ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  KERJASAMA JEPUN-INDIA MENGHASILKAN SATU KAEDAH RAWATAN BAHARU BAGI STRIKTUR URETRA LELAKI

Monday 26/11/2018



GN Corporation akan bekerjasama dengan JBM Inc., untuk berusaha ke arah kelulusan bagi BEES-HAUS

TOKYO, 26 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Satu kaedah rawatan novel dan agak tidak menyakitkan bagi striktur uretra lelaki dengan menggunakan sel bukal mukosa pesakit itu sendiri telah dilaporkan sebagai berjaya dalam empat daripada enam orang pesakit. Kajian itu telah diterbitkan di dalam Jurnal Antarabangsa bagi Urologi (https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/iju.13852) yang merupakan jurnal rasmi bagi Persatuan Urologi Jepun, adalah hasil daripada kerjasama di antara teknologi biobahan Jepun dan seorang ahli urologi India Dr Suryaprakash Vaddi.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181125005123/en/

Majoriti striktur uretra lelaki yang dilaporkan di dunia maju adalah disebabkan oleh punca iatrogenik (pembedahan BPH, rawatan kanser prostat). Di negara-negara membangun, penyebab utama adalah keradangan dan trauma. Dalam 30% daripada pesakit, punca itu tidak diketahui. Rawatan konvensional melibatkan sama ada intervensi endoskopik atau pembedahan terbuka. Dalam rawatan pembedahan, di bawah anestesia am, Bukal mukosa pesakit diambil dan digunakan sebagai sebuah tampalan untuk memperbesarkan uretra yang sempit. Di dalam kedua-dua kaedah, restenosis berlaku sehingga 40% daripada pesakit. Dalam kaedah kami yang dipanggil sebagai BEES-HAUS (Bukal epitelium Diperluas dan Terkurung dalam Perancah – Pendekatan Hibrid untuk Striktur Uretra), kami mengambil sekeping kecil tisu bukal dan selepas membiakkan sel-sel itu di makmal tanpa protein haiwan, tertanam dalam perancah dan dipindahkan melalui endoskopi. Kedua-dua pengambilan dan pemindahan tidak memerlukan anestesia am, sekali gus menjadikan prosedur itu agak lebih mudah kepada doktor dan kurang menyakitkan kepada pesakit. Mengikut data itu, prosedur ini berpotensi untuk membantu kira-kira 30,000 orang pesakit setiap tahun di Jepun. Di Amerika Syarikat, jumlah perbelanjaan tahunan akibat daripada striktur adalah sekitar 200 Juta Dolar Amerika, kata Dr Vaddi, penulis utama bagi kertas kerja itu.
  
GN Corporation, yang telah menyelaraskan interaksi di antara saintis dan klinisian biobahan Jepun di India melalui NCRM (Pusat Nichi-In untuk Ubat-ubatan Penjanaan Semula), telah memohon bagi sebuah paten untuk daya cipta ini dan telah menandatangani MoU untuk kerjasama dengan JBM Inc (www.jbmed.net), Tokyo, Jepun, untuk menerokai peluang-peluang bagi membuat penyelesaian klinikal yang diluluskan pada masa akan datang berikutan protokol pengawalseliaan mengikut Kementerian Kesihatan Jepun.

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181125005123/en/

Hubungi

Samuel JK Abraham
info@gncorporation.com

Sumber : GN Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.