ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  TOMI ENVIRONMENTAL SOLUTIONS, INC. MEMETERAI PERJANJIAN PEMASARAN BERSAMA DAN BEKALAN EKSKLUSIF DENGAN ARKEMA INC. UNTUK MEMBANGUNKAN PASARAN TEKNOLOGI PENGABUTAN DALAM KESELAMATAN MAKANAN

Wednesday 30/01/2019



BEVERLY HILLS, California, 30 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- TOMI Environmental Solutions, Inc.® (“TOMI”) (OTCQX:TOMZ), syarikat global yang mengkhusus dalam keperluan disinfeksi dan dekontaminasi menggunakan platform Binary Ionization Technology® (BIT) utamanya menerusi pengilangan,  pelesenan, perkhidmatan dan penjualan jenama produk SteraMist , kabus dan kabut berasaskan hidrogen peroksida, telah membuat perjanjian pemasaran bersama dan bekalan global eksklusif dengan Arkema Inc..  Arkema Inc. adalah peneraju global dalam industri hidrogen peroksida.  Dalam perjanjian tersebut, kedua-dua pihak akan membangunkan pasaran untuk Teknologi Pengabutan TOMI menggunakan Teknologi SteraMist TOMI untuk kegunaan keselamatan makanan. Arkema Inc. akan mengilangkan dan membekalkan hidrogen peroksida gred makanan untuk digunakan dalam penyelesaian yang berdaftar dengan EPA.  Kedua-dua syarikat akan bersama-sama memenuhi keperluan untuk proses keselamatan makanan tanpa peluntur yang pantas dan berkesan dalam industri dan membawanya kepada pelanggan makanan global Arkema yang menggunakan hidrogen peroksidanya untuk produk diperakui organik pada masa ini.

Dr. Halden Shane, CEO TOMI berkata, “TOMI teruja untuk bekerjasama dengan Arkema demi memberikan produk pemprosesan makanan diperakui organik yang boleh digunakan secara global untuk keselamatan makanan.  Tambahan lagi, perkongsian ini akan membolehkan TOMI terus membawakan teknologinya ke pasaran global.  Kepakaran Arkema dalam menghasilkan penyelesaian hidrogen peroksida gred makanan akan membolehkan TOMI menangani keperluan pasaran makanan yang semakin meningkat untuk disinfeksi meluas yang pantas, berkesan dan tidak memudaratkan benih, tunas atau pokok matang.  Pelanggan hidrogen peroksida Arkema yang mahukan kaedah pembersihan makanan baharu yang lebih pantas dan kurang kaustik akan mendapat manfaat daripada teknologi yang dimiliki TOMI dan pada akhirnya melengkapkan kaedah pembersihan dan disinfeksi yang lebih berkesan dan kurang kaustik untuk makanan, pembungkusan makanan dan kelengkapan pemproses makanan.”

Linda Myrick, pengurus besar Oksigen dan Terbitan di Arkema Inc. memberi komen, “Arkema teruja untuk bekerjasama dengan TOMI untuk membawakan teknologi baharu ke industri keselamatan makanan global.  Kami bangga dengan penglibatan kami dalam pembangunan Teknologi SteraMist TOMI yang meningkatkan kelajuan dan keberkesanan penyelesaian pembersihan dan disinfeksi. TOMI adalah rakan kongsi ideal dan kami bersedia untuk mengekalkan hubungan yang berpanjangan dan maju.”

Perihal TOMI Environmental Solutions, Inc.

TOMI™ Environmental Solutions, Inc. (OTCQX:TOMZ) ialah syarikat dekontaminasi dan pencegahan jangkitan yang menyediakan penyelesaian persekitaran untuk disinfeksi permukaan dalam menerusi pengilangan, jualan dan pelesenan platform Binary Ionization Technology® (BIT) yang utama. Dicipta di bawah geran pertahanan dengan Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan (DARPA) daripada Jabatan Pertahanan A.S, BIT menggunakan Hidrogen Peroksida peratusan rendah sebagai satu-satunya bahan aktif untuk menghasilkan radikal hidroksil (.ion OH), dikenali sebagai Hidrogen Peroksida terion, iHP. Diwakili oleh jenama produk SteraMist, iHP™ menghasilkan aerosol pembunuh kuman yang berfungsi seperti gas bukan kaustik visual.

