ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 14, 2024 -Selasa

 
  TOSHIBA LANCAR IC PEMACU PENGHUBUNG-H YANG MENYOKONG VOLTAN RENDAH 1.8V DAN PEMACU ARUS BESAR 4.0A

Wednesday 12/12/2018



-Merealisasikan kawalan motor dengan dua bateri sel kering-

TOKYO, 12 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) hari ini mengumumkan pelancaran "TC78H653FTG," satu penambahan kepada IC pemacu barisan dwi-penghubung[1]-H untuk DC brushed motor dan stepping motor yang menyampaikan voltan rendah (1.8V) dan arus tinggi (4.0A)[2]  yang penting untuk peralatan bervoltan rendah yang dijana oleh bateri sel kering, seperti peranti mudah alih, produk elektronik untuk rumah dan pemacu USB.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20181211006015/en/

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ketika kemajuan IoT dan teknologi tanpa wayar semakin banyak digunakan, permintaan bagi aplikasi yang boleh dikendalikan dari jarak jauh melalui telefon pintar dan peranti lain semakin meningkat, dan justeru begitu juga minat terhadap kawalan motor berkuasa bateri.

Trend ini semakin merangsangkan permintaan untuk IC pemacu yang berupaya memacukan peranti walaupun pada voltan rendah 1.8V (0.9V × 2 bateri, di mana kapasiti dikurangkan dengan pelepasan walaupun 1.5V, 1.2V, dan lain-lain adalah voltan permulaan.).

Sehingga kini, peranti arus perdana itu adalah IC pemacu penghubung-H yang dibina dengan transistor dwikutub, yang dapat mencapai kendalian yang stabil pada voltan rendah. Walau bagaimanapun, masalah dengan ini termasuk penggunaan arus yang besar yang memendekkan hayat bateri dan meningkatkan kehilangan arus dalam IC, dan tork motor yang tidak mencukupi, memandangkan voltan yang digunakan untuk motor itu dikurangkan.

IC pemacu dwi-penghubung-H Toshiba yang baharu menggunakan proses DMOS khusus Toshiba untuk pemacu bervoltan rendah bagi mencapai hayat bateri yang lebih lama dengan kendalian voltan rendah yang stabil. Tork motor yang lebih baik juga direalisasikan dengan mengurangkan kehilangan IC melalui rintangan[3] rendah. Produk baharu itu sesuai untuk aplikasi motor yang dipacu oleh bateri bervoltan agak rendah (1.8V hingga 7.0V).
 
Ciri-ciri utama
(1) Penggunaan arus rendah memanjangkan hayat bateri.
  (ICC = 0.6 mA (jenis) dalam mod kendalian apabila VM = 3.0V dan Ta = 25°C; ICC = 0 µA (jenis) dalam mod siap sedia apabila VM = 3.0V dan Ta = 25°C)
   
(2) 
Rintangan rendah mengurangkan kehilangan IC yang dijana oleh kejatuhan voltan di dalam pemacu motor dan meningkatkan voltan yang digunakan pada motor, seterusnya menyumbang kepada peningkatan tork motor.
  (Ron = 0.11Ω (jenis) (jumlah bahagian tinggi dan rendah dalam mod besar apabila VM = 5V dan Ta=25°C)
   
(3) Kawalan PWM pada 500 kHz adalah mungkin oleh ciri-ciri pensuisan output berkelajuan tinggi (ton = 90 ns, Toff = 90 ns).
 
Aplikasi
Aplikasi bermotor yang dipacu oleh bateri bervoltan agak rendah (1.8V hingga 7.0V), peranti mudah alih (kamera, berus gigi elektrik, mesin pencetak) menggunakan bateri litium-ion 3.7V, produk untuk rumah, seperti kunci elektronik, meter pintar, tandas bidet elektronik dan alat permainan menggunakan dua bateri kering 1.5V, dan peranti yang menggunakan bekalan kuasa USB 5V.

Table
 
Nota:
[1] Digunakan untuk mengawal putaran ke hadapan dan ke belakang bagi DC brushed motor dan stepping motor. Transistor dan beban mempunyai satu konfigurasi berbentuk H.
[2] Penarafan di dalam mod besar dan arus motor sebenar adalah terhad oleh keadaan kendalian seperti suhu ambien dan voltan bekalan kuasa
[3] Komponen berintangan apabila arus mengalir. Nilai rintangan yang lebih rendah mencapai kehilangan yang lebih rendah di dalam pemacu motor dan menyekat penjanaan haba.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk baharu itu, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/product/linear/motordriver/detail.TC78H653FTG.html

Untuk menyemak ketersediaan bagi produk baharu itu pada pengedar dalam talian, sila layari:
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/buy/stockcheck.TC78H653FTG.html

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Sistem LSI II
Tel: +81-44-548-2188
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti utama yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan bagi menggalakkan penciptaan bersama nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html

Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181211006015/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.