ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 15, 2024 -Rabu

 
  HOSHI CORPORATION MULA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK PEMBUATAN PRODUK KOSMETIK DIBUAT DI JEPUN DENGAN MENGGUNAKAN SEPENUHNYA KILANG KOSMETIK TERIKAT

Monday 04/02/2019



AsiaNet 77289
 
TOKYO, 31 Jan., 2019 / Kyodo JBN-AsiaNet / --
 
Hoshi Corporation, syarikat kosmetik OEM dan ODM yang berpangkalan di Tokyo, telah memperolehi lesen dari Kastam Wilayah Okinawa untuk mengendalikan kilang kosmetik terikat yang pertama di Jepun.

Syarikat itu sangat teruja ke arah mengeksport produk kosmetik OEM dan ODM dengan pangkalan logistik mereka di Okinawa, sebagaimana didorong oleh permintaan antarabangsa yang terus meningkat bagi produk kosmetik yang dibuat di Jepun, terutamanya ke negara-negara Asia dan Oceania. Pada masa ini Hoshi telah berurusan dengan lebih 700 pelanggan luar negara.

Lesen operasi kilang kosmetik terikat itu telah membolehkan syarikat itu untuk sepenuhnya menggunakan teknologi pembuatan dan kualiti tinggi mereka bagi mengurangkan kos dan merealisasikan pengeluaran yang pantas, dan dengan itu menawarkan anda dengan pelan pembuatan yang berpatutan berikutan pengurangan tarif dan kos penyimpanan.

Laman web: http://hoshicorp.jp/bondedfactory/
Peranti yang tersedia untuk diakses: Komputer Peribadi, telefon bimbit

- Ciri-ciri bagi kilang Okinawa:

Kilang Okinawa itu terletak di Pusat Logistik Global (Okinawa GLC) yang dikendalikan oleh Okinawa Yamato Transport Co., Ltd., sebuah anak syarikat milik Yamato Holdings Co., Ltd., sebuah syarikat utama di dalam industri logistik di Jepun.

Dengan mengendalikan kilang terikat itu di kawasan GLC Okinawa yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Naha, Hoshi boleh melakukan operasi pengisian, pembungkusan, pemasangan dan menyimpan bahan di kawasan terikat itu.

- Kelebihan perniagaan dengan menggunakan sepenuhnya kilang terikat Okinawa:

PEMOTONGAN TARIF
Anda TIDAK dikehendaki menanggung duti import yang dikenakan ke atas bungkusan kosmetik.
 
PENGHANTARAN EKSPRES
Kilang Okinawa itu terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Naha, yang membolehkan masa tunggu bagi import dan eksport dikurangkan.
 
RANGKAIAN LOGISTIK GLOBAL
Menggunakan rangkaian global bagi kumpulan pengangkutan Yamato, syarikat logistik terbesar di Jepun.
 
PUKAL DIBUAT DI JEPUN YANG BOLEH DIPERCAYAI
Kualiti tinggi dijamin oleh pembuatan di bawah GMP Jepun.
 
PENGELUARAN LOT KECIL
Menerima tempahan pembuatan bermula dengan lot sebanyak 500 unit
 
MENGURANGKAN KOS PENYIMPANAN
Penyimpanan produk di dalam Okinawa GLC boleh didapati dengan harga yang rendah.
 
MENYOKONG PERNIAGAAN E-DAGANG RENTAS SEMPADAN
Hoshi menyokong perniagaan e-dagang merentas sempadan dengan menggunakan kemudahan logistik mereka sebagai hab perniagaan anda.
 
- Aliran perniagaan dengan menggunakan kilang terikat Okinawa:

LANGKAH 1
Pindahkan pukal kosmetik ke kilang Okinawa dari kilang-kilang pembuatan kosmetik domestik Hoshi.
 
LANGKAH 2
Mengimport pembungkusan kosmetik Korea atau Taiwan.
* Pembungkusan Taiwan dan Korea berkualiti tinggi yang dipilih boleh diimport pada kadar tarif keutamaan.
 
LANGKAH 3
Isi pukal kosmetik ke dalam bekas yang diimport.
Proses kemasan terakhir bagi pemasangan dan pembungkusan
 
LANGKAH 4
Eksport kepada pelanggan/ejen anda (sebuah negara ketiga) tanpa pelepasan kastam.
Imej: Carta perbandingan
https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/
M104323/201901212418/_prw_PI1fl_1S4u95E7.jpg

 
Kelebihan geografi bagi Okinawa, pulau paling selatan di Jepun:
- Satu-satunya sistem pelepasan kastam yang beroperasi selama 24 jam di Jepun
- Kurang dari 4 jam penerbangan ke bandar raya utama Asia
- Terletak di tengah-tengah pasaran Asia yang besar sebanyak 2 bilion pelanggan
 
Kelebihan memilih Hoshi Corporation sebagai rakan OEM anda:
- Rekod perkhidmatan bagi eksport ke lebih 20 buah negara
- Pengalaman beberapa dekad dalam perniagaan kosmetik OEM dengan lebih daripada 700 pelanggan domestik dan luar negara, dengan lebih 20,000 jenis produk dikendalikan
- 4 kilang pembuatan di Jepun (Tokyo, Gunma, Saitama dan Okinawa)
- Satu perkhidmatan yang terbukti dan dipercayai yang semakin  mantap sejak penubuhan Hoshi
 
Profil Syarikat
Nama: Hoshi Corporation
Alamat: 31-2, Kanda Higashi Matsushita-Cho, Chiyoda-Ku, Tokyo, 101-0042, JEPUN
Ketua Pegawai Eksekutif: Tsuneo Hoshino
Ditubuhkan: 30 April, 1975
Modal: 80,000,000 yen
 
Barisan perniagaan:
- Penjualan kosmetik, farmaseutikal dan makanan kesihatan
- Perancangan dan penjualan bagi bekas dan bahan pembungkusan
- Perancangan dan pembuatan kontrak bagi kosmetik, farmaseutikal dan makanan kesihatan
 
SUMBER: Hoshi Corporation

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.