ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 14, 2024 -Selasa

 
  ​KOFAX MENGUMUMKAN PENUTUPAN PEMEROLEHAN NUANCE DOCUMENT IMAGING

Thursday 07/02/2019



Pemerolehan Melanjutkan Kepimpinan Kofax dalam Penangkapan Kognitif dengan Mendapatkan Teknologi Inovatif bagi Meningkatkan Platform Automasi Pintar

IRVINE, Calif., 7 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kofax®, peneraju pembekal perisian Automasi Pintar untuk mengautomatikkan dan mentransformasikan proses perniagaan hujung ke hujung secara digital hari ini mengumumkan penutupan pemerolehan Nuance Document Imaging (NDI), iaitu divisyen Nuance Communications, Inc. (NASDAQ: NUAN).

NDI menyediakan perisian untuk membantu organisasi mengoptimumkan proses penangkapan dan cetakan berdasarkan maklumat daripada intensif buruh, cenderung ralat dan mahal kepada berkesan, diautomatikkan dan selamat.

Menerusi pemerolehan ini, Kofax menaikkan nilai pelanggan dengan menambah teknologi utama, termasuk penangkapan, pengurusan cetakan dan keselamatan dokumen pada MFP ke platform Automasi Pintar hujung-ke-hujungnya.

Perihal Kofax
Perisian Kofax mendayakan organisasi untuk Work Like Tomorrow™–hari ini. Platform perisian Automasi Pintar Kofax membantu organisasi mentransformasikan proses perniagaan yang intensif maklumat, mengurangkan kerja manual dan ralat, meminimumkan kos dan meningkatkan interaksi pelanggan. Kami menggabungkan RPA, penangkapan kognitif, orkestrasi proses, mobiliti dan penglibatan, serta analisis untuk memudahkan pelaksanaan dan memberikan hasil dramatik yang mengurangkan risiko pematuhan dan meningkatkan daya saing, pertumbuhan dan keeuntungan. Kofax memberikan pulangan cepat dalam pelaburan untuk lebih daripada 20,000 pelanggan dalam perkhidmatan kewangan, insurans, kerajaan, penjagaan kesihatan, rantaian pembekal, penyumberluaran proses perniagaan serta pasaran lain. Kofax memberikan perisian dan penyelesaiannya melalui jualan langsung dan organisasi perkhidmatan serta lebih daripada 650 saluran rakan kongsi dan penyepadu tidak langsung di lebih daripada 60 negara merentasi Amerika, EMEA dan Asia Pasifik. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati kofax.com.

© 2019 Kofax, Inc. Kofax ialah tanda dagangan Kofax Limited.

Sumber: KOFAX

Hubungan Media:
Amanda Ingalls
Pengarah Perhubungan Awam
+1 (949) 783-1595
Amanda.Ingalls@kofax.com

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.