ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 13, 2024 -Isnin

 
  TOSHIBA MEMORY CORPORATION MEMPERKENALKAN PERANTI INGATAN KILAT TERTANAM VERSI 3.0 UFS YANG PERTAMA DI DALAM INDUSTRI

Wednesday 23/01/2019



TOKYO, 23 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Memory Corporation, pemimpin dunia di dalam penyelesaian ingatan, telah memulakan persampelan[1] bagi peranti ingatan kilat tertanam Versi 3.0[3] Storan Kilat Universal (UFS) yang pertama di dalam industri[2]. Barisan baharu itu menggunakan ingatan kilat 3D 96-lapisan BiCS FLASH™ syarikat itu yang canggih dan boleh didapati dalam tiga kapasiti: 128GB, 256GB dan 512GB[4]. Dengan prestasi membaca/menulis berkelajuan tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, peranti baharu itu sesuai untuk aplikasi seperti peranti mudah alih, telefon pintar, tablet, dan sistem realiti terimbuh/maya.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190122006030/en/

Peranti baharu itu menggabungkan ingatan kilat 3D 96-lapisan BiCS FLASH™ dan sebuah pengawal di dalam sebuah pakej 11.5 x 13.0mm JEDEC yang standard. Pengawal itu melakukan pembetulan kesilapan, meratakan kehausan, menangani terjemahan logik-ke-fizikal dan pengurusan blok tak lancar untuk pembangunan sistem yang dipermudahkan.

Ketiga-tiga peranti itu mematuhi JEDEC UFS Versi 3.0, termasuk HS-GEAR4, yang mempunyai kelajuan antara muka berteori sehingga 11.6Gbps bagi setiap lorong (x2 lorong = 23.2Gbps) dan pada masa yang sama menyokong ciri-ciri yang menyekat peningkatan di dalam penggunaan kuasa. Prestasi membaca dan menulis berurutan bagi peranti 512GB dipertingkatkan masing-masing sebanyak kira-kira 70 peratus dan 80 peratus, berbanding dengan peranti[5] generasi sebelumnya.

* Nama-nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang dinyatakan di sini adalah merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
 
Nota
[1] Penghantaran sampel bagi peranti 128GB itu akan bermula hari ini dengan barisan selebihnya dikirim secara beransur-ansur selepas Mac. Spesifikasi bagi sampel itu mungkin berbeza daripada produk komersial.
[2] Sumber: Toshiba Memory Corporation, setakat 23 Januari, 2019.
[3] Storan Kilat Universal (UFS) adalah sebuah kategori produk untuk sebuah kelas produk ingatan tertanam yang dibina untuk spesifikasi standard JEDEC UFS. Oleh kerana antara mukanya yang bersiri, UFS menyokong pendupleksan penuh, yang membolehkan kedua-dua bacaan dan penulisan serentak di antara pemproses hos dan peranti UFS.
[4] Ketumpatan produk dikenal pasti berdasarkan kepada ketumpatan cip ingatan di dalam Produk, bukan jumlah kapasiti ingatan yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti pengguna yang boleh digunakan akan berkurangan disebabkan oleh kawasan data overhed, pemformatan, blok tak lancar, dan kekangan lain, dan mungkin juga berbeza-beza pada peranti dan aplikasi hos. Untuk butiran, sila rujuk kepada spesifikasi produk yang berkenaan. Takrif 1GB = 230 bait = 1,073,741,824 bait.
[5] Peranti 256GB Toshiba Memory Corporation generasi sebelumnya "THGAF8T1T83BAIR"

Pertanyaan Pelanggan:
Toshiba Memory Corporation
Bahagian Perancangan Jualan
Tel: +81-3-6478-2423
https://business.toshiba-memory.com/en-jp/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190122006030/en/

Hubungi

Pertanyaan Media:
Toshiba Memory Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404

Sumber : Toshiba Memory Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.