ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PROGRAM PENSIJILAN AGROBANK-UPM - 41 KAKITANGAN AGROBANK TERIMA SIJIL TAMAT LATIHAN

Friday 09/11/2018


41 orang kakitangan Agrobank bersama Y.A.M Dato' Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) (duduk di tengah) di Majlis Graduasi Program Pensijilan Pertanian Agrobank-UPM (AU-ACP) ke-2 yang berlangsung pada 8 November 2018 di UPM



KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- 41 kakitangan Agrobank menerima sijil tamat latihan kredit pada Majlis Graduasi Program Pensijilan Pertanian Agrobank-UPM (AU-ACP) ke-2 yang berlangsung pada 8 November 2018 di Universiti Putra Malaysia (UPM).  Sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Y.A.M Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Lembaga Pengarah UPM.
 
Program ini merupakan salah satu usaha Agrobank untuk meningkatkan pengetahuan kakitangan Agrobank dalam pelbagai cabang bidang pertanian serta inisiatif terkini dalam aktiviti perniagaan berasaskan pertanian. 
 
Modul yang telah dihasilkan oleh UPM ini mengandungi subjek-subjek yang berkaitan dengan aktiviti pertanian yang memfokuskan segmen agro makanan, komoditi, akuakultur, penternakan, teknologi pertanian dan industri asas tani. Modul ini juga turut menekankan tentang menaiktaraf aplikasi dalam pengurusan tanaman komersial bagi memastikan para peserta mendapat pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan serta kemahiran dalam aktiviti perniagaan berasaskan pertanian.
 
Menurut YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, program selama enam (6) bulan ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman kakitangan Agrobank terutamanya dalam menilai cadangan kertas kerja perniagaan yang berasaskan pertanian. Bagi siri ke-2 ini, seramai 41 orang kakitangan Agrobank telah terpilih untuk mengikuti program ini yang bermula pada bulan Mac 2018 sehingga Oktober 2018.  Untuk tahun sebelum ini, seramai 30 peserta telah tamat latihan bagi kursus yang sama.
 
“Program seumpama ini dapat memantapkan lagi pengetahuan, kemahiran asas dan teknologi terkini di dalam semua aspek aktiviti pertanian serta perdagangan berasaskan pertanian seperti tanaman, akuakultur, penternakan dan juga komoditi kepada para pegawai Agrobank,” tambah Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
 
Menurut beliau lagi, “Program persijilan ini merupakan antara inisiatif Agrobank dalam ‘mencipta nilai merentasi perbankan’ di mana, telah menjadi salah satu iltizam pengurusan di Agrobank untuk melengkapkan para pegawai kami dengan kemahiran yang bukan sahaja terhad di dalam bidang perbankan, malah berpengetahuan di dalam bidang pertanian sekaligus dapat dimanfaatkan dalam tugasan seharian mereka terutamanya di dalam laporan pembentangan permohonan pembiayaan pertanian,  serta pemahaman ketika melakukan lawatan ke tapak projek pertanian”.
 
Dalam ucaptama, Prof Dr Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UPM menegaskan penting kolaborasi antara pihak universiti dengan pihak swasta. 
 
“Pihak UPM menyambut baik kolaborasi dengan pihak Agrobank.  Kerjasama seperti ini penting untuk saling melengkapi dan mengaplikasi kekuatan kedua-dua pihak,” kata Prof Dr Ir. Renuganth Varatharajoo.
 
Zubaidah Hamad dari cawangan Agrobank Raub, Pahang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Cemerlang (Keseluruhan).
 
Majlis graduasi ini telah berlangsung di UPM dan turut dihadiri oleh Profesor Tuan Haji Abdul Shukor Juraimi, Dekan Fakulti Pertanian UPM, Tuan Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dan pihak pengurusan Agrobank.
 
SENARAI GRADUAN CEMERLANG
1. Zubaidah Hamad - Anugerah Graduan Terbaik (Keseluruhan)
2. Emy Ramie Iliaihanie Abd Rani – Anugerah Graduan Terbaik (Tanaman Makanan)
3. Fazleyani Sarif – Anugerah Graduan Terbaik (Tanaman Komoditi)
4. Sudarveli A/P Krishnan – Anugerah Graduan Terbaik (Sains Ternakan)
5. Sharifah Zaharah Syed Redzwan – Anugerah Graduan Terbaik (Akuakultur)
 
Mengenai Agrobank
 
Agrobank ditubuhkan pada tahun 1969 dengan mandat untuk membangun dan memperkasakan sektor pertanian di Malaysia. Ia adalah sebuah bank milik Kerajaan di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan. Pembiayaan Bank dalam sektor pertanian adalah didorong oleh dasar yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA).
 
Sebagai Institut Pembangunan Kewangan (DFI) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan sektor pertanian di Malaysia, Agrobank bertekad untuk mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersial memperkasakan sektor pertanian. Agrobank menyediakan solusi pembiayaan yang komprehensif bagi pertanian; yang merangkumi aktiviti huluan seperti bekalan input pengeluaran pertanian dan untuk aktiviti hiliran seperti pemprosesan dan jualan produk pertanian kepada pengguna.

Dengan 49 tahun pengalaman dan rekod baik dalam industri perbankan pertanian, Agrobank secara aktif menyokong pembangunan pertanian negara dengan beroperasi di lapan (8) wilayah melalui 192 cawangan bank, Agrobank menawarkan produk dan perkhidmatan dalam bidang pembiayaan korporat, komersial dan mikro serta pembiayaan perdagangan, pembiayaan peribadi, perbankan elektronik dan deposit & perkhidmatan.
 
Agrobank secara rasmi bergelar institusi perbankan Islam sepenuhnya pada 1 Julai 2015.
 
Sumber: Agrobank
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Ainul Rofidza Ibrahim
Tel: 03-2731 1600 (ext 2624) / 019-2258210
Emel: ainul.ibrahim@agrobank.com.my
 
Nama: Budiotomo Othman
Tel: 03-2731 1600 (ext 1656) / 016-3504274
Emel: budiotomo@agrobank.com.my
 
Nama: Syarifah Syameen Syed Johari
Tel: 03-2731 1600 (ext 1652) / 012-3101766
Emel:syameen@agrobank.com.my

--BERNAMA
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.