ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 28, 2024 -Ahad

 
  ​PERISIAN CAM ULTRA PERSIS MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENENTUAN OPTIK

Wednesday 30/01/2019



NanoCAM4 (N4), keluaran perisian yang dinanti-nantikan daripada Moore Nanotechnology Systems adalah hasil interaksi pengguna selama beberapa dekad, kepakaran pemutaran berlian dan pemahaman bahawa masa hadapan industri pemutaran berlian ultra persis memerlukan pakej pengaturcaraan yang lebih komprehensif dan mudah digunakan. N4 melengkapkan dan meluaskan keupayaan pemprosesan lanjutan untuk produk Nanotech semasa dan akan datang, ia meningkatkan kemahiran pengaturcaraan untuk pelanggan dan mendayakan mesin pemutar berlian ultra persis untuk mencapai tahap tertinggi potensinya.

SWANZEY, N.H., 30 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Moore Nanotechnology Systems (“Nanotech”), peneraju global pembekal sistem pemesinan ultra persis telah mengeluarkan pakej perisian NanoCAM®4 generasi seterusnya mereka dengan keupayaan yang melangkaui sebarang produk saingan di pasaran hari ini.

Keluaran produk terbaharu Nanotech ini telah dihasilkan selama beberapa tahun dan tiada bandingannya dalam industri. Amat komprehensif tetapi mudah digunakan, NanoCAM4® (N4) membawakan fungsi ketepatan dan pengaturcaraan yang sebelum ini tiada dalam pasaran optik ultra persis. Mark Boomgarden, Presiden dan CEO Nanotech berkata, “Kami teruja untuk mengumumkan pencapaian yang amat penting dalam tawaran produk kami ini. Dengan pengeluaran NanoCAM4, pelanggan kami boleh mereka bentuk dan memindahkan permukaan optik kompleks mereka secara terus dan lancar ke alat mesin Nanotech.” Beliau meneruskan, “Pasukan kejuruteraan kami telah bekerja selama hampir 3 tahun dan telah menghabiskan masa selama lebih daripada 20,000 waktu bekerja dalam rekaan, pembangunan dan ujian pakej NanoCAM4 ini.” Nanotech membuat perkongsian dengan pelanggan utama, institusi teknologi dan pembekal perisian semasa kitar pembangunan - memberikan peluang untuk membuat perubahan tambahan sebelum pengeluaran. Semua pakej CAM sebelum ini dianggap sebagai “boleh diterima” untuk pelbagai keperluan pengaturcaraan, tetapi mempunyai kelemahan di dalamnya - kerap memerlukan perisian pihak ketiga untuk menyelesaikan tugas.  Dalam kes lain, pakej-pakej tersebut tidak mempunyai keupayaan atau fungsi untuk mengaturcara banyak konfigurasi pemesinan optik rumit dan pelbagai yang diperlukan dalam pasaran hari ini.

Chris Morgan, Ketua Jurutera Pembangunan Nanotech berkata, “NanoCAM4 adalah pakej perisian CAM baharu dan lebih hebat, dibangunkan dengan matlamat untuk menjadi satu-satunya pakej perisian pengaturcaraan ultra persis yang diinginkan atau diperlukan oleh pelanggan.” Beliau menyambung, “N4 mendayakan ketepatan bentuk dan pengimportan / pengeksportan STEP, IGES atau Awan Titik secara terus menerusi data mentah Garis Lengkung B Nisbah Tidak Seragam (NURBS) sebenar, justeru tidak memerlukan penukaran awan titik yang tidak cekap dan kurang tepat.” Outputnya memberikan bentuk dan definisi permukaan yang amat licin, berbeza daripada segala yang anda pernah lihat. Mampu menjana baris program lengkap untuk pemutaran berlian, pemotongan mikro, penggarisan, penghasilan raster, pembelauan Fresnel, pencanaian optik dan pembetulan bentuk, N4 tersedia dalam empat modul asas berbeza.

Bob Cassin, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Nanotech memberi komen, “Akhirnya, terdapat pakej CAM 5 paksi untuk alat mesin ultra persis yang direka bentuk untuk menangani kerumitan permukaan optik hari ini. Pasaran seperti pencahayaan mudah alih, AR/VR/MR, pengimejan dan automotif berinovasi dengan pantas dan kami melihat terdapat keperluan untuk elemen optik bentuk bebas. NanoCAM4 menunjukkan dedikasi kami untuk kekal bersaing dalam pasaran ini dan menyokong pelanggan kami.”

Senarai peningkatan berbaloi yang terkandung dalam pakej N4 CAM adalah meluas, termasuklah:

> Perwakilan kod warna untuk nilai tepat pemecutan dan halaju di setiap titik pada permukaan membolehkan pelarasan program dibuat terlebih dahulu yang menghasilkan pengurangan masa persediaan mesin dan ketepatan bentuk yang paling persis.

> Laluan alat dan simulasi mesin menampilkan model pepejal 3D realistik, termasuk sebarang lekapan diimport untuk menguji dan menganalisis geometri alat, program dan keseluruhan persediaan secara visual sebelum mengambil cip.

> Keupayaan pengaturcaraan lanjutan Oscillating X Dseg disepadukan untuk pengilang acuan pin kamera telefon bimbit.

> 30 persamaan optik dibenamkan dan kepersisan permukaan 1nm

NanoCAM4 ialah pakej perisian CAM “tahap berikutnya” yang mendayakan reka bentuk dan keupayaan generasi seterusnya untuk semua pelanggan pemutar berlian.

Moore Nanotechnology Systems (Nanotech) diasaskan di Keene, NH pada tahun 1997 sebagai subsidiari kendiri Moore Tool Company. Nanotech adalah peneraju dunia dalam reka bentuk, pembangunan dan pengilangan alat mesin ultra persis baharu dan proses berkaitan (pemutaran berlian titik tunggal, pemotongan mikro, pengasahan mikro dan pengacuan kaca tertekan) untuk pengeluaran komponen optik canggih dalam barang elektronik pengguna, pertahanan, aeroangkasa, pencahayaan, perubatan dan sektor automotif. Moore Tool, diasaskan pada tahun 1924 dan terletak di Bridgeport, Connecticut, memiliki sejarah yang lama dalam pasaran alat mesin kepersisan dan ultra persis. Hari ini, Moore Tool menyediakan barisan lengkap pengisar jig CNC berprestasi tinggi, dan perkhidmatan pengilangan persis kontrak dengan perakuan ISO 9001:2008 dan AS9100C. Moore Nanotechnology dan Moore Tool diintegrasikan secara menegak di bawah PMT Group.

Moore Nanotechnology Systems: www.nanotechsys.com
Moore Tool, Inc: www.mooretool.com

Foto untuk pengumuman ini tersedia di

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f4f374a4-8a2d-426d-9bd4-c37c0f5d5b8d

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/af63340a-36d8-46fe-a383-833e782a1c19 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sales@nanotechsys.com.

Sumber : Moore Tool Company, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.