ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA MENAMBAHKAN AMPLIFIER KUASA LINEAR BERKECEKAPAN TINGGI 4 SALURAN BAHARU UNTUK AUDIO KERETA YANG MENAMPILKAN OUTPUT MAKSIMUM 45W

Wednesday 31/10/2018



TOKYO, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation  ("Toshiba") hari ini mengumumkan pelancaran "TCB702FNG," satu penambahan kepada amplifier kuasa linear berkecekapan tinggi 4 saluran mereka yang memenuhi keperluan pasaran semasa bagi kecekapan tinggi. Penghantaran sampel bermula hari ini dengan pengeluaran secara besar-besaran dijadualkan bermula pada suku pertama tahun 2019.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181030006234/en/

Dengan "TCB702FNG," Toshiba telah memperbaiki di atas teknologi mereka untuk merealisasikan kecekapan yang setanding dengan kecekapan tinggi digital bagi amplifier kelas D dalam julat operasi sebenar (0.5 hingga 4W). Penggunaan kuasa dikurangkan sehingga 80% daripada yang lazim bagi amplifier[1] kelas AB yang biasa. Output maksimum IC baharu itu adalah 45W, dan IC itu adalah serasi pin dengan "TCB701FNG," iaitu amplifier kuasa linear berkecekapan tinggi syarikat itu dengan output maksimum 50W.

Amplifier baharu itu juga termasuk satu fungsi diagnosis diri dengan kawalan bas I2C yang boleh mendiagnosis kesilapan dan menyumbang kepada satu set reka bentuk yang sesuai dengan menukar tetapan pengesanan untuk tambahan atau pemalar masa. Ia juga termasuk pengesanan kesilapan sepenuh masa bagi output DC voltan ofset, yang boleh dengan cepat mengesan voltan ofset output tak normal dan menghalang pembesar suara daripada terbakar, dan seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan set.

Table
 
Nota:
[1] Perbandingan dengan produk semasa Toshiba “TCB001FNG.” Setakat 31 Oktober, 2018, tinjauan Toshiba.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu ini, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/info/lookup.jsp?pid=TCB702FNG®ion=apc&lang=en

Pertanyaan Pelanggan:
System LSI Marketing Dept.III
Tel: +81-44-548-2190
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181030006234/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
Bahagian Pemasaran Digital
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.