ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  TEKUN NASIONAL TERIMA ANUGERAH OUTSTANDING DEVELOPMENT PROJECT AWARD

Thursday 21/02/2019



MUSCAT, Oman  21 Feb (Bernama) -- YBhg Dato’ Sri Mohamad Suparadi Bin Md Noor, Pengerusi TEKUN Nasional hadir ke Majlis Penerimaan Anugerah Outstanding Development Financing Institution In Asia and Pacific (ADFIAP) di Awards Night di Sheraton Oman Hotel, Muscat Oman. Turut hadir bersama beliau adalah CEO TEKUN Nasional iaitu YBhg Dato Adam Abd Ghani.
 
Bersempena Mesyuarat Tahunan ADFIAP ini, TEKUN Nasional telah menerima pengiktirafan Plaque of Merit Category Technology Development di bawah projek ‘TEKUNPay’ atau TEKUN Payment Channel. Anugerah ini diberikan berdasarkan kepelbagaian platform kemudahan pembayaran pembiayaan untuk semua usahawan TEKUN Nasional. Pengerusi TEKUN Nasional berkata anugerah ni merupakan satu pengiktirafan kepada TEKUN Nasional di atas inisiatif mempelbagaikan kaedah bayaran balik kepada usahawan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa.
 
Menuju Era Digital, Tanpa Tunai, Tanpa Kertas & Sistematik TEKUN Payment Channel adalah aplikasi yang disediakan untuk semua usahawan TEKUN Nasional. Ianya juga merupakan salah satu kaedah menyemak maklumat akaun pembiayaan & membuat bayaran balik pembiayaan secara dalam talian (online) dengan lebih cepat, mudah, boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Bagi tujuan pembayaran balik pembiayaan TEKUN, usahawan boleh memilih daripada senarai 22 buah bank yang disediakan. Aplikasi Bayaran TEKUNPAY (TEKUN Payment Channel) boleh dimuat turun melalui Android Playstore dan Apple App Store secara percuma.           
 
Sepanjang 20 tahun beroperasi pelbagai agenda dan program telah dilaksanakan oleh TEKUN Nasional untuk manfaat rakyat di Malaysia ini khususnya berkaitan perniagaan. TEKUN Nasional turut mempelbagaikan produk pembiayaan serta kaedah bayaran balik pembiayaan untuk memenuhi keperluan dan memberi pilihan kepada usahawan dalam bidang keusahawanan. 
 
Sejak diwujudkan pada tahun 1998, TEKUN Nasional telah menyalurkan pembiayaan perniagaan kepada 553,947 orang usahawan, yang bernilai RM 5.35 Billion di seluruh negara. Bagi tahun 2019 sehingga Januari sahaja TEKUN telah mengeluarkan pembiayaan kepada 1,528 usahawan berjumlah RM24.9 juta di seluruh negara melalui skim-skim pembiayaan seperti TEMAN TEKUN, TEKUN Niaga, Kontrak-I, SPUMI dan Skim di bawah Program Khas.

Jabatan Korporat dan Pemasaran,
TEKUN Nasional
21 Februari 2019

Sumber: TEKUN Nasional 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Pn Noor Haslinda
Pegawai Perhubungan Awam, TEKUN Nasional 
Tel: 018-376 7769 
Emel: haslinda@tekun.gov.my

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.