ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 14, 2024 -Selasa

 
  VISTAJET MENINGKATKAN KESELAMATAN PENERBANGAN OLEH SYARIKAT PENERBANGAN PERNIAGAAN DENGAN MENGINTEGRASI SISTEM PENILAIAN RISIKO PENERBANGAN LANJUTAN

Friday 08/02/2019



Keselamatan dan jaminan sentiasa menjadi yang utama dalam semua operasi dan kini dengan analisis masa nyata diterajui data
  • Sistem Penilaian Risiko Penerbangan cemerlang Osprey akan diintegrasikan dengan perisian operasi penerbangan proprietari VistaJet
  • Sistem tersebut akan memberikan penilaian risiko yang intuitif dan segera bagi setiap penerbangan
  • VistaJet adalah pengendali pertama yang menerima Anugerah Keselamatan Penerbangan Berlian EBAA
MALTA, 8 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- VistaJet, syarikat penerbangan perniagaan pertama dan satu-satunya, meletakkan keselamatan, jaminan dan kesejahteraan pelanggan dan pekerjanya sebagai perkara utama. Hari ini, syarikat tersebut mengumumkan langkah seterusnya dalam melanjutkan perisian operasi penerbangannya dengan penggunaan teknologi penilaian risiko diterajui data Osprey Flight Solutions.

Sejak pelancarannya pada 2004, VistaJet telah membuat pemerhatian tinggi pada operasi dan keselamatan penerbangan dan setakat ini telah menyelesaikan lebih daripada 146,000 penerbangan secara global, menerbangkan 367,000 penumpang ke lebih daripada 1,900 lapangan terbang di seluruh dunia dengan selamat.

Dengan mengintegrasikan sistem keselamatan peneraju Osprey, VistaJet mampu untuk menilai risiko secara intuitif dan segera bagi setiap penerbangan terus daripada perisian operasi proprietarinya dan menyokong pembuatan keputusan operasi. Platform tersebut memberikan kepintaran segera tentang persekitaran penerbangan, mengumpul data daripada 200,000 sumber dalam 60 bahasa. Satu kumpulan penganalisis menggabungkan data dengan algoritma pembelajaran mesin, melukis paparan masa nyata keselamatan global.

Integrasi termaju baharu ini melengkapkan analisis manusia pakar VistaJet dalam menawarkan keselamatan dan penilaian risiko paling komprehensif. Maklumat termasuklah julat perkara paling besar yang mungkin boleh memberi impak pada prestasi penerbangan, daripada mogok teksi setempat yang mungkin melewatkan ketibaan kru di lapangan terbang, sehingga ke penilaian terperinci zon tidak boleh terbang. Data digunapakai pada grid 10km darab 10km meliputi keseluruhan glob dan menyediakan gambaran keseluruhan altitud terperinci. Dengan akses bergranul dan masa nyata pada data, kumpulan VistaJet mampu untuk mengukur kelewatan yang mungkin berlaku dan menentukur setiap penerbangan ke keadaan paling selamat melalui laluan paling selamat, walaupun apabila pesawat berada di udara.

Nick van der Meer, Ketua Pegawai Operasi VistaJet, berkata:
"Kita melihat pada cara yang paling efisien untuk terbang, dengan keselamatan menjadi pemacu utama. Dengan menyediakan data yang lebih bermakna kepada pakar dalaman kami, mereka mampu menghasilkan pengalaman penerbangan yang lebih lancar untuk pelanggan kami. Keselamatan haruslah sentiasa menjadi matlamat bersama bagi semua syarikat penerbangan dan kami berbangga untuk meneraju laluan dengan menggunakan teknologi inovasi paling lanjutan yang tersedia dalam pasaran, terdahulu daripada yang lain dalam penerbangan perniagaan.”

Beroperasi daripada ibu pejabatnya di Malta dan disokong oleh rangkaian pejabat serantaunya, standard keselamatan ketat VistaJet telah diiktiraf secara global. VistaJet merupakan pengendali pertama yang dianugerahkan dengan Anugerah Keselamatan Penerbangan Berlian oleh Persatuan Penerbangan Perniagaan Eropah (EBAA) pada 2016 dan sekali lagi pada 2018, dengan setiap pengiktirafan melangkau dua tahun. Operasi syarikat tersebut juga dikelaskan dengan Rating Platinum Antarabangsa ARGUS dan Wyvern Wingman, serta kru penerbangan dan kakitangan lapangan VistaJet dilatih hingga ke standard lebih tinggi daripada peraturan industri yang ketat.

www.vistajet.com/safety
 
Maklumat
Jennifer Farquhar | VistaJet | T: +44 203 617 3077 | jennifer.farquhar@vistajet.com


Perihal VistaJet 
VistaJet merupakan syarikat penerbangan global pertama dan tunggal. Dengan 70 pesawat perniagaannya yang berwarna perak dan merah, VistaJet telah menerbangkan ahli korporat, pemimpin kerajaan dan pelanggan persendirian ke 187 buah negara, meliputi 96% dunia. Diasaskan pada tahun 2004 oleh Thomas Flohr, syarikat ini mempelopori model perniagaan inovatif di mana pelanggan mempunyai akses terhadap keseluruhan pesawat dengan hanya membayar mengikut jam penerbangan, bebas daripada tanggungan dan risiko aset berkaitan pemilikan kapal terbang. Program keahlian pengenalan VistaJet menawarkan langganan jam penerbangan khusus bagi pelanggan pada jet jarak sederhana dan jauh, untuk menerbangkan mereka bila-bila masa, ke mana-mana jua. Pelanggan juga boleh membuat permintaan penerbangan Langsung sahaja melalui app tempahan menyeluruh yang pertama dalam industri atau kumpulan global 24/7. 

VistaJet merupakan sebahagian daripada Vista Global Holding – peneraju dunia dalam penyelesaian penerbangan perniagaan, menyatukan portfolio unik syarikat yang menawarkan penyelesaian aset ringan untuk meliputi segala aspek utama penerbangan perniagaan.

Lebih banyak maklumat dan berita tentang VistaJet di vistajet.com
 
Foto yang disertakan dengan pengumuman ini boleh didapati di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/64d9620c-f1fa-41f8-8aa1-ba2a0ff06059 
 

SUMBER: VistaJet Ltd

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.