ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  VISTAJET MEREKODKAN PENINGKATAN KEAHLIAN GLOBAL SEBANYAK 31% SEDANG SYARIKAT MERAIKAN 15 TAHUN DALAM INDUSTRI

Thursday 31/01/2019



Peneraju perniagaan penerbangan Unicorn, berada dalam posisi yang lebih baik untuk merebut bahagian pasaran yang lebih besar pada tahun 2019
  • Bilangan penerbangan meningkat sebanyak 25% secara global dan sebanyak 46% di Amerika Utara pada tahun 2018
  • Mengatasi pasaran di Eropah – bilangan pelanggan Program baru meningkat sebanyak 105%
  • Penggunaan pesawat meningkat sebanyak 20%, dek setiap pesawat terbang mengelilingi dunia sebanyak 20 kali
  • VistaJet kini merupakan sebahagian daripada Vista Global Holding untuk terus merevolusikan sebahagian sektor perniagaan penerbangan
  • Mengukuhkan lagi posisi globalnya dan lebih daripada 70 pesawat jarak jauh, VistaJet kini merupakan sebahagian daripada rangkaian global dengan pemilikan 116 jet perniagaan dan lebih daripada 1,500 pakar penerbangan menerusi Vista Global
NEW YORK, 31 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan global yang pertama dan tunggal, hari ini mengumumkan tahun 2018 yang memecahkan rekod, dengan Ahli baru dan bilangan penerbangan yang meningkat tahun demi tahun. Memasuki tahun ke-15, VistaJet yang berpangkalan di Malta melakukan kemajuan pesat dalam keutamaan strategi teras syarikat, meningkatkan bahagian pasaran syarikat di serata dunia.

Selaras dengan trend macro aset ringan yang dilancarkan secara global, VistaJet mencatatkan kontrak baru Program keahlian utamanya meningkat sebanyak 31% pada tahun 2018 dan bilangan penerbangan meningkat sebanyak 25%. Disebabkan permintaan untuk penerbangan jarak jauh dan keselesaan berterusan untuk meningkat merentas industri, penggunaan VistaJet meningkat sebanyak 20% merentas lebih kurang kumpulan 70 pesawatnya – kini bersamaan dengan bilangan jam yang mencukupi untuk menerbangkan setiap pesawat mengelilingi dunia sebanyak 20 kali secara purata.

Secara rantau, Eropah terbukti sebagai pasaran penting bagi syarikat korporat dan individu yang terbang secara peribadi, bertanggungjawab ke atas 48% daripada keseluruhan penerbangan VistaJet pada tahun 2018. Ahli Program Baru meningkat dengan ketara sebanyak 105% dalam rantau tersebut, dengan kebanyakan pertumbuhan datang daripada klien yang berpangkalan di UK, yang menggandakan kontrak barunya.

Amerika Utara kekal sebagai pemacu pertumbuhan penting untuk VistaJet dan bertanggungjawab ke atas peningkatan terbesar penerbangan pada tahun 2018, dengan kenaikan sebanyak 46%. Untuk memenuhi permintaan yang meningkat daripada pelanggan dalam rantau, 21% daripada kumpulan global VistaJet pada bila-bila masa berada dalam pasaran, dengan kumpulan Global 5000 terbang lebih kerap berbanding pesawat Challenger pada tahun ini.

VistaJet terus menerajui pasaran daripada segi inovasi dan perkhidmatan. Tambahan kepada liputan global dan model langganan jam penerbangan uniknya, syarikat mengumumkan pengalaman baru untuk Ahli Programnya, direka berdasarkan keperluan mereka. Merangkumi perkongsian penting dengan rakan kongsi seni dan sukan terkemuka seperti Christie’s dan British Polo Day, serta pelancaran program pelancong paling meluas untuk kanak-kanak dalam penerbangan peribadi. 

Lain-lain detik penting 2018 termasuklah:
  • Sementara Timur Tengah telah menunjukkan beberapa kelemahan dalam industri, pangkalan pelanggan VistaJet nampak kukuh berbanding sebelumnya, dengan bilangan penerbangan meningkat sebanyak 38% dan penumpang sebanyak 24%. UAE menyumbang majoriti penerbangan di rantau ini sebanyak 29% dan jumlah jam penerbangan sebanyak 34%.
  • Sementara Dubai terus terbukti sebagai hab global yang penting, VistaJet akan membuka pejabat jualan yang lebih besar di rantau tersebut menjelang Januari 2019.
  • Jumlah yang kukuh di Asia, dengan penerbangan meningkat sebanyak 26%. Cerminan ramalan ekonomi untuk GDP, Singapura mendahului hasil dengan 71% pertumbuhan dalam bilangan penerbangan ke dan dari negara tersebut.
Thomas Flohr, Pengasas dan Pengerusi VistaJet, berkata:
“2018 merupakan tahun yang penuh dengan pencapaian untuk VistaJet. Walaupun dengan peningkatan ekonomi dan faktor geopolitik, kami menjangkakan ketahanan merentas pangkalan pelanggan kami untuk tahun 2019.  Sebagai rantau kekayaan terbesar dunia dengan lebih daripada 34% UHNWI global, kami meramalkan peluang perkembangan terbesar untuk berterusan di AS. Kini sebagai sebahagian daripada Vista Global, VistaJet akan disokong oleh XOJET untuk meluaskan perkhidmatan dalam pasaran yang kukuh ini. Saya percaya bahawa VistaJet dan Vista Global akan terus merevolusikan industri penerbangan dengan menyediakan alternatif yang lebih baik untuk pemilikan pesawat dalam ekonomi global dan berkongsi ini, serta akan membuka pertumbuhan jangka masa panjang untuk perniagaan dan pelanggan kami.”  

Dengan penilaian ekuiti bernilai $2.65 bilion dicapai dan diumumkan pada tahun 2017, serta kedudukan sebagai Unicorn lima teratas di Eropah, prestasi kewangan VistaJet yang kukuh jelas menunjukkan model perniagaan yang teguh dan mampu bertahan berlatarkan cabaran ekonomi dan geopolitik yang rumit. VistaJet terus yakin bahawa syarikat akan terus mempengaruhi perkhidmatan terkemuka industri dan mencabar tawaran sektor perniagaan penerbangan.

Nota kepada Editor:
Pernyataan dalam siaran ini hanya berdasarkan maklumat yang tersedia pada tarikh siaran ini, bukan penyataan komprehensif tentang hasil atau kedudukan kewangan syarikat ini pada atau untuk tahun penuh 2018 dan tidak diaudit, dinilai, atau dikumpulkan oleh firma kewangan berdaftar bebas. Oleh itu, maklumat kewangan dalam siaran ini adalah maklumat awal, tidak diaudit dan tertakluk kepada pindaan setelah proses audit dan penutupan syarikat selesai. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang maklumat yang terkandung dalam siaran ini, kecuali maklumat yang perlu disiarkan menurut undang-undang.

Maklumat 
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com

Perihal VistaJet 
VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan tunggal. Dengan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia. Diasaskan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini mempelopori model perniagaan inovatif di mana pelanggan mempunyai akses terhadap keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang. Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana-mana jua. Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan Langsung sahaja melalui app tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7. 

VistaJet merupakan sebahagian daripada Vista Global Holding – peneraju dunia dalam penyelesaian penerbangan perniagaan, menyatukan portfolio unik syarikat yang menawarkan penyelesaian aset ringan untuk meliputi segala aspek utama penerbangan perniagaan.

Lebih banyak maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/6f7e0ab4-bf15-4059-ae14-6fbb8faf986d 

Sumber: VistaJet Ltd

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.