ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 20, 2024 -Isnin

 
  UMW MENYEDIAKAN BARANGAN KEPERLUAN KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK 173 ORANG PELAJAR DI GUA MUSANG

Wednesday 21/11/2018


Gambar kumpulan UMW Corporation Sdn. Bhd. menganjurkan program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang di Kelantan



KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bagi siri keempat UMW To You (U2U), UMW Corporation Sdn. Bhd. menganjurkan program Kembali Ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang di Kelantan dari 16 hingga 18 November. U2U adalah salah satu usaha CSR UMW yang bertujuan memberi bantuan kepada komuniti kurang mampu yang mempunyai akses terhad disebabkan oleh lokasi geografi.

Sebahagian daripada program ini, 173 pelajar dari SK Pos Tohoi disediakan dengan barangan Kembali ke Sekolah. Antara barangan yang diedarkan ialah pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, stokin, beg galas dan alat tulis. Pelajar yang tinggal di asrama juga disediakan dengan keperluan asas lain seperti tuala dan selimut.

Memandangkan lokasi banjir SK Pos Tohoi, kit survival banjir telah diserahkan kepada wakil sekolah untuk digunakan semasa kecemasan. Kit ini terdiri daripada Kotak Kit Pertolongan Cemas, lampu suluh, selimut dan kanvas. Untuk menyiapsiagakan guru dan pelajar SK Pos Tohoi dari kecemasan dan bencana, beberapa sukarelawan UMW (UMW Community Champions) yang terlatih menjalankan Program Persiapan Sekolah (SPP). SPP adalah sebahagian daripada usaha berterusan MERCY Malaysia dalam membina daya tahan masyarakat, bertujuan untuk memberikan pemahaman asas mengenai konsep dan amalan pengurangan risiko bencana untuk pelajar dan guru.

Seramai 20 orang UMW Komuniti mengambil bahagian dalam program Kembali ke Sekolah yang juga termasuk gotong-royong di sekolah. Selain itu, satu sesi pendidikan dan kesedaran dijalankan untuk penduduk setempat dalam hal keadaan kecemasan seperti banjir. Selain mendapat peluang untuk kembali kepada masyarakat, para sukarelawan mendapat pandangan berharga mengenai kehidupan masyarakat di kawasan terpencil.

Para sukarelawan dan barangan sekolah diangkut dalam kenderaan 4WD kerana lokasi sekolah tidak mudah diakses oleh kenderaan biasa.
 
Sebagai sebuah organisasi dengan warisan melebihi 100 tahun, kami bertanggungjawab terhadap alam persekitaran dan komuniti di mana kami beroperasi, yang selama ini telah menyokong kejayaan kami. Program ini adalah sebahagian daripada usaha CSR UMW yang merangkumi tiga tunggak iaitu komuniti, pendidikan dan alam sekitar. Ini adalah sejajar dengan strategi kemampanan kumpulan UMW bagi memupuk komuniti dan masyarakat.
 
About UMW

The UMW Group is an international conglomerate that develops industries, manages partnerships and facilitates growth. It is involved in three core business segments – Automotive, Equipment and Manufacturing & Engineering.  It operates in 10 countries and has close to 9,000 employees.

Adopting its rallying call – Beyond Boundaries®, UMW is set to play a leading role in shaping the future of its industries globally. The Company will do this by inspiring vibrant ideas, nurturing potential, pioneering partnerships and delivering excellence in everything it does; the rewards of which will contribute to the progress and well-being of all its stakeholders.

SUMBER: UMW Corporation Sdn. Bhd.
 
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: S Vikneshwaran
Head – Investor, Media Relations & Sustainability
UMW Corporation Sdn. Bhd.
Tel: +603 2025 2104 / +6019 850 5799
Emel: vikneshwaran.s@umw.com.my
 
--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.