ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  ​TAKLIMAT BLACK HAT ASIA 2019: KERENTANAN YANG MEMPENGARUHI SISTEM PENGENDALIAN UTAMA, MICROSOFT OFFICE, PERANTI MUDAH ALIH & BANYAK LAGI

Wednesday 30/01/2019



Acara ini juga mengalu-alukan pakar keselamatan privasi, Mikko Hypponen sebagai Penceramah Ucapan Dasar

SAN FRANCISCO, 30 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Hari ini, Black Hat Asia, penyedia acara keselamatan maklumat peneraju dunia mengumumkan Ucapan Dasar dan Taklimat untuk acaranya yang akan datang di Singapura. Acara ini menawarkan seminggu Taklimat yang mendalam, Latihan amali, Dewan Perniagaan yang mempamerkan penyelesaian terbaru industri dan koleksi program istimewa yang merangkumi topik penting bagi golongan yang bekerja daripada tahap pengamal hingga eksekutif, komuniti InfoSec yang lebih besar, dan banyak lagi.

Black Hat Asia akan berlangsung pada 26-29 Mac 2019 di Marina Bay Sands, Singapura. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan penjimatan sebanyak S$200 untuk bayaran pendaftaran sebelum 22 Mac, sila lawati: blackhat.com/asia-19/registration.html

Tumpuan utama daripada pusingan pertama Taklimat Black Hat Asia 2019 termasuklah:
Ucapan Dasar:

Mikko Hypponen – Pakar Keselamatan & Privasi
Hypponen telah menumpukan kerjayanya untuk melawan ancaman keselamatan, menjejak jenayah dalam talian selama hampir tiga dekad dan berkongsi hasilnya dengan dunia - termasuk penciptaan hukum Hypponen, yang menyatakan, “setiap kali suatu alat digambarkan sebagai ‘pintar,’ ia mudah diserang.” Berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Penyelidik untuk F-Secure, beliau merupakan pakar keselamatan yang dipandang tinggi oleh ramai orang, hasil kajiannya telah disiarkan dalam The New York Times, Wired dan Scientific American, dan banyak lagi. Beliau adalah penceramah yang digemari, pernah memberi ceramah di universiti Oxford, Stanford, dan Cambridge - ceramah TED Talk Hypponen telah ditonton oleh 1.5 juta orang dan diterjemahkan ke 40 bahasa. Selain penyelidikannya yang berterusan, Hypponen juga berkhidmat sebagai kurator Muzium Perisian Hasad di Internet Archive.

Untuk melihat barisan semasa program 2019 dan abstrak pembentangan, lawati: blackhat.com/asia-19/briefings/schedule/index.html

BAHARU! Persidangan Kemuncak Eksekutif Black Hat Asia 2019
Pada Rabu 27 Mac, eksekutif keselamatan terbaik Asia akan menghadiri acara baharu ini yang ditujukan kepada pemimpin keselamatan dan ahli fikir berpandangan jauh. Peserta bakal mendengar taklimat daripada pelbagai pakar industri yang membantu membentuk strategi InfoSec generasi seterusnya. Persidangan Kemuncak Eksekutif ini mematuhi Peraturan Rumah Chatham dalam usaha untuk memupuk persekitaran yang terbuka dan kolaboratif. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila lawati: blackhat.com/asia-19/executive-summit.html

Kursus Gaya Kelas - Latihan Black Hat
Sebelum Taklimat diadakan, Black Hat Asia akan menawarkan kursus Latihan teknikal amali yang mendalam selama empat hari dengan bimbingan oleh individu terbaik dalam industri. Latihan tahun ini akan melibatkan topik seperti penggodaman infrastruktur, ujian penembusan, analisis perisian hasad, SDR dan banyak lagi. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang para jemputan dan penjimatan sebanyak S$300 untuk kursus pilihan anda sebelum 22 Mac, sila lawati: blackhat.com/asia-19/training/schedule/index.html

Demonstrasi Langsung - Black Hat Arsenal: Alat Diumumkan!
Black Hat Arsenal akan kembali ke Singapura dengan alat dan kawasan demonstrasinya yang popular, menampilkan perkembangan terhangat daripada komuniti sumber terbuka. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Arsenal dan melihat alat yang telah dipilih tahun ini, lawati: blackhat.com/asia-19/arsenal/schedule/index.html

Penaja Black Hat Asia 
Penaja utama Black Hat Asia 2019 termasuklah Penaja Berlian: Infoblox, Tenable; Penaja Platinum : PolySwarm, Qualys; dan Emas: Anomali. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang peluang penajaan dan senarai penuh syarikat yang menyertai, lawati: blackhat.com/asia-19/event-sponsors.html

Berhubung dengan Black Hat (#BlackHat)
Tarikh dan Acara Black Hat Akan Datang
  • Black Hat AS 2019, Las Vegas, Nevada, 3-8 Ogos 2019
  • Black Hat Eropah 2019, London, England, 3-6 Disember 2019
Perihal Black Hat
Selama lebih daripada 20 tahun, Black Hat telah membawakan maklumat terkini dalam penyelidikan, perkembangan dan trend keselamatan maklumat kepada pengunjung. Acara dan latihan global berprofil tinggi ini didorong oleh keperluan komuniti keselamatan yang berusaha untuk menyatukan minda terbaik dalam industri. Black Hat memberikan inspirasi kepada para profesional di semua peringkat kerjaya, menggalakkan perkembangan dan kerjasama dalam kalangan ahli akademik, penyelidik bertaraf dunia serta pemimpin dalam sektor awam dan swasta. Taklimat dan Latihan Black Hat diadakan setiap tahun di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut boleh didapati di: blackhat.com. Black Hat dianjurkan oleh UBM, yang telah bergabung dengan Informa PLC pada Jun 2018 menjadi peneraju kumpulan perkhidmatan maklumat B2B dan penganjur Acara B2B terbesar di dunia.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapatkan berita dan maklumat terkini, lawati www.ubm.com dan www.informa.com.

Hubungan Media:
Kimberly Samra
Black Hat PR
415-947-6362
BlackHatPR@ubm.com

Sumber : Black Hat Asia

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.