ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  PKRM SEDIA MEMBANTU KEBAJIKAN MASYARAKAT MALAYSIA KHUSUSNYA B40

Friday 09/11/2018



PUTRAJAYA, 9 Nov (Bernama) -- Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM) memberikan keutamaan kepada kebajikan masyarakat khususnya kepada golongan yang berada dibawah golongan B40 dan juga kurang upaya. Program yang dilaksanakan oleh PKRM sejak 2013 telah memberikan peluang kepada pesakit-pesakit dan penerima bantuan terus menjalankan kehidupan harian seperti biasa.
 
Ahli Jawatankuasa PKRM telah mengenalpasti banyak pemohon yang membuat permohonan bantuan kerusi roda adalah golongan yang berpendapatan rendah dan tidak mampu untuk membeli kerusi roda. Kes-kes ini telah dikaji dan diselidik secara mendalam sebelum bantuan diedarkan sepenuhnya dengan sokongan dan kerjasama daripada sektor penaja. PKRM juga menegaskan bahawa setiap bantuan yang ditaja layak untuk pengecualian cukai dan melalui keprihatinan pihak penaja PKRM dapat terus membantu dan melengkapkan sebahagian tugasan Kerajaan dalam menjaga hal ehwal kebajikan.
 
Dalam sidang media baru-baru ini , Jurucakap PKRM juga berkata akan menjemput YB Timbalan Menteri KPWKM YB PUAN HANNAH YEOH TSEOW SUAN untuk dilantik sebagai Penasihat bagi menggantikan  dengan mantan YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 
Barisan PKRM percaya dengan adanya sokongan, komitmen, nasihat dan pandangan daripada YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan selaku Penasihat maka banyak lagi usaha baru dapat diperkenalkan kepada masyarakat khususnya dalam memperkasakan kebajikan dan aspirasi golongan wanita. Melalui program BKRRM ini setiap penaja akan menerima Sijil Penyertaan Program, Penerbitan Buku Cenderahati , Jemputan Ke Majlis Program dan Pengiktirafan sebagai Ahli Kehormat ( Atas Jemputan Sahaja).
 
Justeru, pihak PKRM berkata setiap sumbangan dan tajaan yang dibuat akan diambil kira sebagai bantuan kemanusiaan yang diberikan bagi membolehkan PKRM meneruskan agenda-agenda yang tersusun selengkapnya. Bagi pemohon – pemohon yang tidak pernah mendapat bantuan bolehlah berhubung kami ditalian 03-88617557 atau emel ke urusetia@rakyatmalaysia.org.my . Kelulusan tertakluk kepada surat perakuan doktor atau pakar rawatan dari Klinik Kerajaan sahaja dan dokumen lengkap harus dikemukakan ke pejabat urusetia PRKM. Maklumat lanjut sila hubungi lama sesawang web www.rakyatmalaysia.org.my .
 
Sumber: Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia (PKRM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama : Puan Nur Shaqhiroh Hussin
Pegawai Perhubungan Awam
Pejabat Pengerusi
Persatuan Kesejahteraan Rakyat Malaysia
Tel: +603-2181 4941
Faks: 03-8861 7667
Emel : shaqhiroh@rakyatmalaysia.org.my

--BERNAMA

 
 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.