ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mei 19, 2024 -Ahad

 
  FUNPLUS ESPORTS MENJADI RAKAN PENGANJUR RASMI BAGI LEAGUE OF LEGENDS (LOL) JELAJAH ASIA TENGGARA

Monday 11/03/2019



SHANGHAI, 11 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FunPlus Esport, satu bahagian esport bagi syarikat permainan global dan hiburan interaktif yang terkemuka FunPlus, hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih untuk menjadi sebuah pengendali kejohanan rasmi bagi League of Legends (LoL) Jelajah Asia Tenggara. Jelajah Asia Tenggara adalah acara kelayakan tunggal bagi Acara Global League of Legends dan akan diadakan merentasi pisahan musim Bunga dan musim Panas, dengan jumlah hadiah keseluruhan mencecah $USD 380,000 pada tahun 2019. Pemenang bagi setiap pisahan akan mempunyai peluang untuk bersaing pada masing-masing Jemputan Pertengahan Musim dan Kejohanan Dunia League of Legends. Jemputan Pertengahan Musim akan diadakan di bandar raya-bandar raya utama di Vietnam dan Taipei pada Mei. Kejohanan Dunia itu akan diadakan di Paris, Perancis pada akhir tahun ini.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20190310005060/en/

“Kami amat teruja untuk bergandingan dengan Riot Games dan Garena untuk membawa keupayaan penyiaran termaju dan pengalaman kejohanan yang luas oleh FunPlus Esports ke League of Legends Jelajah Asia Tenggara. LoL adalah satu daripada permainan yang paling ikonik bagi generasi ini, dan kami sangat berbangga kerana dapat menyumbang kepada penciptaan sebuah ekosistem esports yang sihat di Asia Tenggara,” kata Andy Zhong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi FunPlus.

FunPlus Esports telah diasaskan dengan satu visi untuk berada di barisan hadapan bagi penerbitan dan pengeluaran esports dengan menggabungkan teknologi penyiaran terkini dengan bakat industri paling utama. Pasukan penerbitan penyiaran langsung Syarikat itu diketuai oleh pengarah-pengarah yang berbakat dengan keupayaan untuk menghasilkan kandungan yang kaya dan asli menerusi pasukan kreatif dalaman. Penyelesaian antilendut proprietari Syarikat itu, membolehkan pengarah dan pasukan penerbit dalaman untuk mengesan, merakam dan menggabungkan permainan, membawa pengalaman tontonan lanjutan kepada pemain dalam tepat masa.

Jelajah itu bermula dengan Pelayak Dalam Talian Berkedudukan yang bermula pada 2 Mac. Sepanjang tempoh 7 hari, pemain-pemain akan mendapati kedudukan mereka dikesan daripada permainan berkedudukan solo. Pasukan-pasukan dengan mata kedudukan kumulatif paling atas mungkin layak untuk pusingan seterusnya. Sehingga 16 buah pasukan boleh layak untuk pusingan seterusnya bagaimanapun sebahagian daripada slot dikhaskan untuk pasukan-pasukan yang dijemput secara langsung.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai LoL Jelajah Asia Tenggara dan melihat jadual kejohanan dan kedudukan terkini sila layari: https://lolseatour.com

Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20190310005060/en/

Hubungi
Faye
Edelman Group
Faye.wei@edelman.com

Sumber : FunPlus Esport

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.


--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.