ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 15, 2024 -Rabu

 
  SENSOR IMEJ TELEDYNE MENGUASAKAN KAMERA DALAM MISI INSIGHT KE MARIKH NASA

Tuesday 04/12/2018



Sensor warna daripada faundri semikonduktor Teledyne bertaraf dunia akan menangkap semua gambar yang dikembalikan ke Bumi dari Marikh

WATERLOO, Ontario, 4 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Teledyne DALSA, syarikat Teledyne Technologies [NYSE: TDY] dan peneraju global dalam teknologi pengimejan digital berbangga menyertai Misi InSight ke Marikh NASA dengan menyediakan sensor imej CCD warna untuk kedua-dua Kamera Peletakan Instrumen (IDC) dan Kamera Konteks Instrumen.

Teledyne berbesar hati bekerjasama dengan Jet Propulsion Labs (JPL) untuk membawakan sensor imej warna bagi menjayakan misi InSight. Kamera pada lengan Lander akan memberikan pemandangan 3D berwarna bagi tempat pendaratan, peletakan instrumen dan aktiviti untuk memberikan maklumat kepada para jurutera dan saintis tentang tempat terbaik untuk seismometer dan prob aliran haba untuk mengumpul bacaan daripada bahagian dalam planet Marikh.

Ini bukan kali pertama sensor imej Teledyne dibawa ke Marikh. Baru-baru ini pada tahun 2012 dan dalam perkongsian dengan JPL sebelum itu, 12 sensor imej CCD hitam putih telah disediakan untuk Rover Marikh, “Curiosity”. Kumpulan Teledyne Imaging Space & Defense yang terdiri daripada Teledyne DALSATeledyne e2v dan Teledyne Imaging & Scientific,terkenal dengan penyelesaian pengesanan dan kamera mereka yang inovatif untuk penjelajahan angkasa dengan keupayaan merentas spektrum, daripada pengimejan inframerah hingga x-ray. 

“Kami berbesar hati untuk menyertai rakan kongsi kami, JPL dalam misi penjelajahan ini,” kata Edwin Roks, Presiden Kumpulan, Teledyne Digital Imaging. “Kami menjangka misi ini dapat memberi maklumat tentang asal-usul planet Marikh dan juga pembentukan planet Bumi.”

Operasi pada permukaan InSight bermula serta-merta, tetapi pengumpulan data hanya akan bermula lebih kurang 10 minggu selepas pendaratan. Sensor imej Teledyne akan memainkan peranan penting dalam membantu saintis dan jurutera menentukan tempat untuk meletakkan instrumen khusus tersebut demi mendapatkan hasil terbaik untuk kajian bahagian dalam planet Marikh.

https://mars.nasa.gov/insight/timeline/surface-operations/

Perihal Teledyne DALSA

Teledyne DALSA adalah sebahagian daripada kumpulan Teledyne Imaging, dan peneraju antarabangsa dalam pengimejan digital dan semikonduktor berprestasi tinggi dengan kira-kira 1,000 orang pekerja di seluruh dunia.

Teledyne Imaging adalah kumpulan syarikat termaju yang bernaung di bawah Teledyne. Teledyne Imaging membentuk kumpulan kepakaran yang merentasi spektrum dan pengalaman. Secara individu, setiap syarikat menawarkan penyelesaian yang terbaik. Bersama- sama, kumpulan ini menyatukan dan menggunakan kekuatan sesama sendiri untuk menyediakan portfolio teknologi pengimejan dan yang berkaitan dengan meluas. Daripada aeroangkasa hingga pemeriksaan industri, radiografi dan radioterapi, pensurveian geospatial, dan penyelesaian MEMS dan semikonduktor canggih, Teledyne Imaging menawarkan sokongan pelanggan di seluruh dunia dan kepakaran teknikal untuk menjalankan tugas yang sukar. Alatan, teknologi dan penyelesaian visi mereka direka untuk memberikan kelebihan yang unik dan berdaya saing kepada pelanggan.

Semua tanda dagangan didaftarkan oleh syarikat masing-masing.
Teledyne DALSA berhak membuat perubahan pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan.

Hubungan Media:
Geralyn Miller, Pengurus Kanan, Hubungan Media Global
Teledyne Imaging
t: +1-519-886-6001 x2187
geralyn.miller@teledyne.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/266b885d-7dbb-44c9-bb47-da525889ac82

Sumber : Teledyne DALSA

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.