ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KEIO PLAZA HOTEL MENGANJURKAN ACARA "HINA-MATSURI (FESTIVAL ANAK PATUNG PEREMPUAN)" - 6,800 PERHIASAN SENI GANTUNG YANG INDAH DAN BUDAYA UPACARA TEH

Thursday 17/01/2019



TOKYO, 17 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Keio Plaza Hotel Tokyo (KPH), satu daripada hotel antarabangsa yang paling berprestij di Jepun yang terletak di Shinjuku, Tokyo, akan menganjurkan sebuah acara yang dipanggil “Hina-matsuri melalui Budaya Upacara Teh dan Seni Gantung” untuk membantu tetamu meraikan acara kebudayaan Jepun yang dikenali sebagai Festival Anak Patung Perempuan atau “Hina-matsuri” dari 1 Februari (Jumaat) hingga 28 Mac (Khamis), 2019 dengan perhiasan seni gantung yang indah yang dipaparkan di lobi kami dan sajian menu khas yang dihidangkan di restoran kami. Di samping memaparkan kira-kira 6,800 anak patung buatan tangan yang indah dan penuh dengan hiasan dan perhiasan tradisional yang lain dalam acara yang bakal diadakan itu, Hotel kami juga akan mempamerkan pelbagai barangan seni tradisional dan bersejarah yang digunakan dalam upacara teh tradisional Jepun, yang telah lama menjadi sebahagian daripada pendidikan budaya wanita Jepun dari Era Meiji (1868 hingga 1912).

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190116005191/en/

Menggantung perhiasan seni hiasan yang dijahit tangan dengan teliti dari kain daripada pakaian  kimono sutera lama oleh artis kuilt terkenal Mitsuyo Matsuo dan 90 anggota daripada artis-artis Kumpulan Himawari beliau akan dipaparkan. Perhiasan ini dibuat dengan teliti untuk pameran ini dan secara simbolik mencerminkan harapan bagi kesihatan dan kebahagiaan kanak-kanak. Sebagai contoh, perhiasan itu yang dibuat untuk pameran ini mempunyai pelbagai makna simbolik seperti monyet dengan keupayaan untuk menangkis malapetaka, itik mandarin mencerminkan rasa cinta di antara pasangan, dan bantal yang melambangkan kanak-kanak yang tidur dengan baik dan membesar dengan sihat. Selain itu, anak patung Mataro tradisional yang diperbuat daripada kayu dari Tokong Kamikamo di Kyoto akan dipaparkan bersama-sama dengan sebuah perhiasan seni hiasan gantung setinggi 3.3 meter yang indah di ruang lobi utama di tingkat ketiga untuk menyambut tetamu ke hotel kami.

"Pameran Budaya Upacara Teh" itu akan diadakan dengan kerjasama Profesor Kehormat Hiroichi Tsutsui dari Universiti Kyoto dan memaparkan cawan-cawan teh, sudu teh buluh, kole air dan peralatan lain yang berharga dan indah yang digunakan dalam upacara teh tradisional. Di samping itu, barangan upacara teh yang lain termasuk perhiasan parlur, setanggi dan skrol gambar mengenai kedai gula-gula Jepun akan juga dipaparkan untuk menunjukkan keindahan kebudayaan dan estetik yang dicerminkan dalam upacara minum teh Jepun.

Di samping itu, sajian menu khas untuk memperingati “Hina-matsuri (Festival Anak Patung Anak Perempuan)” akan dihidangkan di sembilan buah restoran kami semasa bulan Februari dan Mac 2019.

Arkib bagi Siaran Media
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190116005191/en/

Hubungi

Keio Plaza Hotel Tokyo
Keiko Kawashima, +81-3-5322-8010
Pengurus Perhubungan Awam
keiko-kawashima@keioplaza.co.jp

Sumber : Keio Plaza Hotel Tokyo

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.​

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.