TOKYO, 7 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NTT Communications Corporation (NTT Com), perniagaan penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan komunikasi antarabangsa di dalam Kumpulan NTT (TOKYO: 9432), hari ini mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan Perbadanan Persediaan Pusat-pusat Data Global NTT sebagai langkah pertama di dalam mewujudkan sebuah anak syarikat yang dimilikinya sepenuhnya untuk secara komprehensif mengendalikan pembinaan pusat data, pengurusan aset dan perkhidmatan borong untuk syarikat-syarikat Kumpulan NTT secara global. Syarikat itu akan bertindak balas kepada tuntutan yang pesat berkembang bagi pusat-pusat data merentasi negara di seluruh dunia dan mengukuhkan lagi perniagaan yang berkaitan dengan pusat data di dalam kumpulan itu. NTT Com akan melancarkan syarikat persediaan itu menjelang akhir Disember ini. Melangkah ke hadapan, pusat data "syarikat pelaburan" yang dibayangkan itu akan dijangka memulakan pembinaan pusat-pusat data dari April 2019.
Siaran media ini mengandungi ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20181105006068/en/Khususnya, syarikat persediaan itu akan mengintegrasikan kepakaran khusus Kumpulan NTT itu di pusat data yang berkaitan dengan hartanah dan kewangan, mewujudkan sebuah struktur perniagaan pusat data baharu untuk membuat keputusan dengan lebih pantas dan pelaburan yang lebih cekap di dalam pembinaan pusat data.
Pada peringkat permulaan, Perbadanan Persediaan Pusat-pusat Data Global NTT akan meletakkan asas untuk menyatukan pelaburan global NTT Com di dalam pembinaan pusat data dan pengurusan aset.
Selepas itu, syarikat pelaburan pusat data yang dibayangkan itu akan membolehkan NTT Com untuk membangunkan strategi dan spesifikasi yang disatukan secara global serta menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan sebagai teras bagi perniagaan data pusat Kumpulan NTT. Syarikat itu juga akan membolehkan NTT Com untuk memusatkan perniagaan pusat data mereka sendiri di seluruh dunia bagi memenuhi permintaan pelanggan NTT Com bagi perkhidmatan yang seragam dan disatukan di seluruh dunia.
Melangkah ke hadapan, NTT Com berharap untuk mempercepatkan pelaburan mereka di dalam perniagaan pusat data, terutamanya di Amerika Syarikat, Eropah dan APAC termasuk Jepun, dengan memberi respons secara lebih fleksibel kepada skala dan kelajuan perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.
|
Maklumat mengenai Perbadanan Persediaan Pusat-pusat Data Global NTT |
• Lokasi: | | Tokyo |
• Modal: | | 100 juta JPY |
• Pemilikan: | | NTT Communications Corporation: 100% |
• Ketua Pegawai Eksekutif: | | Ryuichi Matsuo |
| | Naib Presiden, Pusat Data, Perkhidmatan Awan |
| | NTT Communications Corporation |
• Perniagaan: | | Pelaburan pembinaan pusat data, pengurusan aset dan perkhidmatan borong untuk syarikat-syarikat Kumpulan NTT |
|
|
Maklumat mengenai NTT Communications
NTT Communications menyelesaikan cabaran teknologi dunia dengan membantu perusahaan mengatasi kerumitan dan risiko di dalam persekitaran ICT mereka dengan penyelesaian infrastruktur IT yang terurus. Penyelesaian ini disokong oleh infrastruktur kami di seluruh dunia, termasuk rangkaian awam dan persendirian peringkat 1 global yang terkemuka di dalam industri yang menjangkau ke lebih 190 buah negara/ wilayah, dan lebih 400,000m2 kemudahan pusat data yang paling maju di dunia. Pasukan perkhidmatan profesional global kami menyediakan perundingan dan seni bina untuk daya ketahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi kejayaan perniagaan anda, dan kemampuan berskala dan global kami tidak ada bandingannya. Digabungkan dengan NTT Data, NTT Security, NTT DOCOMO dan Dimension Data, kami adalah merupakan Kumpulan NTT.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181105006068/en/HubungiUntuk maklumat lanjutNTT Communications
Encik Hiroshi Seo
Perkhidmatan Awan
wg-cl@ntt.comSumber : NTT Communications Corporation
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA