ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 29, 2024 -Isnin

 
  LEDDARTECH MEMBINCANGKAN PEMANDUAN BERAUTONOMI DAN TEKNOLOGI LIDAR DI PERSIDANGAN EROPAH

Wednesday 27/02/2019



Siri Kepimpinan Mobiliti LeddarTech akan berlangsung di Automotive Tech.AD di Berlin dan di Persidangan Antarabangsa Sensor Solutions 2019 di Brussels

QUEBEC CITY, 27 Feb (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- LeddarTech, peneraju industri yang menyediakan platform LiDAR auto dan mobiliti yang paling versatil dan boleh skala, mengumumkan penyertaannya dalam dua acara industri Eropah pada bulan Mac sebagai sebahagian daripada Siri Kepimpinan Mobiliti LeddarTech. Pier-Olivier Hamel, Pengurus Produk, akan menjadi tumpuan di Automotive Tech.AD Berlin, sementara Heinz Oyrer, Pengarah Perkongsian Strategik, akan membuat pembentangan di Persidangan Antarabangsa Sensor Solutions 2019 di Brussels.

Automotive Tech.AD Berlin

Pada 11 Mac 2019, di Berlin, Jerman, Pier-Olivier Hamel, Pengurus Produk LeddarTech – Penyelesaian Automotif, akan membentangkan Memperjelas Teknologi LiDAR untuk Aplikasi AD Automotif. Hamel akan menyemak garis masa untuk penyepaduan LiDAR automotif termasuklah keperluan penting, blok binaan utama Sistem LiDAR dan kesan mereka dalam memenuhi keperluan pasaran massa LiDAR gred automotif. Dalam pembentangan ini, model perniagaan LiDAR yang khusus akan dibincangkan, dengan fokus pada manfaat pendekatan platform LiDAR.

Automotive Tech.AD Berlin dibina untuk membincangkan cabaran dalam memperoleh autonomi penuh. Sebagai salah satu acara penukaran pengetahuan terkemuka Eropah, Automotive Tech.AD menghimpunkan lebih daripada 350 orang pemegang saham yang memainkan peranan penting dalam latar automasi kenderaan.

“Teknologi kini telah mengambil tempat utama dalam industri automotif. Kepesatan inovasi juga membawakan beberapa tanggapan salah tentang teknologi LiDAR,” kata Pier-Olivier Hamel daripada LeddarTech. “Saya teruja untuk menerangkan tentang keperluan industri dan tentang penggerak LiDAR utama, serta memberikan pemahaman tentang model platform LeddarTech untuk LiDAR dalam aplikasi automotif kepada peserta Tech.AD Berlin.”

Persidangan Antarabangsa Sensor Solutions 2019

Pada 26 Mac 2019, di Brussels, Belgium, Pengarah Perkongsian Strategik LeddarTech, Heinz Oyrer, akan mengemukakan kepada pakar dan eksekutif terkemuka dalam industri sensor tentang cara untuk Memanfaatkan Kerjasama Ekosistem untuk Mencipta Penyelesaian LiDAR yang Versatil dan Boleh Skala. Sesi ini akan membincangkan kelebihan model platform LiDAR yang membolehkan berbilang pembangun dan penyepadu untuk mereka bentuk dan menghasilkan penyelesaian LiDAR gred automotif di sekeliling teras perisian dan perkakasan biasa (LeddarEngine), berbanding bergantung kepada produk LiDAR lambak yang biasa. Encik Oyrer juga akan menerangkan bagaimana ekosistem pembekal automotif berkelas dunia memberikan pilihan penyumberan pra-layak untuk komponen dan perisian untuk digunakan dalam reka bentuk LiDAR bentuk pepejal, memacu dan memudahkan proses pembangunan dan pemerolehan, untuk manfaat semua pemegang saham.

Sensor Solutions International ialah acara dua hari teknologi tinggi yang peserta akan mendapat gambaran keseluruhan terkini dalam industri sensor global dan peluang pasaran yang berkaitan.  Sensor Solutions International ialah sebahagian daripada AngelTech, yang menghimpunkan tiga persidangan yang merangkumi semikonduktor campuran, litar bersepadu fotonik dan teknologi sensor.

“Ia mencabar untuk teknologi baharu untuk berjaya jika ia di bina secara sendirian,” kata Heinz Oyrer, Pengarah Perkongsian Strategik di LeddarTech. “Membawa penyelesaian LiDAR baharu daripada tahap konsep kepada produk komersial memerlukan kepakaran dan sumber yang amat besar. Ini akan menjadi agak mencabar, terutamanya untuk syarikat teknologi kecil yang sedang membangun. Oleh yang demikian, kerjasama ekosistem peneraju peringkat teratas automotif memainkan peranan yang penting dalam kejayaan penyelesaian LiDAR yang membangun dalam industri automotif akan datang,” kata Oyrer. Saya teruja untuk berkongsi visi kami di Persidangan Antarabangsa Sensor Solutions 2019 di Brussels.”

Perihal LeddarTech
LeddarTech ialah peneraju industri yang membekalkan platform LiDAR auto dan mobiliti paling versatil dan boleh diskala berdasarkan LeddarEngine unik, yang mengandungi suite gred automotif, SoC yang diluluskan keselamatan fungsian yang berfungsi bersama perisian pemproses isyarat LeddarSP. Syarikat ini telah menghasilkan inovasi dalam aplikasi pengesanan jauh mobiliti tercanggih, teknologinya yang dipatenkan meningkatkan keupayaan ADAS dan pemanduan berautonomi untuk kereta, trak, bas, kenderaan penghantaran, robotaxi, kenderaan ulang-alik dan banyak lagi. Maklumat tambahan tentang LeddarTech boleh didapati www.leddartech.com dan di LinkedInTwitterFacebook serta YouTube.

LeddarTech, Leddar, LeddarEngine, LeddarSP dan logo LeddarTech ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar LeddarTech Inc. Semua jenama, nama dan tanda produk yang lain ialah atau mungkin tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar yang digunakan untuk mengenalkan produk atau perkhidmatan pemiliknya.

Hubungan: Daniel Aitken, Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi, LeddarTech
Tel.: +1-418-653-9000 samb. 232 Daniel.Aitken@Leddartech.com

Sumber : LeddarTech inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.