ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  SALUTAN ANTI-KABUS VISGARD® PREMIUM SE UNTUK KEGUNAAN KACA MATA , KACA MATA KESELAMATAN DAN AUTOMOTIF SERTA PENGANGKUTAN

Thursday 31/01/2019



Irvine, California, 31 Jan (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- FSI Coating Technologies, Inc. peneraju dalam salutan anti-kabus berprestasi tinggi hari ini mengumumkan pelancaran Visgard® Premium SE (Edisi Khas). Dengan penambahan Visgard Premium SE, kini terdapat empat perluasan produk Visgard yang menawarkan pelbagai ketahanan, kegunaan dan harga. Salutan anti-kabus ini mengubah kestabilan dan penampilan kaca mata oftalmik dan pelindung, sungkup muka, pengadang, serta lampu depan bahagian dalam dan tolok untuk kegunaan automotif dan pengangkutan.

“Sebagai komitmen berterusan kami dalam menawarkan salutan anti-kabus premium yang bernilai lebih baik dan berinovatif, kami telah menambah tahap prestasi salutan baru kepada suite produk anti-kabus Visgard sedia ada yang jelas secara optik dan sangat tahan lama. Visgard Premium SE boleh dibersihkan dengan air, bersama permukaan licin yang mudah dibersihkan dan proses pempolimeran haba yang lebih cekap bagi hasil produk yang lebih tinggi, ” kata Sapna Blackburn, Naib Presiden Teknologi untuk SDC Technologies dan FSI Coating Technologies, anak syarikat milik penuh SDC . Visgard Premium SE yang menggabungkan perekatan bebas primer kepada substrat polikarbonat dengan keupayaan salutan lapisan cermin tunggal untuk sifat anti-kabus pelbagai kegunaan, sesuai untuk kegunaan tahap sederhana seperti kaca mata keselamatan dan pakai buang. Suit produk Visgard memanfaatkan salutan anti-kabus bertaraf dunia yang direka bentuk untuk kegunaan khusus dan kos efektif industri.

“Penambahan Visgard Premium SE melengkapkan portfolio komprehensif penyelesaian salutan anti-kabus berinovatif kami. Salutan yang memenuhi keperluan hariani dari kaca mata pakai buang hingga kaca mata yang canggih secara teknikal dan ketahanan paling kukuh yang diperlukan untuk ketenteraan dan penerokaan angkasa lepas untukresponden kecemasan pertama,” kata Richard Chang, Ketua Pegawai Operasi dan Kewangan SDC Technologies dan anak syarikat FSI Coating Technologies.

VISGARD PREMIUM SE (Edisi Khas)
Jelas secara optik dan mematuhi REACH, Visgard Premium SE serasi dengan kegunaan salutan lapisan cermin  tunggal, sambil menggabungkan prestasi anti-kabus dengan lelasan yang sangat baik. Visgard Premium SE menampilkan anti-kabus pelapik air, lekatan bebas primerke substrat polikarbonat dan serasi dengan pembungkusan LDPE, HDPE dan CPE. Visgard Premium SE sangat sesuai dengan kaca mata preskripsi RX, pengeluaran besar-besaran kaca matapreskripsi atau kaca mata keselamatan, pengadang muka, gogal pelindung dan sungkup serta gugusan instrumen, HUD (papar pandu), lampu depan dan belakang untuk kegunaan automotif dan pengangkutan.

Klik di bawah untuk memuat turun maklumat produk berikut:

Sorotan Produk Visgard Premium SE

Helaian Data Teknikal Visgard Premium SE

Ketersediaan
Salutan anti-kabus Visgard boleh didapati di seluruh dunia secara langsung dari FSI Coating Technologies. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami di antifog@fsicti.com atau hubungi + 1-949-540-1140.

MENGENAI FSI COATING TECHNOLOGIES
FSI Coating Technologies (FSICT) yang berpangkalan di Irvine, California, telah ditubuhkan pada tahun 1986. FSICT ialah pembangun dan pengilang utama industri produk salutan dan plastikfilem berinovatif. FSICT menawarkan pelbagai jenis kanta atau kaca mata premium, berprestasi tinggi, penyelesaian anti-kabus, penggunaan termasuk untuk tujuan perubatan, ketenteraan, keselamatan dan sukan, serta helaian industri dan filem PET untuk pintu paparan penyejuk beku komersial. FSI Coating Technologies ialah anak syarikat milik penuh SDC Technologies, Inc.

Visgard® ialah tanda dagangan berdaftar FSI Coating Technologies, Inc. © 2019 Hak cipta terpelihara.

Sumber: FSI Coating Technologies

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.