ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 17, 2024 -Jumaat

 
  LANTRONIX MENGEMBANGKAN PERKONGSIAN DENGAN INGRAM MICRO DI CHINA

Friday 04/01/2019



IRVINE, Calif., 4 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix, Inc. ( “Syarikat”) (NASDAQ: LTRX), penyedia global dalam akses data selamat dan penyelesaian pengurusan untuk Internet Benda (IoT) industri hari ini mengumumkan penambahan hubungan saluran baharu yang menyokong rantau Asia Pasifik & Jepun (APJ).

Syarikat telah menandatangani perjanjian pengedaran baharu dengan Ingram Micro Inc., penyedia borong global untuk produk teknologi dan perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan. Menurut syarat perjanjian baharu tersebut, Ingram Micro Inc. akan menyediakan logistik lanjutan, penghantaran produk dan perkhidmatan pengedaran untuk gerbang peranti IoT luaran dan penyelesaian pengurusan IT Lantronix di China.

"Sebagai peneraju yang telah menyediakan penyelesaian IT dipacu pengetahuan kepada pasaran China sejak 1997, Ingram Micro berbangga dalam mengadakan perkongsian dengan jenama yang mantap seperti Lantronix,” kata Patrick Shao, naib presiden dan pengarah urusan Ingram Micro PRC. “Kami teruja untuk menambah portfolio penyelesaian industri dan rangkaian Lantronix yang inovatif ke barisan produk terbaik kami."

“Kami berbangga untuk menambah Ingram Micro ke senarai rakan kongsi Asia Pasifik Lantronix yang sentiasa berkembang,” kata Kevin Yoder, naib presiden jualan Lantronix. “China mewakili pertumbuhan pasaran untuk kami, dan perkembangan perkongsian kami dengan Ingram Micro akan membolehkan kami meluaskan capaian dan menyokong pelanggan baharu dengan penyelesaian pengurusan IT dan IoT peneraju industri kami.”

Perihal Lantronix  
Lantronix, Inc. ialah penyedia global untuk akses data selamat dan penyelesaian pengurusan aset Internet Benda (IoT). Misi kami ialah untuk menjadi pembekal peneraju penyelesaian IoT yang membolehkan syarikat lain memudahkan penciptaan, pelancaran dan pengurusan projek IoT secara dramatik sambil menyediakan akses selamat kepada data untuk aplikasi dan orang ramai.

Dengan pengalaman lebih daripada dua dekad dalam mencipta teknologi mesin ke mesin (M2M) yang kukuh, Lantronix ialah inovator dalam membolehkan pelanggan kami membina model perniagaan yang baru dan menyedari kemungkinan Internet Benda. Penyelesaian sambungan kami dilancarkan dalam berjuta-juta mesin yang berfungsi untuk pelbagai jenis industri, termasuk industri, perubatan, keselamatan, pengangkutan, runcit, kewangan, persekitaran dan kerajaan.

Lantronix beribu pejabat di Irvine, California. Untuk maklumat lanjut, lawati www.lantronix.com
Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, www.lantronix.com/blog, menampilkan perbincangan dan kemas kini industri. Untuk mengikuti Lantronix di Twitter, sila lawati www.twitter.com/Lantronix. Lihat pustaka video YouTube kami di www.youtube.com/user/LantronixInc atau hubungi LinkedIn kami di www.linkedin.com/company/lantronix

Hubungan Media dan Penganalisis Lantronix:  
Shahram Mehraban
VP, Pemasaran
media@lantronix.com
investors@lantronix.com
949-453-7175

Jualan Lantronix: 
sales@lantronix.com
Amerika +1 (800) 422-7055 (AS dan Kanada) atau +1 949-453-3990
Eropah, Timur Tengah dan Afrika +31 (0)76 52 36 744
Asia Pasifik+ 852 3428-2338
China + 86 21-6237-8868
Jepun+81 (0) 50-1354-6201
India +91 994-551-2488

© 2019 Lantronix, Inc. Hak cipta terpelihara.

Sumber: Lantronix, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.