ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 15, 2024 -Rabu

 
  TOSHIBA MEMULAKAN PENGHANTARAN SAMPEL BAGI IC PEMACU MOTOR DC AUTOMOTIF DENGAN FUNGSI HAMBA LIN

Thursday 31/01/2019



TOKYO, 31 Jan (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation (“Toshiba”) telah memulakan penghantaran sampel bagi "TB9058FNG," sebuah IC pemacu motor DC automotif dengan fungsi hamba LIN (Rangkaian Antara Sambung Tempatan) yang dapat berkomunikasi dengan IC induk 2.0 LIN untuk rangkaian dalam kenderaan. IC baharu itu sesuai untuk pelbagai aplikasi yang menggunakan LIN BUS dengan arus output 0.3A, termasuk pemacu kawalan peredam pemanasan, pengudaraan dan pendingin hawa (HVAC). Pengeluaran secara besar-besaran akan bermula pada Disember 2019.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat versi lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190130005927/en/

IC baharu itu menerima data kedudukan bagi sasaran putaran motor melalui sebuah LIN BUS luaran, dan memacukan motor itu ke sasaran putaran.

Tiada pembangunan perisian diperlukan, kerana IC itu mempunyai logik perkakasan bagi sebuah pemacu motor penghubung H dan fungsi komunikasi LIN dengan hasil tambah semak[1] dipertingkatkan. Ia boleh mengesan lebihan voltan, lebihan arus dan lebihan suhu dan dengan itu mencegah keadaan operasi yang tidak normal.

IC baharu itu mempunyai julat suhu pengendalian antara -40 sehingga 125°C, yang diperlukan untuk aplikasi automotif, dan akan menjadi layak AEC-Q100.

Ciri-ciri Utama
  • Kawalan mudah dengan logik perkakasan penuh
- Tidak perlu untuk membangunkan perisian. Kawalan motor oleh komunikasi LIN.
 
  • Tahap paling rendah[2]  industri pada rintangan dan penggunaan kuasa untuk pemacu kawalan peredam HVAC automotif
- Pada rintangan (Tinggi+Rendah): 2.2Ω (jenis),
- Penggunaan kuasa: di bawah 10μA (mod tidur)
 
  • Sehingga 16 nod hamba boleh disambungkan pada satu BUS.
- 16 nod ID boleh ditetapkan dengan pensuisan pin.
 
  • Beberapa fungsi pengesanan ketaknormalan dengan output penanda.
- Mengesan lebihan voltan, lebihan arus dan lebihan suhu.

Aplikasi Utama
  • Pemacu kawalan peredam HVAC automotif
 
Table

Nota:
[1] Hasil Tambah Semak Dipertingkatkan: Hasil Tambah Semak jenis LIN 2.0 atau kemudian
[2] Setakat 31 Januari, 2019. Tinjauan Toshiba.

Pertanyaan Pelanggan:
Jabatan Pemasaran Sistem LSI III
Tel: +81-44-548-2190
https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/contact.html

Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Maklumat mengenai Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation menggabungkan kecergasan sebuah syarikat baharu dengan kebijaksanaan pengalaman. Sejak menjadi sebuah syarikat persendirian pada Julai 2017, kami telah mengambil tempat kami di kalangan syarikat peranti am yang terkemuka, dan menawarkan penyelesaian yang cemerlang kepada pelanggan dan rakan perniagaan kami di dalam semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD.

Seramai 22,000 orang pekerja kami di seluruh dunia berkongsi satu kesungguhan untuk memaksimumkan nilai produk kami, dan memberi penekanan kepada kerjasama erat dengan pelanggan untuk menggalakkan penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Kami berharap dapat membina di atas jualan tahunan yang kini melebihi 800 bilion yen (AS$7 bilion) dan untuk menyumbang kepada sebuah masa hadapan yang lebih baik untuk orang ramai di mana jua. Perolehi maklumat lanjut mengenai kami di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/company.html
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190130005927/en/

Hubungi
Pertanyaan Media:
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
Jabatan Pemasaran Digital
Chiaki Nagasawa
Tel: +81-3-3457-4963
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp

Sumber : Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.