ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 08, 2024 -Rabu

 
  DAIWA HOUSE INDUSTRY AKAN MEMBANGUNKAN KEMUDAHAN LOGISTIK YANG PERTAMA UNTUK MENYOKONG LOGISTIK RANGKAIAN SEJUK DI PINGGIR BANDAR KUALA LUMPUR, MALAYSIA

Wednesday 28/11/2018



AsiaNet 76493
 
OSAKA, Jepun, 28 Nov., 2018 /Kyodo JBN-- AsiaNet/ --
 
- Kerja akan Dimulakan pada Projek D Malaysia I –
 
Daiwa House Industry Co., Ltd. (kemudian daripada ini "Syarikat itu") yang berpangkalan di Osaka akan memulakan kerja pada "Projek D Malaysia I" di Selangor, Malaysia, pada 7 Januari, 2019. Projek itu akan meliputi sebuah kawasan seluas kira-kira 30,000 meter persegi, jumlah keluasan lantai kira-kira 18,000 meter persegi, dan sebuah kawasan yang boleh disewakan kira-kira 16,500 meter persegi. Ini akan menjadi kemudahan logistik pelbagai penyewa (*1) yang pertama oleh Syarikat itu di Malaysia.
 
(*1): Sebuah kemudahan logistik yang boleh menampung pelbagai penyewa
 
Imej: "Projek D Malaysia I"
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000427/201811270760/_prw_PI1lg_F1Txg0JS.jpg
 
Syarikat itu telah membangunkan "Taman Perindustrian Long Duc" secara bersama dengan Sojitz Corporation dan Kobelco Eco-Solutions Co., Ltd. di Vietnam pada tahun 2011, dan kemudian terus menarik syarikat-syarikat Jepun dan mendapatkan pesanan untuk membina kilang-kilang mereka di sana. Sejak itu, Syarikat itu telah berusaha dalam membangunkan kemudahan logistik di tempat lain di Vietnam, Thailand dan Indonesia.
 
Dengan latar belakang ini, Syarikat itu telah mengambil keputusan untuk memulakan kerja pada "Projek D Malaysia I" untuk menyokong keperluan kemudahan kepelbagaian logistik di Malaysia.

"Projek D Malaysia I" terletak di sebuah kawasan yang dipenuhi dengan kilang-kilang dan kemudahan logistik di Shah Alam, Malaysia. Ia berada kira-kira 27 km barat daya dari pusat Kuala Lumpur dan kira-kira 40 km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Ini akan menjadi sebuah kemudahan logistik untuk menyokong logistik rangkaian sejuk (*2), yang permintaannya telah semakin meningkat di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

(*2): Ini adalah satu mekanisme untuk mengedarkan makanan mudah rosak dan makanan beku dan pada masa yang sama memastikan makanan itu berada pada satu suhu tetap dari tapak pengeluaran mereka sehingga ke lokasi penggunaan mereka.

Pengurusan sewaan bagi projek itu akan dikendalikan oleh Daiwa House Malaysia Logistic Sdn. Bhd – sebuah anak syarikat bagi Syarikat itu di Malaysia yang ditubuhkan pada Mei 2018.
 
Ciri-ciri
1. Pembangunan bagi sebuah kemudahan logistik di sebuah lokasi dengan akses yang mudah ke pengangkutan laut dan udara

2. Pembangunan sebuah kemudahan logistik pelbagai penyewa untuk menyokong logistik rangkaian sejuk logistik
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M000427/201811270760/_prw_PR1fl_Q3k3pD7r.pdf
  
SUMBER: Daiwa House Industry Co., Ltd.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.