ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 15, 2024 -Rabu

 
  SABIO MENGUKUHKAN PENAWARAN DIGITAL MEREKA DENGAN PENGAMBILALIHAN FLEXANSWER SOLUTIONS

Monday 03/12/2018



 
  • Penambahan teknologi Pembantu Maya melengkapkan penawaran rakan yang sedia ada dan mengukuhkan keupayaan Sabio untuk membina automasi ke dalam perjalanan digital dan suara pelanggan
     
  • Peringkat seterusnya di dalam pelan pertumbuhan berterusan bagi Kumpulan Sabio untuk memperluaskan portfolio penyelesaian dan liputan geografi
LONDON & SINGAPURA, 3 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Sabio telah mengumumkan pengambilalihan flexAnswer Solutions, sebuah pembekal terkemuka yang berpusat di Singapura yang menawarkan penyelesaian Pembantu Maya yang berinovatif yang diasaskan kepada teknologi NLP termaju dan pembelajaran mesin mereka sendiri.

Dengan menambahkan keupayaan flexAnswer kepada yang ditawarkan oleh rakan mereka yang sedia ada, Sabio mempunyai sebuah portfolio yang lebih mantap untuk membantu organisasi mengoptimumkan penglibatan digital dan mengintegrasikannya secara lancar dengan perkhidmatan bantuan digital dan manusia yang lain yang secara tradisionalnya disediakan melalui pusat hubungan.

Pengambilalihan itu mengikuti pelaburan strategik Horizon Capital yang asal pada tahun 2016 di dalam Sabio, dan merupakan sebahagian daripada pelan pertumbuhan yang berterusan untuk memperluaskan portfolio penyelesaian dan liputan geografi syarikat itu. Sehingga kini ini telah merangkumi pengambilalihan pembekal penyelesaian SaaS Rapport pada Mac 2017, DatapointEurope -- satu daripada pembekal teknologi pusat hubungan terkemuka di Eropah -- pada Julai 2017, dan pakar penanda aras wawasan pelanggan dan pusat hubungan Bright UK  pada Mac tahun ini.

"Sabio komited untuk memastikan pelanggan kami berada di hadapan dengan memacukan perubahan besar di dalam pemikiran mereka mengenai amalan perniagaan pusat hubungan yang diterima secara tradisional. Untuk mencapai matlamat ini, kami memberi tumpuan kepada memperkasakan organisasi dengan wawasan dan penyelesaian yang mereka perlukan bagi memastikan penglihatan yang lebih baik, meningkatkan gerak balas dan kawalan yang lebih besar merentasi setiap interaksi pelanggan," kata Andy Roberts, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Sabio. "Dengan menambahkan flexAnswer ke dalam cadangan digital kami akan membantu lebih banyak daripada pelanggan kami untuk mengambil kesempatan daripada teknologi perbualan pembantu maya yang dibolehkan AI yang terkini supaya mereka dapat menyampaikan pengalaman pelanggan berbilang saluran secara cemerlang."

"Pengambilalihan ini juga meneruskan pembangunan perniagaan kami di rantau APAC, dan kami amat teruja untuk mengalu-alukan pasukan flexAnswer di Singapura ke dalam Kumpulan Sabio," kata beliau.

"flexAnswer telah menyampaikan pertumbuhan yang kukuh merentasi rantau Asia Pasifik, dan ia sentiasa menjadi satu matlamat bagi syarikat itu untuk berkembang ke rantau lain -- khususnya ke pasaran Eropah di mana terdapat permintaan yang sangat kuat bagi teknologi pengalaman pelanggan," kata Lin Milne, Ketua Pegawai Eksekutif bagi flexAnswer Solutions. "Menjadi sebahagian daripada Kumpulan Sabio telah memberikan kami platform yang ideal untuk mempercepatkan pergerakan penyelesaian pembantu maya yang berasaskan awan, susunan penuh kami di peringkat global, dan kami tidak sabar untuk bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan Sabio."

flexAnswer menawarkan sebuah platform Pembantu Maya yang komprehensif – yang meliputi saluran web, suara dan mesej yang boleh digunakan secara luaran untuk menyokong pelanggan, dan secara dalaman bagi menyokong penasihat dari satu pelaksanaan tunggal. Ia menggunakan sebuah platform Pemprosesan Bahasa Tabii proprietari berinovatif untuk memahami permintaan dan menghasilkan respons saluran yang sesuai dari sistem Pengurusan Pengetahuan termaju mereka. Dengan menggunakan Pembelajaran Mesin yang digabungkan dengan perkhidmatan terurus Sabio, sistem itu boleh dengan cepat memperluaskan pengetahuannya dan meningkatkan secara berterusan nilainya.

Satu daripada pelaksanaan yang paling berjaya oleh syarikat itu sehingga kini adalah pembantu maya ‘Ask Jamie’ Seluruh Kerajaan Singapura dengan kerjasama GovTech Singapura. Teknologi pembantu maya flexAnswer kini menyokong lebih 70 penyelesaian perkhidmatan pelanggan berasaskan web yang berbeza bagi jabatan dan agensi Kerajaan di seluruh Singapura, menangani dengan 60% pertanyaan yang sebelum ini telah disalurkan ke pusat panggilan, dan membantu untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai negara yang paling komited kepada agenda digital.

www.flexanswer.com
www.sabio.co.uk
http://twitter.com/sabiosense


Lihat versi sumber di  businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20181203005213/en/Sabio-strengthens-Digital-offering-acquisition-flexAnswer-Solutions


Hubungi

Craig Pumfrey
Pemasaran Global Kumpulan Sabio
Tel: +44 (0)7887 824511
cpumfrey@sabio.co.uk

Cheryl Billson
Pasukan Perhubungan Awam
Tel: +44 (0)7791 720460
cheryl.billson@commacomms.com

Sumber: Kumpulan Sabio

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
 --BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.