Pesta Produk Bayi Hong Kong akan diadakan bersamaHONG KONG, 5 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong (HKTDC),
Pesta Alat Mainan & Permainan Hong Kong edisi ke-45 dan
Pesta Produk Bayi Hong Kong edisi ke-10 akan diadakan dari
7 hingga 10 Januari 2019 di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20181203006105/en/Daftar Sekarang untuk mendapatkan e-Lencana percuma di sini:Pesta Alat Mainan & Permainan: http://www.hktdc.com/wap/toy/K159Pesta Produk Bayi: http://www.hktdc.com/wap/baby/K159Pesta Alat Mainan & Permainan Hong KongDengan menampilkan kira-kira 2,100 pempamer, Pesta Alat Mainan & Permainan itu adalah acara terbesar seumpamanya di Asia dan yang kedua terbesar di dunia. Zon
Alat Mainan Teknologi Pintar akan mengumpulkan pelbagai produk yang dikendalikan melalui aplikasi mudah alih, atau digabungkan dengan teknologi VR, AR dan MR. Satu
Paparan Produk Alat Mainan STREAM akan juga diwujudkan untuk menonjolkan alat mainan pendidikan yang memaparkan sains, teknologi, robotik, kejuruteraan, seni dan matematik.
Galeri Nama Jenama menjangkakan sekitar 230 jenama untuk mempamerkan produk kecemerlangan dalam reka bentuk, kualiti dan keselamatan. Merentangi generasi,
Dunia Kidult akan menawarkan barangan hobi, model & patung, barangan pertunjukan magik dan peralatan permainan perang, manakala zon
Bunga Api akan memaparkan kelongsong, mercun, bunga api mainan dan bunga api untuk acara-acara istimewa.
Pesta itu akan juga menampilkan pavilion dari Tanah Besar China, Korea, Sepanyol, Taiwan dan United Kingdom, serta pavilion Dunia Alat Mainan dengan pempamer kebanyakannya dari Eropah.
Pesta Produk Bayi Hong KongMenyambut kehadiran hampir 600 pempamer, Pesta Produk Bayi itu akan sekali lagi menampilkan
Galeri Nama Jenama istimewa dengan lebih 45 jenama yang dipercayai. Tahun ini satu zon baharu dilancarkan:
Produk Bersalin yang memenuhi keperluan sebelum dan selepas kelahiran.
Dunia Kereta Sorong & Gear II @ Dewan Konvensyen akan kembali pada tahun ini untuk menampilkan kereta sorong yang telah memenangi anugerah dan kerusi kereta bayi. Peserta lain yang kembali adalah
Pavilion Singapura dan
Pavilion Persatuan Industri Kanak-kanak, Bayi, Bersalin Hong Kong (HKCBMIA).
Pavilion Korea yang terkenal akan juga mempersembahkan jenama-jenama terkenal.
Acara-acara mempamerkan trend industriSatu siri acara akan diadakan semasa tempoh pesta itu berlangsung, termasuk
Persidangan Industri Alat Mainan Hong Kong 2019 yang menampilkan penceramah terkemuka untuk berkongsi pandangan mengenai trend global dan serantau yang membentuk industri alat mainan.
Laman Web PestaPesta Alat Mainan & Permainan Hong Kong –
hktoyfair.hktdc.comPesta Produk Bayi Hong Kong –
hkbabyfair.hktdc.comLihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20181203006105/en/HubungiPertanyaanMajlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong
Lindsey Wong
E-mel:
lindsey.yt.wong@hktdc.orgTel: (852) 2240 4049
Sumber: Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA