ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 02, 2024 -Khamis

 
  ​NEURALSTEM MENGUMUMKAN TAWARAN LANGSUNG BERDAFTAR BERJUMLAH $2.1 JUTA

Monday 29/10/2018



GERMANTOWN, Md., 29 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Neuralstem, Inc. (Nasdaq:CUR), syarikat biofarmaseutikal yang berfokuskan pembangunan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf, hari ini mengumumkan bahawa ia telah membuat perjanjian muktamad dengan pelabur institusi untuk pembelian 3,000,000 syer daripada saham biasa, pada harga $0.70 setiap syer dalam tawaran langsung berdaftar. Selain itu, Neuralstem juga bersetuju untuk mengeluarkan waran tidak berdaftar kepada pelabur untuk membeli sehingga 3,000,000 syer daripada saham biasanya. Penutupan tawaran dijangka dibuat pada atau hampir dengan 29 Oktober 2018, tertakluk pada syarat penutupan biasa dipenuhi.

H.C. Wainwright & Co. berperanan sebagai agen peletakan eksklusif untuk tawaran itu.

Waran tersebut mempunyai harga laksana $0.75 setiap syer daripada saham biasa, yang akan dilaksanakan bermula pada enam bulan selepas tarikh pengeluaran dan tamat pada lima tahun setengah daripada tarikh pengeluaran.

Hasil kasar untuk Neuralstem, sebelum ditolak bayaran untuk agen peletakan dan bayaran tawaran lain dijangka bernilai $2.1 juta. Neuralstem bercadang untuk menggunakan hasil daripada tawaran ini untuk melanjutkan program klinikal dan praklinikal, serta untuk modal kerja umum.

Syer saham biasa (tetapi bukan waran atau syer saham biasa pendasar waran) ditawarkan oleh Neuralstem menurut penyataan pendaftaran “shelf” pada Borang S-3 yang difailkan dan diisytiharkan efektif oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pertukaran (“SEC”) pada 23 Jun 2017 dan prospektus dasar yang terkandung di dalamnya (Fail No. 333-218608). Tawaran syer saham biasa akan dibuat hanya melalui penambahan prospektus dan prospektus dasar yang membentuk penyataan pendaftaran.

Penambahan prospektus akhir dan prospektus dasar berkaitan syer saham biasa yang ditawarkan akan difailkan dengan SEC.  Salinan penambahan prospektus akhir dan prospektus dasar boleh didapati, apabila tersedia di laman web SEC di http://www.sec.gov atau dengan menghubungi H.C. Wainwright & Co., LLC beralamat di 430 Park Avenue, 3rd Floor, New York, New York 10022, melalui telefon di 646-975-6996 atau e-mel ke placements@hcwco.com.
Waran yang diterangkan di atas ditawarkan dalam peletakan peribadi di bawah Seksyen 4(a)(2) daripada Akta Sekuriti 1933, seperti yang ditambah (“Akta”), dan Peraturan D yang diisytiharkan dengan itu dan bersama syer saham biasa pendasar waran, belum didaftarkan di bawah Akta, atau undang-undang sekuriti negeri terpakai. Oleh sebab itu, waran dan syer saham biasa pendasar mungkin tidak ditawarkan atau dijual di Amerika Syarikat kecuali selepas adanya penyataan pendaftaran efektif atau pengecualian terpakai daripada keperluan pendaftaran Akta dan undang-undang sekuriti negeri terpakai.

Siaran akhbar ini tidak mengandungi tawaran untuk menjual, atau pengumpanan tawaran untuk membeli sebarang sekuriti yang diterangkan dalam artikel ini dan tiada jualan sekuriti ini dalam sebarang negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, pengumpanan atau jualan seperti itu adalah melanggar undang-undang sebelum pendaftaran atau pelayakan di bawah undang-undang sekuriti dari sebarang negeri atau bidang kuasa tersebut.

Perihal Neuralstem
Neuralstem adalah syarikat biofarmaseutikal peringkat klinikal yang membangunkan rawatan baru untuk penyakit sistem saraf yang kurang mendapat perhatian perubatan. Syarikat mempunyai dua calon pembangunan utama:

NSI-566 adalah terapi sel stem saraf dalam pembangunan klinikal untuk rawatan lumpuh dalam kes strok, Sklerosis Lateral Amiotrofik (ALS) dan kecederaan saraf tunjang kronik (cSCI).
NSI-189 adalah molekul kecil dalam pembangunan klinikal untuk kecelaruan kemurungan major (MDD) dan pembangunan praklinikal untuk sindrom Angelman, kecacatan kognitif yang disebabkan oleh penyinaran, diabetes Jenis 1 dan Jenis 2, serta strok.

Portfolio calon produk Neuralstem yang pelbagai adalah berdasarkan teknologi sel stem saraf proprietarinya.

Kenyataan Peringatan Tentang Maklumat Masa Hadapan
Hebahan berita ini mengandungi "kenyataan masa hadapan" yang dibuat menurut peruntukan "selamat" peruntukan Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Kenyataan masa hadapan itu berkaitan dengan peristiwa masa depan, bukan masa lalu, dan mungkin sering dikenal pasti dengan kata-kata seperti “harap,” “jangka,” “berhasrat,” “merancang,” “percaya,” “mencari” atau “akan.” Kenyataan masa hadapan menumpukan perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza, tidak pasti. Risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan masa hadapan kami termasuklah risiko yang wujud dalam pembangunan dan pemerdagangan produk berpotensi, ketidakpastian hasil percubaan klinikal atau pengizinan peraturan atau kelulusan, keperluan modal masa depan, penggantungan terhadap rakan usahasama dan penyelenggaraan hak harta intelek kami. Hasil sebenar mungkin berbeza secara material daripada keputusan yang dijangkakan dalam kenyataan masa hadapan ini. Maklumat tambahan tentang faktor-faktor yang berpotensi yang boleh menjejaskan keputusan dan risiko dan ketidakpastian lain adalah dari semasa ke semasa dalam laporan berkala Neuralstem, termasuk Laporan Tahunannya pada Borang 10-K bagi tahun yang berakhir pada 31 Disember 2017 dan Laporan Sukuannya pada Borang 10-Q untuk tiga dan enam bulan yang berakhir pada 30 Jun 2018, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) dan dalam laporan lain yang difailkan dengan SEC. Kami tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemas kini apa-apa kenyataan masa hadapan.

Hubungan:
Argot Partners (Hubungan Pelabur)
212-600-1902
neuralstem@argotpartners.com

Sumber: Neuralstem, Inc.
 
--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.