ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 09, 2024 -Khamis

 
  JAM CITY MEMPERLUASKAN OPERASI GLOBAL KE TORONTO, KANADA, DENGAN PEMEROLEHAN BINGO POP DARI UKEN GAMES

Thursday 29/11/2018



LOS ANGELES, 29 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jam City, sebuah pemimpin di dalam hiburan mudah alih, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperolehi Bingo Pop, satu daripada permainan mudah alih bingo yang terkemuka di seluruh dunia, dari Uken Games. Pasukan veteran Bingo Pop itu telah menyertai Jam City dan akan terus menguruskan operasi permainan dari studio baharu Jam City di Toronto. Terma dan syarat pemerolehan itu tidak didedahkan.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51903713&lang=en

"Kami sangat berbangga untuk meneruskan pengembangan pesat Jam City di peringkat global dengan pengambilalihan satu daripada tajuk bingo yang paling popular, dan pasukannya yang sangat berbakat," kata Chris DeWolfe, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Jam City. "Pengambilalihan ini menyediakan Jam City dengan akses kepada bakat kreatif yang terkemuka di satu daripada pasaran teknologi yang paling pesat berkembang dan paling menarik di dunia. Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pasukan Jam City yang sangat berbakat di Toronto ketika kami mengecas operasi langsung Bingo Pop dan membangunkan tajuk-tajuk baharu yang berinovatif dan pengalaman hiburan mudah alih."

Kanada semakin pantas menjadi sebuah tempat perlindungan bagi pemaju, jurutera, pereka, dan artis permainan yang utama dari seluruh pelusuk dunia memandangkan universitinya yang berprestij, penjagaan kesihatan yang universal, perumahan yang mampu dimiliki dan komuniti yang pelbagai. Di samping itu, lebih daripada 35,000 orang pelajar mendaftar di dalam program yang berkaitan dengan permainan digital di seluruh wilayah Toronto, Ontario. "Jam City tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan ke dalam bakat-bakat besar di rantau itu dan mengembangkan operasi kami dalam sebuah bandar raya yang bertenaga dan yang mencorakkan arah aliran," kata DeWolfe.

"Kami amat berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh pasukan Bingo Pop di dalam mewujudkan sebuah pemimpin dalam kategori permainan bingo mudah alih. Kami yakin bahawa Jam City akan menjadi tempat yang hebat untuk Bingo Pop dan pasukan berbakat itu di sebalik permainan itu dalam fasa pertumbuhan mereka yang seterusnya," kata Chris Ye, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Uken Games. "Berikutan urus janji ini, kami sangat teruja untuk memberi tumpuan kepada kejayaan berterusan bagi tajuk-tajuk trivia ikonik kami dan memperkenalkan francais permainan jenama baharu kepada pemain di seluruh dunia. Kami komited sepenuhnya untuk terus mengambil pekerja dan melabur di Toronto sebagai sebuah hab global bagi permainan."

Pengambilalihan Bingo Pop oleh Jam City mengikuti pengumuman syarikat itu baru-baru ini mengenai perkongsian pelbagai tahun dengan Disney.

Maklumat mengenai Jam City

Jam City adalah sebuah peneraju di dalam hiburan mudah alih, dengan menyediakan permainan yang unik dan sangat menarik kepada penonton global yang luas. Jam City telah ditubuhkan pada tahun 2009 oleh pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif MySpace Chris DeWolfe dan bekas eksekutif 20th Century Fox Josh Yguado. Jam City adalah sebuah kuasa besar kreatif di sebalik beberapa francais permainan sosial yang paling tinggi mencatatkan keuntungan dan lama bertahan bagi mudah alih, termasuk Cookie Jam (pemenang "Permainan Terbaik Tahunan" Facebook) dan Panda Pop. Jam City adalah studio untuk ke Hollywood, setelah membangunkan permainan mudah alih yang kaya dengan naratif dan mendalam di sekeliling jenama-jenama hiburan yang ikonik termasuk Harry Potter, Family Guy, Marvel Avengers. Jam City mempunyai studio di Los Angeles, San Francisco, San Diego, Bogotá dan Buenos Aires. Pasukan Jam City terkenal kerana kecemerlangan kreatif dan inovasi teknologi mereka di dalam bidang-bidang utama termasuk bercerita, sains data dan pandangan pengguna.

Maklumat mengenai Bingo Pop

Dilancarkan pada tahun 2012, Bingo Pop telah secara konsisten menjadi satu daripada permainan mudah alih bingo yang utama di seluruh dunia. Permainan itu adalah sebuah permainan bingo klasik yang percuma, bercampur dengan cepumas yang besar, aksi pantas, berdaya kuasa dan mempunyai ciri-ciri lain termasuk watak-watak yang tidak dapat dilupakan dan ciri-ciri sosial yang unik. Bingo Pop boleh didapati di seluruh dunia di App Store dan Google Play.

Maklumat mengenai Uken Games

Uken membina permainan yang disukai oleh orang di mana sahaja. Who Wants To Be A Millionaire? Dan Jeopardy! World Tour adalah dua permainan trivia yang utama, yang melibatkan berjuta-juta pemain dunia pada setiap bulan. Kami menganggap diri kami sebagai pereka, ahli teknologi dan artis yang didorong oleh data. Melalui kerjasama, kami menggandingkan kraf bagi reka bentuk dengan maklumat balas dan data untuk menyampaikan suatu rentak dan irama dalam setiap sesi permainan yang mengasyikkan penonton kami dan meninggalkan mereka dengan perasaan inginkan lebih banyak lagi. Kami memberi perhatian yang serius kepada hiburan anda. Ketahui lebih lanjut mengenai Uken dengan melayari laman web kami, https://www.uken.com.

Nota Editor:

Untuk memuat turun aset sokongan bagi Bingo Pop, termasuk video permainan terbaharu, sila layari: https://app.box.com/v/JamCity-UkenGamesAcquisition.

Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51903713&lang=en

Hubungi

Jam City
Sarah Ross
310-924-1404
sarahr@jamcity.com

ONE PR Studio (bagi pihak Jam City di Amerika Syarikat)
Kjell Vistad
Gilberto Williams-Gamboa
510-893-3271
jamcity@oneprstudio.com

Uproar PR bagi pihak Uken Games
Brianna Hayes
321-236-0102 x237
bhayes@uproarpr.com

Sumber : Jam City

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.