ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  PMI LANCAR PENCARIAN BAGI PRESIDEN DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SETERUSNYA

Tuesday 23/10/2018



PHILADELPHIA, 23 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Institut Pengurusan Projek (PMI), organisasi keahlian profesional yang terkemuka di dunia bagi pengurus-pengurus projek, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengekalkan Heidrick & Struggles untuk membantu organisasi itu mencari Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif mereka yang seterusnya. Pemimpin berdinamik itu harus mengawasi pelaksanaan sebuah rancangan strategik yang baharu dan membimbing organisasi itu ke arah suatu masa hadapan yang dirancang bagi membantu ribuan profesional projek di seluruh dunia untuk mempercepatkan kerjaya mereka dan menjadikan idea-idea menjadi satu kenyataan. Heidrick & Struggles adalah sebuah pembekal utama bagi pencarian eksekutif, penilaian dan pembangunan kepimpinan, keberkesanan organisasi dan pasukan, dan membentuk budaya perkhidmatan di seluruh dunia.

PMI akan menjalankan satu kajian global yang menyeluruh bagi kedua-dua calon dalaman dan luaran untuk kedudukan yang penting ini. Calon yang dipilih akan merangkumi nilai-nilai teras PMI dan memiliki kemahiran yang diperlukan untuk memajukan matlamat utama organisasi berkenaan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PMI yang seterusnya akan membantu mereka melaksanakan satu inisiatif pelbagai tahun yang berani yang direka untuk menajamkan hala tuju strategik PMI, meningkatkan keupayaan teknologi mereka bagi mendakap perubahan trend di tempat kerja, dan menyelaraskan aktiviti operasi harian mereka.

Organisasi itu akan melihat kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu mereka untuk membantu memimpin transformasi ini dan meletakkan organisasi itu pada sebuah masa hadapan yang bertenaga. Proses pencarian itu bertujuan untuk memastikan suatu peralihan yang lancar bagi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif yang seterusnya dan meneruskan misi advokasi Institut itu bagi profesion itu, ahli-ahli dan pemegang persijilan mereka. Lembaga Pengarah PMI akan memilih calon yang muktamad. Pihak-pihak yang berminat perlu menghantar maklumat ringkas tentang diri mereka, cadangan dan pertanyaan melalui e-mel kepada PMI-CEO@Heidrick.com.

PMI adalah persatuan keahlian profesional yang terbesar di dunia, dengan memberi perkhidmatan kepada lebih tiga juta pemegang kepentingan menerusi pensijilan profesional mereka bersama-sama dengan lebih 300 buah cawangan di hampir setiap negara di dunia.

Maklumat mengenai Institut Pengurusan Projek (PMI)
Institut Pengurusan Projek (PMI) adalah persatuan yang terkemuka di dunia bagi mereka yang menganggap pengurusan projek, program atau portfolio sebagai profesion mereka. Ditubuhkan pada tahun 1969, PMI menyampaikan nilai bagi lebih daripada tiga juta profesional yang bekerja di hampir setiap negara di dunia melalui advokasi, kerjasama, pendidikan dan penyelidikan global. Kami memajukan kerjaya, meningkatkan kejayaan organisasi dan memajukan lagi profesion pengurusan projek melalui piawaian, pensijilan, komuniti, sumber, peranti, penyelidikan akademik, penerbitan, kursus pembangunan profesional dan peluang-peluang rangkaian yang diiktiraf di peringkat global. Sebagai sebahagian daripada keluarga PMI, ProjectManagement.com mencipta masyarakat global dalam talian yang menyampaikan lebih banyak sumber, peranti yang lebih baik, rangkaian yang lebih besar dan perspektif yang lebih meluas.
 

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51886203&lang=en

Hubungi
Institut Pengurusan Projek (PMI)
Karen Flanagan, +1 610-356-4600 x1092
karen.flanagan@pmi.org

Sumber : Institut Pengurusan Projek (PMI)

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.