ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PENJELASAN MENGENAI PEROLEHAN UBAT DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Friday 19/10/2018



KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai kenyataan laman web Free Malaysia Today bertarikh 19 Oktober 2018 mengenai monopoli perolehan ubat di Kementerian bertajuk ‘Whistleblower rues silence over report of graft in medicine supplies’.
 
Untuk makluman, KKM telah mengkaji dan menyiasat perkara ini dan mendapati bahawa aduan ini adalah tidak berasas kerana segala urusan perolehan ini telah dibuat  dengan teratur dan mengikut tatacara perolehan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.
 
Berhubung kenyataan pelantikan ejen, penglibatan ahli politik atau bekas pegawai kanan Kerajaan dalam urusan perolehan dan isu monopoli di KKM, perkara ini juga telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk meneliti aduan berkenaan. Setakat ini tidak ada perkara di luar aturan yang dilaporkan terhadap KKM. Dengan kenyataan ini adalah diharap tiada lagi pihak yang membuat andaian atau persepsi  mengenai pengurusan perolehan di KKM yang boleh mengelirukan rakyat. 
 
Sekian.
 
DATO’ SERI DR. CHEN CHAW MIN
Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia


SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : BAHARUDIN BIN MOHAMAD
Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel : 03-88834536 / 017-2635008
Faks : 03-88886187
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.