ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  SEBUAH IKLIM PERNIAGAAN YANG SEMAKIN BERMANFAAT MENARIK LEBIH RAMAI PELABUR GLOBAL KE DONGGUAN

Monday 17/12/2018



AsiaNet 76784 
 
DONGGUAN, China, 17 Dis., 2018 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Konvensyen Usahawan Dongguan Sedunia 2018 telah diadakan di Dongguan dari 13 hingga 14 Disember. Lebih daripada 1,200 ahli perniagaan Dongguan di luar negara telah mengadakan majlis perjumpaan besar-besaran di kampung halaman mereka untuk memperluaskan kerjasama perniagaan. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bandar raya China selatan itu telah mengalu-alukan peningkatan jumlah syarikat-syarikat dan projek-projek global yang unggul berikutan persekitaran perniagaannya yang terus bertambah baik.

Dongguan adalah tempat kepada 391,000 perusahaan persendirian dan 586,900 perniagaan perseorangan menjelang akhir tahun 2017, dengan jumlah modal berdaftar melebihi 18 bilion yuan (USD 2.62 bilion). Dasar-dasar yang menggalakkan dan iklim perniagaan yang baik telah membolehkan sektor swasta bagi bandar raya itu untuk berkembang dengan lancar. Pada tahun 2017, Dongguan telah melancarkan pelan untuk memperbaiki kedua-dua skala dan kecekapan bagi perusahaan besar. Dengan memberi tumpuan kepada dasar, industri, tanah, modal dan bakat, Dongguan menawarkan kepada syarikat-syarikat perintis dengan 20 dasar keutamaan inklusif serta satu panel pakar-pakar untuk berunding, bagi memastikan syarikat-syarikat ini menggandakan saiz dan faedah ekonomi mereka.

"Acara dua tahun sekali itu menyediakan kepada usahawan Dongguan di luar negara dengan satu peluang untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam mengenai realiti pelaburan bandar raya itu dan meningkatkan pertukaran dan kerjasama perniagaan dengan Dongguan. Ketika Inisiatif Belt and Road yang dicadangkan oleh China dan strategi Guangdong-Hong Kong-Macau Greater Bay Area terus berkembang, ia sedang meningkatkan kadar untuk membina sebuah ekonomi terbuka yang baharu dan melaksanakan dasar-dasar keutamaan bagi mencorakkan iklim perniagaan yang lebih baik. Oleh itu, ahli-ahli perniagaan ini adalah lebih yakin dan tidak sabar-sabar untuk melabur di bandar raya itu," kata Yin Hongwei, pengarah bagi jawatankuasa eksekutif Konvensyen itu dan pengerusi bagi Persekutuan Usahawan Dongguan Sedunia (WDEF).

Satu majlis menandatangani telah diadakan oleh Dongguan Investment Group Co., Ltd. (DIG) dan WDEF. Projek-projek yang ditandatangani ini, termasuk empat untuk pelaburan perindustrian dan tujuh bagi perkhidmatan kewangan, tergolong ke dalam bidang-bidang seperti pembangunan industri pintar baru muncul, pelaburan ekuiti persendirian dan perkhidmatan kewangan sains dan teknologi untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Pada majlis penandatanganan itu, pelaburan dalam industri-industri dan dalam ekuiti persendirian adalah masing-masing bernilai lebih daripada 27.5 bilion yuan (USD 3.99 bilion) dan 3.5 bilion yuan (USD 508.7 juta), dan PKS diberikan barisan kredit bernilai 20 bilion yuan (USD 2.9 bilion ) untuk perkhidmatan kewangan sains dan teknologi.

Menurut Yin, Persekutuan Usahawan Dongguan Eropah Barat telah ditubuhkan pada September, di mana, wakil-wakil dari WDEF dan DIG telah menghadiri Persidangan Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China (Dongguan)-Jerman (Frankfurt) yang diadakan di Frankfurt dan telah menandatangani perjanjian rangka kerja bagi dua projek koperasi dalam penjagaan kesihatan dengan syarikat-syarikat Jerman yang terkenal. Adalah diharapkan Konvensyen Usahawan Dongguan Sedunia 2018 akan menarik lebih banyak projek yang berkualiti.

Pada hari ini, ahli-ahli perniagaan China dan luar negara adalah lebih cenderung untuk melabur di Dongguan, sekali gus menunjukkan kemajuan yang ketara dalam usaha bandar raya itu untuk memupuk sebuah persekitaran perniagaan yang berasaskan undang-undang, bersifat antarabangsa dan mesra perniagaan. Selain itu, lebih banyak faedah telah dibuka. Pada November ini, Dongguan mengeluarkan beberapa siri langkah-langkah untuk memastikan syarikat-syarikat swasta menikmati pembangunan berkualiti, yang dijangka dapat membantu perniagaan swasta yang berpusat di Dongguan mengurangkan kira-kira 30 bilion yuan (USD 4.36 bilion) dalam pelbagai kos dan menawarkan perkhidmatan nilai tambah yang bernilai 50 bilion yuan (USD 7.26 bilion) dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Di samping mengurangkan kos dan mengukuhkan kapasiti, bandar raya itu juga menyediakan lebih banyak peluang keusahawanan dan memperluaskan akses pasaran pada bidang-bidang utama bagi perusahaan tersebut. Ia telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk membentuk sebuah sistem yang sesuai dengan perkembangan kualitinya. Semua isyarat positif ini menawarkan lebih banyak kelebihan dan peluang perniagaan kepada usahawan Dongguan.
 
Sumber: Jawatankuasa Eksekutif bagi Konvensyen Usahawan Dongguan Sedunia

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.