ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 15, 2024 -Rabu

 
  DOCOMO DIGITAL MENJANAKAN KUASA CARRIER BILLING STARHUB BAGI APPGALLERY HUAWEI DI SINGAPURA

Thursday 29/11/2018



SINGAPURA, 29 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin Kaedah Pembayaran Alternatif Global (APM) DOCOMO Digital telah menjalin kerjasama dengan StarHub untuk membolehkan carrier billing atau dimasukkan ke dalam bil talian sebagai satu pilihan pembayaran bagi pengguna AppGallery HUAWEI -- yang pertama seumpamanya di Singapura. Projek itu, yang dilancarkan pada bulan ini, adalah yang keempat di dalam satu siri penyatuan pembayaran stor aplikasi untuk StarHub, kesemuanya dijanakan oleh DOCOMO Digital.

Dibina di atas warisan Jepun, DOCOMO Digital membawa bersama teknologi, bakat dan perhubungan bagi membolehkan perdagangan yang disambungkan untuk rakyat yang menggunakan bank dan tanpa bank di seluruh dunia. Syarikat itu membolehkan ekosistem e-dagang mudah alih generasi akan datang bagi pembawa, pedagang dan pengguna dengan meningkatkan pengalaman pelanggan dan penukaran merentas peranti yang bersambung. Teknologi itu memanfaatkan perkhidmatan pemasaran, pembayaran dan kewangan secara bergabung dengan data pembawa dan keupayaan pengebilan.

"Kami dengan sukacitanya ingin menawarkan carrier billing secara langsung ke atas jumlah stor aplikasi yang paling banyak, sekali gus membolehkan pelanggan mudah alih kami untuk membayar bagi pelbagai aplikasi, permainan, perisian, muzik dan muat turun video melalui akaun pasca bayar mereka. Penggunaan kandungan digital telah menjadi satu teras di dalam kehidupan pelanggan, dan kami akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan seperti DOCOMO Digital untuk menyampaikan perkhidmatan yang dinikmati oleh pelanggan kami," kata Encik Donovan Kik, Naib Presiden, Segmen & Pemasaran, StarHub.

Encik Hiroyuki Sato, Ketua Pegawai Eksekutif bagi DOCOMO Digital, mengulas: "DOCOMO Digital terus memperluaskan perkongsian operator global mereka yang menyediakan platform pembayaran yang disesuaikan. Kami sangat gembira kerana dapat bekerjasama dengan StarHub bagi menyediakan platform kami yang ditempah untuk membantu mengembangkan perniagaan pembayaran mudah alih mereka dan penyatuan stor Aplikasi adalah satu lagi contoh mengenai keyakinan pengendali terhadap penyelesaian kami."

"Kami sangat teruja untuk menawarkan perkhidmatan kepada pengguna AppGallery kami di Singapura dan kerjasama itu dengan DOCOMO Digital dan StarHub membolehkan pengguna kami untuk menikmati perkhidmatan kami dengan mudah dan lancar," kata Encik Jervis Su, Naib Presiden, Perkhidmatan Awan, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei.

Berikutan kerjasama dengan DOCOMO Digital, pengguna pasca bayar mudah alih StarHub kini boleh dengan mudah dan selamat membayar bagi kandungan digital dari sebuah rangkaian stor aplikasi yang lebih luas – AppGallery HUAWEI, App Store Apple dan iTunes Store, Google Play Store serta Microsoft dan Xbox Store -- secara langsung melalui bil mudah alih bulanan mereka. Berbanding dengan cara pembayaran lain, carrier billing memberikan pelanggan lebih banyak pengawalan ke atas perbelanjaan dengan had urus niaga bulanan.

Platform pembayaran DOCOMO Digital menyatukan peranti pengurusan, kecerdasan perniagaan, pemasaran, pelaporan dan keupayaan CRM ke dalam sistem pengendali itu. Berikutan modul perisian DOCOMO Digital yang tiada tandingannya, pengendali kini dapat membina strategi pembayaran yang cekap dan untuk mengembangkan perniagaan mereka. DOCOMO Digital juga menyediakan kepada pengendali dengan pelbagai peranti penjagaan pelanggan, bagi memastikan pengguna akhir mendapat ketelusan dan perlindungan privasi yang terbaik di dalam kelasnya dan pada masa yang sama menjalin penglibatan dengan pembekal mudah alih mereka.

Maklumat mengenai DOCOMO Digital

DOCOMO Digital adalah sebuah pembekal bagi sebuah platform pembayaran global kepada OTT, pedagang dan penyedia kandungan yang terkemuka. Ia adalah sebuah anak syarikat milik sepenuhnya bagi pengendali mudah alih Jepun NTT DOCOMO. DOCOMO Digital beribu pejabat di London tetapi merupakan sebuah syarikat bertaraf global, dan pada masa ini mempunyai 35 pejabat merentasi enam benua.
 
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181128005375/en/


Hubungi
Andrew Durkin
MUSTARD PR
Andrew@mustardpr.com
+44 (0) 1753 656661

Sumber : DOCOMO Digital

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.