ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 11, 2024 -Sabtu

 
  BLINQ AKAN MELANCARKAN E-DAGANG MEWAH KE ASIA TENGGARA

Monday 14/01/2019



SINGAPURA, 14 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Usahawan yang berpengalaman Bob Chua kini kembali dengan usaha niaga terbaru beliau, BlinQ, yang memberi tumpuan kepada ruang e-dagang fesyen mewah yang pesat berkembang di Asia. Selepas dua jalan keluar Data Besar yang berjaya dan sebuah IPO di Bursa Saham London, Chua berhasrat untuk menguasai apa yang beliau percaya adalah sebuah pasaran yang belum diterokai.

Pasaran mewah peribadi itu pada masa ini dianggarkan bernilai $300 bilion dan akan berkembang kepada $500 bilion menjelang tahun 2020. Hampir 44% diperolehi dari Asia menurut laporan fesyen global McKinsey.

Chua berkata, "BlinQ menggunakan corak AR dan Algoritma untuk menyediakan pengguna dengan trend dan kelengkapan peribadi terkini dari peranti digital mereka. Ia juga membolehkan pengguna untuk memilih bagaimana cara mereka ingin menggunakan fesyen, yang mungkin tidak semestinya untuk membeli, tetapi juga untuk menyewa, melanggan, atau membayar kemudian bagi reka bentuk mewah terkini dari jenama-jenama utama dan akan datang merentasi Asia Tenggara".

Chua menambah, "Terdapat gangguan runcit yang jelas berlaku di merata tempat, dan penggunaan e-dagang di ruang mewah sedang berkembang pada satu kadar yang menakjubkan di Asia. Kami melihat satu peluang besar terutamanya dengan sebuah platform tumpuan sepenuhnya bagi menyediakan kepada pengguna dengan sebuah ciri bilik maya yang berubah-ubah, sebuah tempat pasaran dan pelbagai cara untuk menggunakan fesyen". Dalam satu cara kami menggabungkan model-model ASOS, Farfetch, Rent-the-Runway dan The RealReal yang berjaya ke dalam satu platform tunggal, dan pada masa yang sama mensasarkan warga Asia yang kaya. Platform pelbagai jenama dan berbilang mod itu membolehkan bagi penonton yang lebih meluas untuk menikmati kemewahan...terutamanya di kalangan generasi millennial.

Dari satu sudut B2B, kami merancang untuk memperolehi pendapatan daripada platform kami dengan melabel-putihkan ciri-ciri bilik AR (Realiti Terimbuh) maya kami yang berubah-ubah ke tapak e-dagang yang lain, yang pada akhirnya akan mengurangkan pulangan (pada masa ini dianggarkan pada 60% bagi kesemua pembelian dalam talian) dan meningkatkan kecenderungan membeli (dianggarkan akan memacukan 30%-40% lebih banyak jualan disebabkan oleh mencuba sebelum membeli).

BlinQ juga membayangkan menggerakkan logistik bahagian belakang dan pemenuhan barangan melalui penggudangan automatik sepenuhnya untuk memenuhi daya pemprosesan, SKU dan pelbagai jenama yang ia rancang untuk dibawa pada masa hadapan. Ini akan membolehkan ia memenuhi permintaan bagi kelajuan, skop dan skala bagi rantau itu dan pada masa yang sama mengoptimumkan pengalaman pelanggan.

BlinQ sejak itu telah memperoleh pembiayaan modal yang besar, dan pada masa ini sedang menuju ke pusingan pengumpulan dana yang seterusnya untuk mempercepatkan diri ke hadapan.

Maklumat mengenai BlinQ

BlinQ adalah sebuah pemboleh Teknologi Fesyen yang terkemuka di dalam ruang AR dan E-dagang, dengan memberi tumpuan kepada pasaran Asia Tenggara. Teknologi BlinQ membolehkan pengguna untuk betul-betul mencuba dan membeli pakaian dan aksesori pereka dari peruncit fesyen mewah dan kontemporari dalam talian di seluruh dunia. Sebuah model langganan sewaan juga menyediakan kepada pengguna dengan pilihan untuk menyewa pakaian dan aksesori pereka. Operasi penggudangan automatik bahagian belakang membolehkan jenama-jenama untuk memenuhi produk mereka di seluruh rantau Asia Pasifik.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: http://www.businesswire.com/news/home/20190113005018/en

Hubungi
Bob Chua
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif
bob.chua@blinq.fashion
+60173006355 untuk maklumat lanjut
www.blinq.fashion
Bagi kemas kini BlinQ, klik di sini

Sumber : BlinQ
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.