ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 14, 2024 -Selasa

 
  CORSAIR INFRASTRUCTURE PARTNERS UMUM PEMEROLEHAN DANA BAHARU BAGI VANTAGE AIRPORT GROUP

Thursday 07/02/2019



CIP memindahkan Vantage ke dalam dana pelaburan kekal yang baharu untuk menyokong pertumbuhan jangka panjang

NEW YORK, 7 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Corsair Infrastructure Partners (“CIP”), perniagaan pelaburan infrastruktur global bagi Corsair Capital (“Corsair”), hari ini mengumumkan bahawa sebuah dana baharu yang diwujud dan diuruskan oleh CIP telah ditutup bagi pengambilalihan 100% bagi Vantage Airport Group (“Vantage”) dari Gateway Infrastructure Investments (“Gateway”), satu lagi dana yang dikendalikan oleh CIP.

Dana CIP yang baharu itu adalah satu perkongsian kekal tanpa tempoh yang tetap, dipermodalkan oleh pelabur-pelabur institusi jangka panjang yang berkualiti tinggi. Urus niaga itu memberikan Vantage dengan sebuah struktur pemilikan yang mantap dan stabil, serta akses kepada modal untuk meneruskan satu saluran penuh bagi peluang-peluang di dalam membangun, mengurus, dan melabur di dalam lapangan terbang dan infrastruktur yang berkaitan di seluruh dunia. Pemerolehan itu juga mewujudkan satu acara realisasi yang menarik untuk Gateway, yang telah dimiliki oleh Vantage sejak tahun 2008.

Hari R. Rajan, Pengarah Urusan bagi Corsair, Ketua bagi CIP, dan Pengarah Utama bagi Vantage berkata, “Kami sangat teruja kerana mewujudkan sebuah entiti pelaburan kekal yang baharu untuk memiliki Vantage. Walaupun tidak ada perubahan di dalam status Vantage sebagai sebuah syarikat portfolio milik sepenuhnya CIP, dana baharu itu akan menyediakan kepada Vantage dengan penjajaran pemegang saham jangka panjang yang unggul, dan akan memberikan kepada pelabur kami dengan sebuah platform untuk menggunakan modal tambahan yang signifikan bagi menyokong projek-projek Vantage. Kami menantikan perkongsian kami yang berterusan dengan pasukan yang berbakat di Vantage ketika ia memainkan satu peranan utama di dalam pasaran dalam mengubah sektor lapangan terbang di Amerika Syarikat dan seterusnya.”

George H. Casey, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Vantage berkata, “Struktur dana baharu ini akan memberikan kami kelenturan dan kuasa untuk meneruskan mana-mana peluang perniagaan baharu yang memenuhi rancangan pertumbuhan strategik kami. Kami berbangga dengan hubungan berterusan kami dengan CIP dan pencapaian kami sehingga kini, dan berharap, dengan sokongan CIP, untuk terus menerapkan tiga teras kami bagi Rakyat, Prestasi dan Tempat untuk membawa perniagaan kami ke tahap yang seterusnya.”

Maklumat mengenai Vantage Airport Group

Vantage Airport Group adalah sebuah pemaju, pengurus, dan pelabur lapangan terbang milik persendirian yang mempunyai sejarah di lebih daripada 30 lapangan terbang di seluruh dunia. Rangkaian semasa syarikat itu terdiri daripada 10 lapangan terbang, yang mencakupi dari destinasi kecil kepada bandar raya ibu negara besar di Kanada, Amerika Syarikat, Jamaica, Bahamas dan Cyprus. Portfolio Vantage termasuk dua projek utama di New York: pembangunan semula dan pengurusan bagi Terminal B di Lapangan Terbang LaGuardia, dan perkongsian syarikat itu dengan Jet Blue Airways di dalam pembangunan semula dan pengurusan bagi Terminal 6 dan 7 yang dirancang di Lapangan Terbang Antarabangsa JFK. Vantage ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai sebuah anak syarikat bagi Vancouver Airport Authority dan pada hari ini dimiliki sepenuhnya oleh dana yang diuruskan oleh Corsair Infrastructure Partners. Syarikat itu mempunyai pejabat di Vancouver, New York, Chicago, dan Denver.

Maklumat mengenai Corsair Capital dan Corsair Infrastructure Partners

Ditubuhkan pada tahun 1992, Corsair Capital adalah sebuah pelabur pakar global yang terkemuka. Corsair mempunyai sebuah platform ekuiti persendirian yang sangat dihormati yang telah melabur secara besar-besaran di dalam kesemua subsektor bagi industri perkhidmatan kewangan termasuk pengurusan kekayaan & aset, pembayaran & teknologi kewangan, perkhidmatan, insurans dan perbankan & kewangan khusus. Sejak penubuhannya, firma itu telah mengetuai atau mengetuai bersama pelaburan ekuiti persendirian bernilai $8 bilion. Firma itu juga mempunyai sebuah penajaan ekuiti infrastruktur global dan perniagaan pengurusan pelaburan, Corsair Infrastructure Partners, yang ditubuhkan pada tahun 2015 dan menguruskan sebuah dana infrastruktur bernilai $2.9 bilion. Maklumat lanjut mengenai Corsair Infrastructure Partners boleh didapati di www.corsair-infrastructure.com.

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190204005522/en/

Hubungi
Sard Verbinnen & Co
Matt Benson / David Millar / Danya Al-Qattan, +1 212-687-8080
Conrad Harrington, +44 20 7467 1050

Sumber : Corsair Capital

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.