ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  MITSUI CHEMICALS DAN KUMPULAN CHITOSE LANCAR INISIATIF INOVASI TERBUKA YANG BAHARU UNTUK MEMUPUKKAN PERNIAGAAN DAN BAKAT

Monday 29/10/2018



Membawa Bersama Teknologi yang Unik untuk Pengkomersialan Bersama

TOKYO, 29 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mitsui Chemicals, Inc. (TOKYO: 4183) (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Tsutomu Tannowa) dan Kumpulan Chitose (Ketua Pegawai Eksekutif: Tomohiro Fujita), satu kumpulan yang terdiri daripada syarikat permulaan bioteknologi, telah bersama-sama melancarkan "Projek 0 hingga 1" sebagai satu inisiatif inovasi terbuka yang baharu untuk memupuk "perniagaan dan bakat" berdasarkan kepada benih teknologi yang unik. Bagi mengkomersialkan teknologi kultur sel tumbuhan Mitsui Chemicals dan teknologi* penanaman mikrobiota yang diaktifkan oleh Kumpulan Chitose, Kumpulan Chitose telah masing-masing menubuhkan "PHYTO Renaissance, Inc." dan "Tierraponica, Inc." Kumpulan Chitose menerima pekerja Mitsui Chemicals sebagai wakil dari setiap syarikat dan berhasrat untuk menempatkan perniagaan bagi kedua-dua buah syarikat itu di landasan pertumbuhan.

* Sebahagian daripada teknologi penanaman mikrobiota yang diaktifkan yang dibangunkan teknologi aplikasi oleh Kumpulan Chitose untuk pengkomersialan telah dibangunkan berdasarkan kepada teknologi asas yang dibangunkan oleh Dr. Shinohara dari Organisasi Pertanian dan Penyelidikan Makanan Kebangsaan. 
 
Gambaran keseluruhan bagi kedua-dua syarikat baharu itu
Nama Syarikat PHYTO Renaissance, Inc.
(Ditubuhkan Jun 2018)
 Tierraponica, Inc.
(Ditubuhkan Julai 2018)
Wakil Tomonori Hidesaki Gledy Aritomi
Pemegang saham Chitose Bio Evolution Pte. Ltd.: 100%
(Syarikat urusan bagi Kumpulan Chitose)
 Chitose Bio Evolution Pte. Ltd.: 100%


(Syarikat urusan bagi Kumpulan Chitose)
Teknologi Baharu Teknologi kultur sel tumbuhan Teknologi penanaman mikrobiota yang diaktifkan
Pencipta Teknologi Kumpulan Mitsui Chemicals Kumpulan Chitose
 
Perniagaan baharu harus melalui satu siri fasa, bermula dari 0 hingga 1, 1 hingga 10 dan 10 hingga 10,000, dengan setiap fasa memerlukan tahap pembiayaan, sumber manusia dan struktur organisasi yang sama sekali berbeza. Kumpulan Chitose mempunyai pengalaman yang kaya di dalam membangunkan kemahiran dan pengetahuan untuk melancarkan perniagaan baharu (= dari fasa 0 hingga 1) berdasarkan kepada bioteknologi dalam pelbagai bidang seperti pertanian, tenaga, perubatan dan makanan. Kumpulan Chitose mencadangkan "Projek 0 hingga 1" ini untuk berkongsi kemahiran dan pengetahuan bagi membantu syarikat-syarikat besar memupuk perniagaan dan bakat.
Pada masa yang sama, Mitsui Chemicals telah menghantar 2 orang pekerja sebagai wakil bagi setiap syarikat baharu itu untuk memperoleh dan mengumpulkan kemahiran dan pengetahuan untuk fasa 0 hingga 1 dengan melaksanakan "hipotesis - proses pelaksanaan" dengan cepat dan kerap sambil mengekalkan satu tahap kelajuan.
Projek itu telah dilancarkan pada April lepas dan dijangka berjalan selama tempoh tiga tahun, dengan berakhir pada Mac 2021.

Gambaran keseluruhan bagi Kumpulan Chitose

Satu kumpulan syarikat permulaan bioteknologi (11 secara keseluruhan setakat akhir Oktober 2018) yang kebanyakannya beroperasi di Jepun dan Asia Tenggara) untuk meninggalkan kepada manusia sejagat dengan suatu persekitaran yang makmur untuk hidup selama beribu-ribu tahun. Kumpulan Chitose mencipta nilai-nilai baharu dalam bidang pertanian, perubatan, makanan, tenaga, kimia dan lain-lain melalui "Keupayaan pembangunan teknologi dalam bidang bioteknologi dengan sentiasa menggalakkan kerasionalan ekonomi" dan "Keupayaan pembangunan perniagaan untuk melakar satu jalan ke arah pengkomersialan dengan memahami intipati dan batasan bioteknologi."
  • Syarikat Urusan: Chitose Bio Evolution Pte. Ltd. (Ibu pejabat: Singapura)
  • Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif: Tomohiro Fujita Ph.D.
  • Kumpulan Pengurusan dan Staf:Kira-kira 90 anggota (Lain-lain: Perunding, Pekerja Sambilan, Pekerja kira-kira 30 anggota)
    6 kewargenegaraan berlainan (Jepun, Taiwan, Malaysia, Singapura, Filipina, China)
Gambaran keseluruhan bagi Mitsui Chemicals

Mitsui Chemicals adalah sebuah syarikat kimia bertaraf global yang mempunyai lebih 1.3 trilion yen dalam jualan bersih tahunan dan mengawal lebih dari 150 syarikat merentasi kira-kira 30 buah negara di seluruh dunia. Mitsui Chemicals memusatkan portfolio mereka di sekitar sektor perniagaan Mobiliti, Penjagaan Kesihatan dan Makanan & Pembungkusan, dan terlibat di dalam pelbagai usaha yang bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu sosial. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Mitsui Chemicals juga telah memberi tumpuan kepada Perniagaan Generasi Seterusnya, yang berusaha ingin membangunkan produk dan perniagaan baharu dengan melakukan penggabungan dan banyak lagi untuk secara aktif meneruskan inovasi terbuka dengan syarikat-syarikat teroka.
  • Mitsui Chemicals, Inc. (Ibu Pejabat: Minato-ku, Tokyo)
  • Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif: Tsutomu Tannowa
  • Jumlah pekerja: Kira-kira 17,000 orang
  • Perniagaan utama: Mobiliti, Penjagaan Kesihatan, Makanan & Pembungkusan, Bahan-bahan Asas and Perniagaan Generasi Seterusnya
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181028005003/en/

Hubungi
Mitsui Chemicals, Inc.
Takashi Kawamoto, +81-3-6253-2100
Bahagian Perhubungan Korporat
takashi.kawamoto@mitsuichemicals.com

Sumber : Mitsui Chemicals, Inc.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.​

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.