ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Disember 17, 2024 -Selasa

 
  HOOVER FERGUSON MELANTIK KEVIN FRIAR SEBAGAI PRESIDEN

Monday 04/02/2019



HOUSTON, 4 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hoover Ferguson, sebuah pemimpin dunia di dalam penyelesaian tangki dan kontena dengan mempunyai lebih 40 lokasi di 25 buah negara, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melantik Kevin Friar sebagai presiden.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20190131005010/en/
 
"Kami sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan Kevin ke Hoover Ferguson pada detik masa yang begitu menarik untuk syarikat itu," kata Donald Young, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hoover Ferguson. "Kami telah mencapai pertumbuhan yang ketara sepanjang sepuluh tahun yang lalu, dan kami mempunyai matlamat yang tinggi untuk masa depan. Saya yakin bahawa pengalaman, kemahiran dan kepimpinan Kevin akan menjadi penting dalam mencapai matlamat pengembangan dan pertumbuhan kami ke hadapan."

Friar akan melapor terus kepada Donald Young dan akan bertanggungjawab terhadap strategi, jualan dan kepimpinan operasi bagi pasukan global Hoover Ferguson. Beliau akan memberi tumpuan kepada mengembangkan perkhidmatan dan penyelesaian teknologi, mempertingkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan penguasaan pasaran.

"Saya sangat gembira kerana dapat menyertai Hoover Ferguson dan memikul cabaran baharu ini," kata Kevin Friar, presiden, Hoover Ferguson. "Dengan penempatan satu strategi pertumbuhan yang mantap, kami berada pada kedudukan yang baik untuk masa depan, dan saya berharap untuk melaksanakan visi kami, menyampaikan kepada pelanggan kami dan mencapai matlamat kami."

Friar membawa pelbagai pengalaman dari kerjayanya di dalam industri tenaga yang merangkumi tiga dekad, sebahagian besarnya dengan Nalco Champion, sebuah syarikat Ecolab, di mana beliau berkhidmat sebagai naib presiden eksekutif bagi bahan kimia medan minyak. Paling akhir, Friar memegang peranan profesor dan pensyarah kanan dalam pengedaran perindustrian di Texas A&M University, dari mana beliau sebelum ini lulus dengan ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang biologi.

Maklumat mengenai Hoover Ferguson

Hoover Ferguson adalah sebuah penyedia perkhidmatan bersepadu bagi tangki kimia, unit membawa kargo, tong mangkin, kontena modular dan produk dan perkhidmatan sewa lain yang berkaitan dengan pasaran tenaga, petrokimia dan industri am global. Dengan memiliki sejarah yang bermula dari tahun 1911, Hoover Ferguson menyediakan kepada pelanggan mereka dengan penyelesaian kontena cecair, kargo, sisa dan kontena khusus yang menyeluruh serta pelbagai perkhidmatan pelengkap dan penawaran teknologi termasuk pembersihan tangki, pengubahsuaian, pensijilan semula, trans muatan, pengesanan aset, pemantauan tahap cecair, pengurusan dokumen dan logistik. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.hooverferguson.com.
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190131005010/en/

Hubungi

Lana Belmokadem
Hoover Ferguson
Lana.belmokadem@hooverferguson.com
+1.832.295.6275

Sumber : Hoover Ferguson
 
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.