ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  MARY KAY INC. MENGUMUMKAN PELANTIKAN DUA EKSEKUTIF DALAM OPERASI RANTAIAN PEMBEKALAN

Friday 25/01/2019



Jenama Kecantikan Global Melantik Chaun Harper dan Dr. Lucy Gildea ke Pasukan Eksekutif
 
DALLAS, 25 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Mary Kay Inc., yang menyambut ulang tahun mereka ke-55 sebagai sebuah jenama kecantikan dan penjual langsung yang utama di hampir 40 pasaran, mengumumkan pelantikan Chaun Harper sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Pengeluaran dan Dr. Lucy Gildea sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Saintifik. Dalam peranan baharu mereka, Harper dan Gildea akan menyertai pasukan eksekutif syarikat kosmetik global itu.
 
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190124005055/en/
 
Sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Pengeluaran, Chaun Harper akan bertanggungjawab terhadap operasi pembuatan global, pengendalian inventori global, perancangan bekalan, pengangkutan dan kualiti global. Harper menyertai Mary Kay Inc. pada tahun 2014 sebagai Pengarah bagi Operasi Pengeluaran. Semasa tempoh tugasan beliau, Harper telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan satu budaya penambahbaikan yang berterusan di kemudahan pengeluaran Mary Kay yang termasuk meningkatkan kecekapan pengeluaran secara ketara dan melaksanakan peluang-peluang pembangunan utama bagi pekerja untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan memajukan kerjaya mereka. Sebelum menyertai syarikat kecantikan ikonik itu, Harper bekerja untuk L'Oréal di mana beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kedua-dua fungsi operasi dan kualiti.
 
Sebagai Naib Presiden Kanan – Ketua Pegawai Saintifik, Dr. Lucy Gildea akan terus mengetuai operasi penyelidikan dan pembangunan Mary Kay Inc. Sejak menyertai syarikat kecantikan ikonik itu pada tahun 2017, Dr. Gildea telah berusaha untuk melaksanakan strategi produk dan inovasi saluran global syarikat itu. Dengan sebuah portfolio global bagi lebih daripada 1,400 paten bagi produk, teknologi dan sistem pembungkusan, Mary Kay telah memupuk sebuah budaya inovasi dan melabur berjuta-juta dolar setiap tahun dalam penyelidikan dan pembangunan. Dr. Gildea akan menjadi orang penting dalam memimpin syarikat itu secara inovatif ke dalam generasi akan datang. Sebelum menyertai Mary Kay Inc., Dr Gildea menghabiskan 15 tahun di Procter and Gamble, bekerja dalam penjagaan kesihatan, penjagaan mulut, teknologi kecantikan dan pembangunan kecantikan/kulit.
 
“Dalam satu tempoh yang agak singkat, kedua-dua Chaun dan Lucy telah membuat sumbangan yang signifikan dan terbukti berperanan penting dalam operasi penyelidikan, pembangunan dan rantaian bekalan di Mary Kay,” kata Deborah Gibbins, Ketua Pegawai Operasi bagi Mary Kay Inc. “Dalam peranan baharu mereka sebagai ahli pasukan eksekutif syarikat itu, Chaun dan Lucy akan berusaha untuk memastikan penjajaran bagi strategi dan rancangan di peringkat serantau dan global untuk produk Mary Kay®. Sebagai satu daripada inovator terkemuka di dalam industri jualan langsung dan kosmetik, Mary Kay adalah sebuah penjana komestik dengan lebih daripada 700 produk dalam portfolio global kami. Ketika kami terus menghasilkan produk yang terbaik di dalam industri, kami amat bangga untuk melantik Chaun dan Lucy ke jawatan eksekutif ini dengan pemahaman bahawa kepimpinan dan kepakaran mereka akan menjadi amat bernilai ketika kami membina di atas usaha kami untuk memperkayakan kehidupan wanita di seluruh dunia.”
 
Harper memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kimia dari Arkansas Tech University di Russellville, Ark. dan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Webster University di St. Louis, Mo. Dr. Gildea memperolehi ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biologi dari Georgetown College di Georgetown, Ky. dan PhD dalam Biologi Sel dan Molekul, Imunologi dan Penyakit Berjangkit dari Universiti Cincinnati.
 
Maklumat mengenai Mary Kay
 
Di Mary Kay, kejayaan terletak pada dedikasi kami terhadap produk-produk yang sangat menarik, satu peluang yang memberi ganjaran dan impak masyarakat yang positif. Selama 55 tahun, Mary Kay telah memberi inspirasi kepada wanita untuk mencapai matlamat keusahawanan mereka di hampir 40 buah negara. Sebagai sebuah syarikat berbilion dolar, kami menawarkan penjagaan kulit termaju yang terkini, kosmetik warna dan wangi-wangian yang berani. Ketahui lebih banyak sebab untuk mencintai Mary Kay di www.marykay.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190124005055/en/

Hubungi

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 or media@mkcorp.com
 
Sumber : Mary Kay
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.