ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 11, 2024 -Sabtu

 
  ​NOVA BUILDINGS MEMPEROLEHI ASET-ASET PENTING DALAM PERNIAGAAN BANGUNAN PRAKEJURUTERAAN ASEAN MILIK BLUESCOPE DI VIETNAM

Thursday 03/01/2019



Pengurusan yang Berpengalaman Mengetuai Jualan dan Pembangunan Penyelesaian Bangunan Keluli Prakejuruteraan Merentasi Asia Tenggara dan Pasifik

SINGAPURA, 3 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kumpulan Nova Buildings telah memuktamadkan pengambilalihan aset pemfabrikatan utama BlueScope Buildings di Bandar Raya Bien Hoa di Wilayah Dong Nai, Vietnam. Kilang pemfabrikatan ini yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Bandar Raya Ho Chi Minh dijadual memulakan operasi pada tahun hadapan, dengan diketuai oleh anggota pasukan operasi utama yang sebelum ini menguruskan kemudahan di bawah BlueScope Buildings. Kilang itu akan berfungsi sebagai hab pembuatan utama bagi Nova Buildings untuk membekalkan bangunan-bangunan prakejuruteraan merentasi Asia Tenggara.

Nova Buildings diasaskan oleh sekumpulan pengurusan berpengalaman yang sebelum ini dari BlueScope, dengan menyediakan keluli, produk bangunan, bangunan prakejuruteraan dan perkhidmatan pembinaan multinasional di rantau ini. “Pengurusan Nova Buildings secara kolektif telah bekerja dengan syarikat-syarikat multinasional dan pelanggan domestik yang besar di dalam reka bentuk, kejuruteraan, dan penyiapan beribu-ribu bangunan prakejuruteraan di dalam logistik dan pengedaran, pasar raya besar runcit, pertanian, makanan dan minuman, dan kemudahan penerbangan di Asia Tenggara. Kami akan terus menyediakan sokongan kepada pelanggan yang mencari untuk terus melabur dan berkembang di rantau yang pesat berkembang ini,” kata Encik Cheong Ku Wei, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Nova Buildings.

Nova Buildings beribu pejabat di Singapura, dengan entiti perniagaan tempatan yang diperbadankan di Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Entiti-entiti ini dengan jualan dalam pasaran dan pasukan kejuruteraan yang berpengalaman akan bekerja rapat dengan pelanggan untuk menyediakan bangunan-bangunan prakejuruteraan yang berdaya saing dan berfungsi yang disatukan dengan pelbagai produk dan sistem bangunan yang berkualiti yang diperoleh secara tempatan dengan sokongan selepas jualan domestik yang mantap.

Perniagaan ini disokong oleh sebuah struktur pelaburan ekuiti persendirian yang terdiri daripada pelabur-pelabur utama dari dalam industri pembinaan di rantau ini. Pelaburan ini diketuai oleh firma pelaburan yang berpusat di Singapura, Kumpulan Fintonia. “Nova Buildings disokong oleh beberapa syarikat terkenal di dalam industri pembinaan. Ini sememangnya merupakan satu pengesahan bagi pasukan pengurusan pengasas, dan sinergi dengan pelabur kami di dalam pengembangan pasaran serantau di dalam sebuah industri pembinaan pertumbuhan tinggi di Asia Tenggara,” kata Encik Cheong, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Nova Buildings.

Setakat hari ini, perniagaan ini berfungsi sepenuhnya dan beroperasi di lima buah negara. Untuk maklumat lanjut mengenai perniagaan itu dan lokasi pejabat, sila layari laman web kami di www.novabuildingsasia.com.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: http://www.businesswire.com/cgi-bin/mmg.cgi?eid=51916731&lang=en

Hubungi
Nova Buildings – Ibu Pejabat Singapura
Margaret Cheng
Margaret.re1.Cheng@novabuildingsasia.com

Sumber: Kumpulan Nova Buildings

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.