ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 05, 2024 -Ahad

 
  FUSIONEX DIIKTIRAF SEBAGAI SATU DAYA PERUBAHAN DALAM LAPORAN GARTNER 2018 UNTUK ANALISIS MODEN & BI

Wednesday 19/12/2018



SINGAPURA, 19 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Fusionex, penyedia teknologi data yang memenangi pelbagai anugerah, telah disenarai pendek dalam firma penyelidikan dan penasihat Global laporan Gartner 2018 mengenai "Vendor Lain akan Pertimbangkan untuk Analisis Moden dan BI".

Diiktiraf sebagai sebuah syarikat antarabangsa Analisis dan Kecerdasan Perniagaan (A&BI) yang menjadi contoh dalam sebuah senarai yang termasuk syarikat gergasi dunia seperti Amazon dan Google, platform analisis penemuan data Fusionex - GIANT - terkenal kerana memberi keupayaan moden yang progresif dan khusus di dalam penstriman analisis. GIANT juga dinamakan sebagai sebuah platform masa-ke-wawasan yang pantas dan penyelesaian hujung ke hujung dengan fungsi yang mencakupi dari penyediaan data dan visualisasi kepada analisis ramalan dan preskriptif.

Laporan Gartner itu menerangkan bahawa platform A&BI seperti GIANT dikenali kerana set peranti mereka yang mudah untuk digunakan, yang menyokong satu keupayaan aliran kerja analisis lengkap dan sistem layan diri, yang membatasi keperluan untuk melibatkan sebuah bahagian IT perniagaan. Fungsi Pertanyaan Pintar GIANT juga dipuji kerana membolehkan “pengguna untuk bertanya soalan dalam bahasa alamiah dan mendapat maklumat segera."

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Ivan Teh berkata, "Kami sangat teruja bahawa Fusionex telah disebut di dalam laporan Gartner. Pasukan kami komited untuk terus meningkatkan penawaran kami agar dapat berkhidmat dengan lebih baik kepada pangkalan pelanggan kami yang semakin berkembang."

Fusionex sedang berusaha ke arah meningkatkan keupayaan GIANT dengan memberi tumpuan kepada analisis lanjutan, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan.

Maklumat mengenai Fusionex
Fusionex adalah sebuah pembekal teknologi data yang telah memenangi pelbagai anugerah yang mengkhususkan diri di dalam Analisis, Data Besar, Internet Benda, Mesin Pembelajaran dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka tertumpu kepada membantu pelanggan memperolehi, menyimpan, memproses, menganalisis dan memahami sejumlah besar data yang berstruktur dan tidak berstruktur. Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionex-international.com

Maklumat mengenai Fusionex GIANT
Produk analisis dan penemuan data Fusionex, GIANT, adalah sebuah penyelesaian hujung-ke-hujung yang terdiri daripada penyediaan data untuk visualisasi dan analisis ramalan dan preskriptif. Platform itu memungut data dari pelbagai sumber, termasuk penstriman data untuk menyampaikan visualisasi termaju, dan mendedahkan corak trend dan tingkah laku. Templat industri prabina dan papan pemuka yang dipacu oleh bestari mempunyai sokongan sistem layan diri. Fungsi Pertanyaan Pintar GIANT membolehkan pengguna untuk bertanya soalan dalam bahasa alamiah dan mendapat pandangan segera. Pangkalan pelanggan mereka termasuk pelanggan dari perkhidmatan pelancongan dan hospitaliti, perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, pembuatan, permudahan perdagangan dan runcit.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20181217005240/en/

Hubungi

Media:
Edelman
Fariz Mustafa
Fariz.Mustafa@edelman.com

Sumber : Fusionex

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.