ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 12, 2024 -Ahad

 
  EPIQ MENGUMUMKAN PERUBAHAN KEPIMPINAN EKSEKUTIF

Thursday 10/01/2019



CEO Baru Dilantik

ATLANTA dan NEW YORK, 10 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan undang-undang, hari ini mengumumkan David C. Dobson telah menyertai syarikat tersebut sebagai ketua pegawai eksekutif baharu, manakala John Davenport, Jr., ketua pegawai eksekutif Epiq semasa, akan dilantik sebagai pengerusi eksekutif lembaga pengarah.

Davenport mengasaskan Epiq, yang dahulunya dikenali sebagai Document Technologies, pada tahun 1998 dan mengembangkan perniagaan daripada hanya segelintir kecil pekerja dan klien, hingga menjadi organisasi global yang bernilai berbilion dolar.

“Kami telah menemui pemimpin hebat yang mencerminkan nilai teras kami dan fokus berpusatkan klien untuk mengambil alih kepimpinan Epiq,” ujar Davenport. “Selepas proses pencarian terperinci, saya teruja untuk memulakan peranan baru saya sebagai pengerusi dan berganding bahu dengan David, yang akan berterusan melaksanakan visi dan strategi kami untuk menjadi rakan khidmat undang-undang global yang terulung kepada klien di serata dunia. Saya percaya bahawa dia adalah insan yang tepat untuk memacu Epiq ke masa hadapan.”

“Saya sangat teruja dan berbesar hati untuk menyertai pasukan hebat seperti ini pada detik yang penting dalam sejarah syarikat kami,” ujar Dobson. “Saya tidak sabar untuk menyambung momentum yang John dan pasukannya telah bina.  Kami mempunyai peluang besar untuk memperluaskan lagi kedudukan kepimpinan kami dalam memberikan perkhidmatan bernilai tinggi kepada klien kami di serata dunia.”

Dobson sebelum ini berkhidmat sebagai ketua pegawai eksekutif Digital River, sebuah syarikat platform dan perkhidmatan eDagang global. Sebelum Digital Rover, Dobson memegang jawatan kepimpinan tinggi di IBM, Corel, Pitney Bowes dan CA Technologies.  Dobson memegang ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik dan pengurusan daripada McMaster University di Ontario, Kanada.

Perihal Epiq 
Epiq, peneraju global dalam industri perkhidmatan undang-undang, melaksanakan tugas berskala besar dan kian rumit untuk peguam korporat, firma undang-undang dan ahli perniagaan dengan penuh efisien, ketelusan dan keyakinan. Klien bergantung pada Epiq untuk memperkemaskan pentadbiran pengendalian perniagaan, tindakan kumpulan dan tort massa, pelaporan mahkamah, ePenemuan, kawal selia, pematuhan, penstrukturan semula dan hal kemuflisan. Kepakaran isi dan teknologi Epiq menghasilkan keberkesanan melalui kepakaran dan memberikan keyakinan kepada klien berprestasi tinggi di serata dunia. Ketahui lanjut di 
www.epiqglobal.com.

Hubungan Akhbar
Jill Brown
jbrown@epiqglobal.com
+1 713 933 2905

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di 
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fe583718-3c80-4e47-a537-d45ec8dc5eb5 

SUMBER: Epiq Systems Inc

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.