ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 12, 2024 -Ahad

 
  ​LITHIUM WERKS MELANTIK T. JOSEPH FISHER III SEBAGAI PENGERUSI

Wednesday 16/01/2019



HENGELO, Belanda, 16 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Syarikat penyimpanan tenaga dan bateri Belanda, Lithium Werks B.V. (www.lithiumwerks.com) telah melantik T. Joseph (Joe) Fisher III sebagai pengerusi lembaga pengarah.

Fisher, yang merupakan ketua eksekutif syarikat semenjak beliau menjadi pengasas bersama syarikat pada tahun 2017, mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam industri bateri.

Beliau kini akan memainkan peranan sebagai pengerusi Lithium Werks, manakala Kees Koolen akan fokus pada pembangunan syarikat bateri yang berasingan. Koolen kekal sebagai pemegang saham dan pendukung Lithium Werks dan kedua syarikat terbabit akan berterusan bekerja sama untuk maju ke hadapan.

“Kami komited untuk memainkan peranan utama dalam anjakan tenaga masyarakat kepada tenaga yang boleh diperbaharui seperti solar dan angin, serta strategi kami kekal tidak berubah,” ujar Fisher.

“Kami menjangkakan pertumbuhan pesat di Eropah, yang mana permintaan untuk bateri kelihatan tidak pernah mencukupi. Terdapat kesedaran yang meningkat dalam kalangan penggubal dasar, syarikat dan masyarakat umum bahawa kita akan memerlukan bateri bagi memastikan lampu tidak terpadam ketika ketiadaan angin dan matahari tidak bersinar. Sebagai syarikat bateri yang berpangkalan di Eropah, kami sentiasa bersaing bagi memastikan kedudukan kami terjamin untuk memberikan keperluan pelanggan kami yang kian bertambah ramai.”

“Oleh kerana penyimpanan tenaga merupakan bahagian penting anjakan tenaga, di Eropah dan serata dunia, kami menjangkakan permintaan untuk bateri litium-ion berkembang berpuluh kali ganda dalam masa sedekad yang akan datang. Industri kami harus mengatasi cabaran yang mendatang dan mendirikan kilang yang mencukupi untuk menyediakan kapasiti sebanyak ribuan GWj dalam tempoh tiga dekad seterusnya.” ujar Fisher.

“Kepakaran kami dalam penyelesaian penyimpanan tenaga yang selamat, kebergantungan tinggi, bersih dan mapan mengakibatkan pertumbuhan ketara pada tahun 2018. Memasuki tahun 2019, kami menjangka untuk berkembang lebih jauh bagi memenuhi permintaan yang meningkat melalui pertumbuhan organik dan pemilikan lanjut, termasuk rancangan kilang masa hadapan kami di China bersama rakan kongsi setempat kami.”

Lithium Werks, yang telah pun mempunyai tiga kemudahan bateri kecil di China dan telah beroperasi merentas tiga benua, bercadang untuk membina beberapa kilang berskala besar. Kilang dan kemudahan berkaitan akan menghasilkan sel bateri dan sistem untuk bateri litium-ion untuk digunakan bagi penyimpanan tenaga dan grid pintar, juga untuk peralatan pengangkutan besar dan kegunaan industri.

Perihal Lithium Werks
Lithium Werks ialah syarikat bateri litium-ion global yang kian berkembang, berpangkalan di Hengelo, Belanda, dengan kemudahan penghasilan di China serta pejabat dan kemudahan gudang di Belanda, A.S., U.K. dan Norway. Lithium Werks menyediakan sistem pengurusan sel, modul dan tenaga kepada pasaran industri, pengangkutan, marin dan penyimpanan tenaga bersih. 

Hubungan Media 
LWmarketing@lithiumwerks.com 
+44 (0)28 9084 5411

Hubungan Pelabur
Investor.Relations@lithiumwerks.com

Sumber : Lithium Werks

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.