ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA PERKENALKAN PLATFORM PEMBANGUNAN FFSA™ 130nm YANG MEMAPARKAN PRESTASI TINGGI, KUASA RENDAH DAN SUSUN ATUR STRUKTUR BERKOS RENDAH

Tuesday 13/11/2018



- Bekalan jangka panjang menggunakan sebuah fab subsidiari -

TOKYO, 13 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") hari ini mengumumkan nod pemproses pembuatan 130nm yang baharu yang berasaskan FFSA™ (Susun Atur Struktur Padan Pantas), sebuah platform pembangunan SoC khas yang berinovatif yang menampilkan prestasi tinggi, berkos rendah dan penggunaan kuasa yang rendah[1].

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20181112005853/en/

Toshiba menyediakan platform ASIC (Aplikasi IC Khusus) dan FFSA™ yang sesuai dengan persekitaran dan keperluan perniagaan pelanggan, yang juga memberikan penyelesaian yang cekap untuk pembangunan SoC yang khusus. Peranti FFSA™ menggunakan sebuah kepingan induk yang berasaskan silikon yang biasa digabungkan dengan lapisan logam atas yang dikhaskan untuk penyesuaian. Dengan menyesuaikan hanya beberapa pelitup, FFSA™ menawarkan kos NRE yang lebih rendah daripada pembangunan ASIC secara individu. Ia juga membolehkan pengurangan yang ketara di dalam kos pembangunan dan menyediakan sampel dan pengeluaran besar-besaran dalam satu jangka masa yang singkat berbanding dengan ASIC yang konvensional. Di samping itu, FFSA™ membolehkan prestasi yang lebih tinggi dan penggunaan kuasa yang lebih rendah berbanding dengan FPGA (Susan atur Get Boleh Atur Cara Medan) dengan menggunakan metodologi reka bentuk ASIC dan pustakanya.[1]

Siri pemproses 130nm itu menyertai portfolio pemproses 28nm, 40nm, dan 65nm Toshiba yang ada pada masa ini, sekali gus menjadikan FFSA™ sebagai satu pilihan yang sesuai untuk pasaran peralatan industri yang semakin berkembang.

Peranti FFSA™ 130nm itu yang direka pada platform tersebut akan dihasilkan oleh Japan Semiconductor, sebuah anak syarikat milik Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation yang mempunyai suatu sejarah kepakaran yang panjang dan telah terbukti di dalam pembuatan ASIC, ASSP dan mikrokomputer. Ini akan memastikan bekalan jangka panjang dan memenuhi keperluan bagi pelan kesinambungan perniagaan pelanggan.

Siri baharu itu menyampaikan prestasi dan penyepaduan yang diperlukan untuk peralatan perindustrian, kemudahan komunikasi, peralatan OA dan produk pengguna di mana pengembangan pasaran yang mantap adalah dijangkakan.
 
Barisan FFSA™
Teknologi Pemproses 130nm 65nm 40nm 28nm
Jumlah maksimum get[2] 912Kget 21Mget 25Mget 100Mget
Kapasiti maksimum SRAM 664Kbit 19Mbit 30Mbit 207Mbit
Kelajuan maksimum penghantar-terima - - 12.5Gbps 28Gbps
Jumlah jalur maksimum penghantar-terima - - 14 64
Jumlah maksimum pin I/O 337 1110 720 928
 
 
Nota:
[1] Perbandingan dalaman Toshiba bagi produk konvensional FPGA.
[2] Bilangan get yang tersedia adalah satu garis panduan dan akan berubah mengikut aplikasi.
 
* FFSA™ adalah sebuah tanda dagangan bagi Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation.
* Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain adalah merupakan  tanda dagangan bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/jp/product/custom-soc/platform/ffsa.html
 
Pertanyaan Pelanggan:
Pusat Pemasaran LSI Sistem
Tel: +81-44-548-2753
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20181112005853/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa, +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.