Produk TOMI direka untuk spektrum komersial yang luas, termasuk tetapi tidak terhad kepada kelengkapan hospital dan perubatan, kapal persiaran, bangunan pejabat, industri keraian, sekolah, restoran, kemudahan pemproses makanan, berek tentera, jabatan polis/bomba dan kemudahan sukan. Produk dan perkhidmatan TOMI juga telah digunakan dalam rumah keluarga tunggal dan kediaman berbilang unit. Nama jenama SteraMist TOMI telah melakukan kajian sebelum ini dan pada masa ini serta telah melengkapkan kajian tentang keselamatan makanan dengan panduan USDA.

TOMI telah membangunkan program latihan dan protokol permohonan untuk pelanggannya dan merupakan ahli yang mematuhi keperluan Persatuan Keselamatan Biologi Amerika, Persatuan Bank Tisu Amerika, Persatuan Para Profesional dalam Kawalan Jangkitan dan Epidemiologi, Persatuan Epidemiologi Penjagaan Kesihatan Amerika, Persatuan Kimia Amerika, Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik, Persatuan Perdagangan Benih Amerika dan Persatuan Industri Pemulihan.

Untuk maklumat tambahan, sila lawati http://www.tomimist.com/ atau info@tomimist.com.

Perihal Arkema

Arkema Inc. ialah salah satu syarikat subsidiari Arkema Group yang bertapak di A.S. Syarikat induk yang bertapak di Perancis, Arkema, adalah pereka bahan dan penyelesaian inovatif yang meningkatkan prestasi pelanggan.  Portfolio perniagaannya merangkumi Bahan Prestasi Tinggi, Pengkhususan Industri dan Penyelesaian Salutan, dengan jenama yang diiktiraf global.  Syarikat ini fokus terhadap produk berasaskan bio, tenaga baharu, pengurusan air, penyelesaian elektronik, bahan dan reka bentuk ringan, kecekapan rumah dan penebatan. Jualan tahunan pada tahun 2017 berjumlah €8.3 bilion ($9.4 bilion).  Arkema menggaji 20,000 orang di seluruh dunia dan beroperasi di 55 buah negara.

Untuk maklumat tambahan, sila lawati http://www.Arkema.com/ atau hubungi Arkema Inc. di info@arkema.com.

Kenyataan Masa Hadapan di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Peribadi 1995 
Sesetengah kenyataan bertulis dan lisan yang dikeluarkan oleh kami mungkin mengandungi “kenyataan masa hadapan” seperti yang ditakrifkan oleh Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Peribadi 1995 (“Akta Pembaharuan”). Kenyataan masa hadapan yang dikenali daripada perkataan dan frasa seperti “kami mengharapkan”, “diharap akan”, “menganggar,” “dianggarkan”, “harapan masa ini”, “kami bersedia untuk”, “sama dengan”, “mengunjurkan”, “unjuran”, “diunjurkan akan”, “menjangka”, “dijangkakan”, “kami percaya”, “mungkin” dan frasa lain yang serupa. Semua kenyataan tentang prestasi operasi, acara, atau perkembangan yang kami harapkan atau jangkakan akan berlaku pada masa hadapan, termasuk kenyataan berkaitan pertumbuhan hasil, perolehan, pertumbuhan perolehan per hasil, atau unjuran serupa adalah kenyataan masa hadapan dalam maksud Akta Pembaharuan. Frasa tersebut adalah untuk masa hadapan dan seharusnya dinilai dengan mempertimbangkan faktor risiko penting yang mampu menyebabkan hasil sebenar menjadi jauh berbeza daripada hasil yang dijangkakan. Maklumat yang diberikan dalam dokumen ini adalah berdasarkan fakta dan keadaan yang diketahui pada masa ini. Kami tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan masa hadapan selepas tarikh keluaran ini

MAKLUMAT HUBUNGAN PELABUR

Harold Paul
hpaul@tomimist.com 

Sumber: TOMI Environmental Solutions, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.