday 19/10/2018



KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Alhamdulillah pagi ini saya bersama Timbalan Menteri Kesihatan YB Dr Lee Boon Chye, Ketua Unit Kawalan Tembakau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Nor Aryana Hassan dan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM Dr Norhayati Rusli telah melakukan kunjungan hormat kepada Speaker Dewan Rakyat YB Datuk Mohamad Ariff Md Yusof berhubung penguatkuasaan larangan merokok di dalam bangunan Parlimen.

Susulan perjumpaan tersebut, KKM telah menyampaikan pendirian bahawa pembatalan bilik merokok di dalam bangunan Parlimen adalah selaras dengan Artikel 8 WHO FCTC iaitu melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Penguatkuasaan peraturan ini menunjukkan bahawa melindungi kesihatan rakyat adalah penting dan ia mesti bermula dengan institusi Parlimen.

Sehubungan itu, KKM tidak akan menarik semula keputusan pembatalan bilik merokok di dalam bangunan Parlimen.

Bagaimanapun hasil pertemuan itu, mesyuarat bersetuju untuk menyediakan ruang merokok alternatif sementara di luar bangunan Parlimen sehingga satu ruang merokok alternatif tetap di luar bangunan Parlimen disediakan.

Sementara itu dalam usaha mencapai sasaran ‘sifar rokok’ dalam bangunan Parlimen dan kafeteria di dalam premis Parlimen, KKM dengan kerjasama rakan kongsi perkhidmatan berhenti merokok mQuit akan menyediakan perkhidmatan rawatan berhenti merokok dengan menawarkan rawatan ubatan permulaan di ruang legar bangunan parlimen.

Perkhidmatan saringan nafas CO dan fungsi paru-paru juga ditawarkan secara percuma.

YB DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
18 OKTOBER 2018


Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-8883 3675/019-3265122

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.