ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 10, 2024 -Jumaat

 
  WEWORK MEMETERAI PELABURAN $6 BILION DARI SOFTBANK

Wednesday 09/01/2019



Mengumumkan Pelancaran bagi The We Company

NEW YORK, 9 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- WeWork hari ini mengumumkan bahawa ia telah menerima sebuah pelaburan $6 bilion daripada SoftBank. $5 bilion adalah dalam bentuk modal pertumbuhan utama dan baki $1 bilion adalah dalam modal sekunder yang akan digunakan untuk membiayai pembelian saham daripada pelabur dan pekerja. Penilaian pasca wang WeWork sekarang adalah $47 bilion.

Pelaburan ini termasuk satu komitmen pembiayaan $4 bilion yang diumumkan sebelum ini dari SoftBank dalam bentuk not boleh tukar $1 bilion dan sebuah waran $3 bilion. WeWork dan anak-anak syarikatnya kini telah mengumpulkan lebih daripada $10 bilion dalam jumlah komitmen dari SoftBank sejak tahun 2017.

"WeWork sedang melakukan inovasi kepada sebuah industri yang bernilai beberapa trilion dolar dengan sebuah platform teknologi yang menyediakan satu penyelesaian lengkap untuk keperluan ruang. WeWork telah mengalami pertumbuhan yang tidak dapat ditandingi dan kami yakin bahawa dengan wawasan Adam dan modal pertumbuhan ini, syarikat itu akan dapat secara agresif mengejar peluang pasaran yang besar di hadapan mereka," kata Masayoshi Son, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif bagi SoftBank Group Corp.

WeWork hari ini juga mengumumkan pelancaran The We Company. The We Company akan mewujudkan WeWork, WeLive, dan WeGrow sebagai tiga baris perniagaan yang berbeza yang akan berkembang di atas usaha WeWork yang sedia ada di dalam bidang-bidang ini: Misi WeWork adalah untuk mewujudkan sebuah dunia di mana orang bekerja untuk membina suatu kehidupan, bukan hanya untuk hidup; Misi WeLive adalah untuk membina sebuah dunia di mana tiada sesiapapun berasa bersendirian; dan misi WeGrow adalah untuk melepaskan kuasa terbesar bagi setiap manusia.

"Menerusi rangkaian WeWork yang diperluaskan dan komuniti Meetup, The We Company kini berhubungan dengan kira-kira 5 juta orang di seluruh dunia, dengan pendanaan itu menjangkau berjuta-juta lagi. Kami didorong oleh impak yang kami tahu kami akan dapat apabila kita semua bekerja bersama dengan niat yang dikongsi bersama. Saya berterima kasih kepada pekerja, ahli-ahli, dan rakan kongsi kami yang luar biasa di SoftBank di atas komitmen mereka terhadap misi kami," kata Adam Neumann, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi The We Company.

WeWork memulakan tahun 2019 dengan lebih 400,000 ahli di 425 buah lokasi di 100 bandar raya merentasi 27 buah negara. Pelanggan perusahaan (ahli-ahli dengan lebih 1,000 orang pekerja) mencakupi lebih daripada 30% daripada jumlah keahlian syarikat itu. Empat puluh enam peratus daripada ahli perniagaan memuji WeWork dengan memberikan mereka kebebasan dan fleksibiliti untuk berkembang ke pasaran baharu. Sehingga September 2018, 30% daripada Global Fortune 500 adalah dengan WeWork.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai The We Company, sila layari we.co.

Maklumat mengenai The We Company

Misi pedoman The We Company untuk meningkatkan kesedaran dunia. Ia akan berusaha untuk membantu orang hidup secara proaktif dan dengan tujuan, menjadi seorang pelajar kehidupan, untuk hidup, dan menerima bahawa manusia sentiasa berkembang dan dalam keadaan penemuan diri, pertumbuhan sendiri dan perubahan.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190108005751/en/

Hubungi

Hubungan Media
The We Company: press@wework.com
SoftBank: Ben Spicehandler – bspicehandler@sardverb.com

Sumber : WeWork

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.